kata pujangga

keberanian adalah sesuatu perkara yang si pengecut katakan bodoh


Khamis, 20 Februari 2014

Nikah sebelum mekar: Sekeping Surat


Dengan Nama Allah Aku Mulakan.

Serius weh. Masa majlis khatam harituh,barulah perasan akan kesolehan para perempuan penghafaz alquran.  Baru nampak keayuan mereka bertudung labuh dan berjubah. Mungkin aura dan zuuk majlis khatam ni menyebabkan ada rasa lain. Atau mungkin aku tak pandang perempuan selama ni( ayat bajet dan poyo giler babi)   Entahlah nak tulis pun tak dapat gambarkan kata-kata ini.  Aku tak pilih siapa-siapa. Biarlah jodoh tuh datang sendiri bila tiba masa masanya. Aku lebih selesa untuk bersedia dan melengkapkan diri sebolehnya. aku masih setia tunggu. hujan.

Dah semester enam. Dan tiga minggu lagi akan berambus dari dikiyu. Ramai dah budak-budak ni cari jodoh untuk menjadi peneman selepas  zaman ini. Kerana kahwin muda itu bagus pada mereka.  Ya , aku tak nafikan. Ia memang bagus. Tapi aku ada terbaca seorang ni punya artikel atau luahan hati fasal jodoh memang best giler. Ayat dia memang makan dalam pun ada. Ayat dia macam kat bawah.









Nama aku Roman puvlyuchenko,majlis khatam sudah berakhir dan kebanyakan huffaz berbicara tentang perihal jodoh,perihal rumah tangga dan mencari teman hidup selepas ini.

Tapi aku,

Jauh dalam sudut hati aku,dulu memang aku tak nafikan memang aku asyik bersandiwara dan berseronok dengan kalimah cinta. Selalu berbicara keseronokan cerita orang dewasa tentang perihal jodoh. Tapi entahlah selepas tamatnya penghafazan aku dalam pengkhataman alquran semua keseronokan yang aku fikir tentang jodoh ini semakin lama semakin pudar dan semakin lama semakin bertambah pula kerisauan aku untuk menjaga alquran itu sendiri. Setiap hari aku berusaha untuk mencari kesimpulan daripada formula-formula yang aku cipta untuk memudahkan aku sentiasa mengulang Alquran dengan bersistematik dan teratur. Namun hasilnya ibarat cuba melepaskan ikatan simpul tapi semakin menjadi ikatan mati.

Aku juga semakin hari semakin banyak persoalan yang timbul daripada kawan-kawan dan sahabat-sahabat handai mahupun daripada keluarga tersayang menanyakan kepada ku  mengenai soal jodoh dan soal perhubungan dan soal pernikahan. Seolah-olah selepas tamatnya sijil diploma ini menjadi satu kewajipan untuk mencari pasangan dan bernikah dengan seorang yang berjenis wanita. Dan seterusnya mengadakan walimatul urus. Pada pendapat akulah sekadar berkongsi,aku tak katakan ia salah,tapi banyak lagi perkara yang lebih matang yang perlu didahulukan  berbanding soal pernikahan. Terpulang kepada kau yang membaca untuk tidak bersependapat dan mengkritik aku dengan pendapat aku ini. Aku tidak menghalang jika kau dah ada calon pasangan masing-masing, tidak salah memilih dan dipilih.

Tetapi yang salahnya adalah meletakkan status perhubungan itu seolah-olah sudah mempunyai kata putus seperti ‘ya,dia memang saya punya’’. ‘’Aku berhubungan dengan dia,aku pasti dia jodoh aku’’  Pergilah berjumpa keluarga si dia dan katakanlah kehendak kau yang murni itu . Kalau tidak perkara yang sebaliknya akan berlaku dan tersebarnya fitnah. Dan fitnah pada hari ini semakin menjadi-jadi, bahkan pada benda yang kecil pun boleh jadi isu. Apatah lagi soal perkahwinan.

Adakah dengan berhubungan seperti ini dan main cop-cop dan mentakdirkan jodoh sendiri melebihi batas-batas kehendak Islam dinamakan status perhubungan yang patut kita bentuk dan didirikan. Adakah ini yang kita mahukan anak-anak penyambung zuriat kita mencontohi gelagat miang ibu abah mereka sewaktu mereka dewasa kelak. Aku tidaklah menjadi penghukum. Aku pun hendak bernikah dan aku pun seperti lelaki-lelaki lain. Mengimpikan seorang perempuan solehah dalam membina jambatan ke syurga. Insya-Allah.

Aku pasti dan percaya bukanlah cara-cara picisan yang kita lakukan untuk membina sebuah pintu ke arah suatu kebaikan. Kita memang perlu usaha atas jodoh kita. Tapi bukan dengan cara-cara dan perkara yang tidak selari dengan asas dalam beragama.  Salah kah kalau kita fokuskan kepada perkara yang lebih utama untuk di utamakan. Iman,akhlak dan ilmu. Aku bercakap mewakili diri aku,cukuplah yang diriku ini yang tidak sempurna dan dalam proses untuk membaiki diri. Aku tidak mahu ketidaksempurnaan dalam diri aku ini menyebabkan legasi penyambung zuriat aku terkesan dan berlanjutan mencontohi keperibadian yang kurang enak kepada mereka selepas ini.

Aku harap kesedaran aku ketika ini dapat aku bentuk setelah aku usaha habiskan tugasan yang sepatutnya aku laksanakan.ini saja madah luahan daripada aku,sekian daripada cerita aku, bicara seorang huffaz setelah tamat penghafazannya.

Untukmu wahai anakku.
Roman puvlyuchenko