kata pujangga

keberanian adalah sesuatu perkara yang si pengecut katakan bodoh


Rabu, 10 April 2013

Dalam kebangangan



Gambar hiasan yang tidak seperti hiasan

Dimulakan akan aku dengan nama Allah…

Kegagalan adalah suatu mimpi ngeri bagi sesiapa sahaja yang terjebak dalam golongan manusia. Semua manusia yang punya kepala hotak akan merasakan kegagalan ni macam bende alah yang patut takde dalam kamus dewan  hidup diorang.  Banyak bentuk kegagalan yang ada dalam dunia ni. Ada kegagalan dalam pelajaran, kerjaya dan percintaan. Ada 000000.1% apa yang syarifah dot dot dot cakap pasal masalah tuh ada betul jugak. Tapi aku tak kaitkan masalah dengan haiwan. Tuh bullshit namanyer.. Setiap manusia pernah merasa  masalah kegagalan. Tapi kita sebagai manusia yang seperti mana aku cakap tadi, manusia yang punya kepala hotak kurniaan Tuhan Yang Maha Berkuasa akan memikirkan tentang kegagalan ni merupakan suatu sampah yang tidak ada harganya. Kita berfikir mengapa usaha yang kita penat macam nak giler tapi hasilnya yang kedapatan adalah kegagalan, keadilankah di situ?

Tapi yang aku tahu kegagalan memang bende yang pahit untuk ditelani. Cuba cakap siapa yang dalam dunia ni suka dan menyintai akan kegagalan. Takde sorang pun manusia yang suka lalu menyintainya. Everybody wants to be perfect!!!!! Semua nak sempurna bagai. Umpama tiada kecacatan. Sedangkan yang sempurna hanya ALLAH Taala. Allah…(insaf )

Ketika kita menyedari kegagalan itu terpaut pada diri kita macam-macam perasaan dalam hati ni, jiwa kacau(kadang2 jiwa taiko), terkilan, sedih, marah, dan segala bagai. Mulalah cakap apa orang kata nanti.? Apa nak cakap dengan orang?  Orang sekeliling kita pulak, dia cakap sabar2 boleh cube lagi nanti…. Kita yang gagal nilah yang merasa akan nikmat kagagalan. Mereka apa tahu? Yang mereka tahu cakap sabar2 cuba lagi. Tu je le…. Ok lagi yang bagi nasihat daripada yang pandang kita macam takde mata. Mentang2 kita gagal dipandang diri ni macam tiada harga diri je. Macam kegagalan ni disamaertikan dengan menjual maruah. Mereka tidak tahu betapa usahanya kita ketika manusia lain sedang sedap2 empuk semuanyanya.

Kalau kita menyelidiki secara lebih terperinci( wah ayat!!!!). Kegagalan ni bukanlah perkara asing dalam hidup manusia yang(sila rujuk atas). Manusia pernah gagal dan selalu akan gagal. Namun manusia yang menjadikan gagal sebagai jalan hidup seterusnnya adalah manusia yang hanya menjadikan kegagalan pertama sebagai kegagalan sahaja bukannya satu kegagalan yang membina semangat untuk berjaya…. Yeah!!!!(kalo tak paham senyum jer pun tak per)

Sebenanya banyak lagi aku nak tulis pasal kegagalan, cume kepala hotak aku nie rasa pening2, loya2 Entahlah. Yang penting bila kita gagal dalam sesuatu perkara bersyukurlah kerana kita masih punya manusia yang kita sayangi dan yang  paling penting Allah senantiasa akan bersama kita sekiranya kita mengingatinya ketika kita berjaya mahupun gagal. Ingat Allah bukan hany suruh kita bersyukur jer… tapi dia juga suruh kita cuba,cuba,dan cuba lagi sampai berjaya. Sebab setiap usaha kita akan dikira walaupun kita gagal.

kalau kau gagal untuk yang ke sejuta, cubalah untuk yang ke sejuta satu

-pesanku padamu semua, jika dalam kebangangan beristighfarlah-

Sabtu, 8 Disember 2012

Alasan bukan mainan hidup






 Dengan nama Allah.

Salam malam di tempat malam dan juga salam siang di tempat siang,

Aku malas nak cerita panjang2 mukadimah nie. Tulis banyak2 pun bukannyer ada orang nak baca. Kalau ada yang baca pun aku la kan yang baca.

Ok. isi yang aku hendak tuliskan kali nie adalah berkenaan ALASAN atau dalam bahasa orang kebanyakan macam aku, SEBAB. Atau nak diupgrade untuk orang yang power2 sangat fikrahnya adalah sabab musabab atau wasilah. Tapi aku lebih cenderung guna perkataan AlASAN, Kerna ada seni komersial di situ.


Jika kita godak2 atau kita cuba memperkatakan pasal alasan nie Aku boleh jamin setiap manusia dalam dunia ada alasan atau sebab tersendiri berdiri atas hidup dalam dunia. Tidak kira yang hijau muda atau yang hijau tua.Yang minat chelsea atau real madrid. Yang layan lentok lagu jiwang rock kapak atau meneat genre heavymetal. Yang sokong UMNO dan PAS  atau yang menentang. Yang menyukai cerita korea atau membenci cerita melayu. Yang minat giler dengan usrah atau yang men-antikan usrah. Yang meluat dengan Gangnam style atau yang terhegeh2 minat padanya. Yang hisap rokok sekali sekala atau yang berkali-kali. Yang kena sound pasal mesej perempuan. 

Aku yakin dan pasti mereka yang minat, menyokong, meluat atau menentang pasti punya alasan yang mendirikan prinsip masing2. Namun demikian benda wajib buat macam solat tiada alasan untuk tinggalkan ataupun bende haram macam zina tiada alasan bodoh yang membenarkannya sampai bila2.

Setiap perbuatan kita yang kita lakukan ada alasannya. Allah tuhan yang menciptakan kita dari air mani juga tidak menciptakan kita dengan sia-sia. Allah ada alasan a.k.a sebab a.k.a tujuan. Dia ciptakan kita adalah untuk beribadat kepadaNYA

Tidak Aku ciptakan jin dan manusia kecuali beribadah (mengesakan ibadahnya) kepada-Ku, Aku tidak mengendaki rezeki sedikitpun dari mereka dan Aku tidak menghendaki supaya mereka memberi makan pada-Ku, Sesungguhnya Allah Dialah Yang Maha Pemberi rezeki Yang mempunyai kekuatan Lagi Maha Sangat Kuat” (Adz Dzariat:56-58)

Pada aku, kita mampu merekakan alasan-alasan atas apa yang kita lakukan. Mahupun perbuataan berkaitan kebaikan, keburukan dan kelaghaan(sia2). Ada ketika kita dalam kesempitan untuk melepaskan diri kita memberikan alasan-alasan yang bisa ditertawakan oleh unggas2 di belantara. Ada juga ketika kita benar-benar mempunyai alasan yang sahih atas tindakan yang telah kita lakukan. Namun belum sempat diluahkan, pihak yang bertentangan sudah membuat kesimpulan atas apa yang kita lakukan.

Sesungguhnya kita hidup dalam dunia penuh dengan alasan. Kenapa minum air, bagi alasan? sebab haus. Kenapa tidur malam, bagi alasan? Sebab ngantuk. Kenapa fly asrama? Sebab jumpa awek. Kenapa minat bola sepak? Sebab boleh lepas tension. Kenapa belajar luar negara? sebab pengalaman. kenapa suka minah nie? err sebab lesung pipit.  Dan kenapa baca entri blog Sang Rajuna Tempe, bagi alasan? sebabnya macam bagus2 je blog nie. 

Setiap persoalan KENAPA, jawapannya pasti bermula dengan SEBAB. Ada sebab  kenapa begini, kenapa begitu, kenapa bertemu orang itu dan ini.

Setiap persoalan hidup manusia selalu orang cakap ada hikmahkan atau alasan di sebalik perkara yang berlaku. Dan aku tahu Allah Maha Besar bukanya bermain dadu atas dunia. Setiap yang berlaku pasti ada alasan dan sebab dan tujuan. Wasalam.

-kita takkan pernah kalah jika hidup punya prinsip-
 +++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
-terimakasihatastegurankernaakubukanmalaikatdanakubanggadengankausebabadaprinsip-





Isnin, 15 Oktober 2012

Bob Marley: Three Little Birds






"Don't worry about a thing,
'Cause every little thing gonna be all right. 
Singin': "Don't worry about a thing, 
'Cause every little thing gonna be all right!" 

Rise up this mornin', 
Smiled with the risin' sun, 
Three little birds 
Pitch by my doorstep 
Singin' sweet songs 
Of melodies pure and true, 
Sayin', ("This is my message to you-ou-ou:") 

Singin': "Don't worry 'bout a thing, 
'Cause every little thing gonna be all right." 
Singin': "Don't worry (don't worry) 'bout a thing, 
'Cause every little thing gonna be all right!" 
 
Rise up this mornin', 
Smiled with the risin' sun, 
Three little birds 
Pitch by my doorstep 
Singin' sweet songs 
Of melodies pure and true, 
Sayin', "This is my message to you-ou-ou:" 

Singin': "Don't worry about a thing, worry about a thing, oh! 
Every little thing gonna be all right. Don't worry!" 
Singin': "Don't worry about a thing" - I won't worry! 
"'Cause every little thing gonna be all right." 

Singin': "Don't worry about a thing, 
'Cause every little thing gonna be all right" - I won't worry! 
Singin': "Don't worry about a thing, 
'Cause every little thing gonna be all right." 
Singin': "Don't worry about a thing, oh no! 
'Cause every little thing gonna be all right!



Lyrics | Bob Marley lyrics - Three Little Birds lyrics

konklusinya, jika kita ada masalah maka tenang-tenang aja. Semua nya akan okey.

Selasa, 11 September 2012

hidup ini memang palat, tapi esok masih ada.


Setiap orang perlukan kawan. teman. geng. orang-orang yang boleh kita berhubung. tapi apakah itu kawan? geng warung kopi? membe-membe seperjuangan? membe lepak-lepak? rakan-rakan sekolah? atau kawan-kawan yang bersama kita semasa kita kecil? tak ada prejudis. tak ada perbezaan. tak ada pertandingan. tak ada persaingan. sehingga satu hari kita belajar untuk buka mata dan kita mula nampak dunia bukan lagi sekadar hitam dan putih.

tak ada hal. sekarang ni kalau nak buat kawan memang cepat, senang dan pantas. tak payah keluar rumah. tak payah bangun kerusi. tenung skrin komputer, keletak keletuk je keyboard. boleh suka benda yang sama. tak suka pun tak apa. kenal tak kenal belakang cerita. risiko kita tanggung sendiri. kerana persahabatan adalah satu pengembaraan yang tidak boleh diduga.

seperti surat-surat kenalan yang dekat atau pun jauh, kita mengembara dari satu tempat ke satu tempat yang lain.  membawa bersama kenangan manis yang dan impian hidup yang ingin kita penuhi. seperti sebutir habuk yang di tiup angin, kita mencari ketentuan hidup dan arah masa depan. kita memikul beban dan pengalaman pahit yang kita ingin tinggalkan. kisah silam yang ingin kita lupakan. berpegang pada harapan untuk memulakan hidup baru.

terikat. terkongkong. terkurung. kita mencari jalan untuk melepaskan diri dari kemelut lama yang ikut kita ke mana saja kita pergi. kita tak boleh lari. tapi kita beranikan diri. tabah untuk mencari ruang untuk mencari kebebasan.

kadang-kadang kita lupa. bercakap bukan sekadar bercakap. mendengar bukan sekadar mendengar. tetapi kita sebenarnya sedang mencari jalan penyelesaian. mencari kesefahaman. kita sedang meluahkan perasaan. isi hati dan keinginan untuk difahami. bila kita gagal untuk berkata-kata, kita perlukan seseorang untuk membantu. kita perlukan seseorang untuk memahami kekusutan dunia kita. jadi kita kembali mencari dengan penuh harapan si dia yang telah kita kehilangan. tanpa menyedari kita sudah pun bertemu pengisi kekosongan dan tempat kita mengadu.

bila dunia kita lumpuh. kita belajar untuk bangun semula. kita makan, minum, dan membuang masa tanpa kita menyedari segalanya telah pun berubah. kita mungkin kehilangan peluang untuk berkata-kata dan kita mungkin terkapai-kapai untuk bersuara. tetapi kenangan dan pengalaman yang kita genggam selama ini akan menjadi pengikat persahabatan yang bakal kita jalinkan.

setiap yang kita lakukan mesti kena dengan caranya. nak buat minuman sedap, gula, air, susu mesti secukup rasa. nak masak lauk kena pilih bahan. kena pandai kawal api dan sukatan rencah perlu tepat. tak lebih tak kurang. untuk menjadikan nya sesuatu yang boleh dinikmati. kerana setiap kesilapan boleh menjejaskan. boleh mencacatkan. 

seperti juga dalam bercinta. lebih kurang sama je. itu dan ini mesti ada. ada keinginan dan mesti ada kemahuan. baru boleh suka sama suka. dan dalam persahabatan memerlukan keserasian dan kesefahaman. akhirnya bila kita bertemu dan saling berkenalan. bila kita sudah sehaluan. hanya masa akan menentukan perjalanan persahabatan kita.

menunggu. rasanya sepanjang hidup kita, kita asyik menunggu. menunggu masa. menunggu peluang. menunggu nasib. menunggu tanpa penghujung. sehingga kita asyik bertanya kan bila? bila? bila? atau sampai bila? tapi macam mana bosan, jemu, jenuh menunggu, kita terpaksa menunggu. dah jadi macam satu pekerjaan pulak. atau suatu bidang yang tidak mendatangkan hasil. tapi kadang-kadang menunggu tu pun kita rasa berbaloi jugak. bila membe-membe ada di samping kita. tapi bila semuanya di luar kawalan kita. apa yang boleh kita buat? selain menunggu dan mengharap. apa yang boleh kita buat? hanya tunggu dan lihat. 

kita sedar perjalanan yang mendewasakan kita takkan mudah seperti yang kita impikan. hubungan yang kita jalinkan semakin rumit. badan yang bertungkus lumus menampung hidup semakin penat. hati yang kita harapkan semakin lembut menjadi semakin keras. dan kesunyian yang membelenggu diri menjadikan kita semakin teringin untuk mencapai kebahagian dan kesempurnaan.

kita tau bukan nya tak tau. kita perlu berani membebaskan diri. berani untuk melupakan kenangan silam dan mencari ketenangan. tetapi kita perlu mengharungi kehidupan ini selangkah demi selangkah. bergelut dengan diri sendiri dan berhadapan dengan beban yang datang mencari. kita hanya boleh bersedia dan menunggu peluang. untuk merampas kembali apa yang telah hilang.

Isnin, 16 Julai 2012

Setiap langkah ada cerita: episode 1






Sudah hampir tiga jam aku terkandas di stesen KL Sentral. Menunggu tren untuk ke Kuala kubu bharu yang tak juga kunjung tiba.  Menunggu dan terus menungu. Hati sudah panas di tambah pula dengan bauan-bauan pelik yang memeritkan hidung.  Sudah berjangut aku tunggu dari pukul 3 . Sudahlah Pihak KTM tak buat anoucement awal2. Ape pun tak boleh leee.  bagi ler tahu. Tiada lah kami sebagai pengguna KTM berasa begang dengan kelambatan  seperti ini. Cewah. Dah macam ape dah rungutan aku ni.
  
Manusia punya Nama


Masa tengah layan fikiran kebengangan nie. Aku melihat gelagat manusia-manusia yang turut sama kebengangan kerana  KTM.  Seorang  pelancong  perempuan berusia lebih kurang 30an berasal dari ireland.(nampak beg dia made ini Ireland) mengipas2 ibunya yang sudah tua. Aku terfikir adakah Malaysia masih punya  Anak seperti perempuan ireland tadi. kerana manusia malaysia mempunyai penyakit segan dalam membuat kebaikan dan tidak segan  melakukan keburukan.  Sedang Asyik  lihat sifat kemanusian itu, secara tak sengaja aku melihat seorang lelaki dengan bangga nyer meludah ke lantai.  Setiap mata yang melihat situasi itu hanya mampu diam. Aku mengelengkan kepala kerana lelaki itu memakai T shirt yg bertulis,"I'M PROUD TO BE MALAYSIAN. ouh.... manusia di malaysia. Begini caranya.   boring pulak tunggu lama2. aku keluarkan mp3 dari bag sandang dan aku menekan butang play. mode lagu:random.



On a rainy evening, I saw her
I saw her, whom I’ve been waiting for since long ago
I told her, who was without an umbrella
Come under my umbrella
Drizzle drizzle, the sound of the rain
Rub dub rub dub, my trembling heart
Drizzle drizzle, rub dub rub dub
The sound on the umbrella, the sound of the rain, the sound of my heart
Love rain is falling
The two of us walked the rainy streets
Under the small umbrella, my shoulder got wet
She shyly told me
Come a little bit closer
Softly, our shoulders touch
Rub dub rub dub, my trembling heart
Softly softly, rub dub rub dub
The two shoulders underneath the umbrella, the shy shoulders
Love rain is falling
I have fallen in love
Drizzle drizzle, the sound of the rain
Rub dub rub dub, my trembling heart
Drizzle drizzle, rub dub rub dub
The sound on the umbrella, the sound of the rain, the sound of my heart
Love rain is falling
I love rain I love you


Sekali lagu cinta korea da.. Ntah siapa yang masukkan dalam senarai lagu aku. Tapi sedap jugak layan lagu nie. Bila aku buat research pasal lirik lagu ni. So sweet beb jantan yang nyanyi lagu Again and Again. Belum sempat, mamat korea nie habiskan lagunya,  aku terdengar seseorang membaca ayat-ayat Alquran yang mulia secara perlahan. Aku mencabut kepala earphone dari lubang telinga dan aku menoleh kebelakang.  Seorang perempuan berniqab dan berjubah berwarna cokelat lembut sedang menatap alquran. Dalam hati aku kata mesti orang arab ni (tengok mata beb).  pastu jarang orang malaysia  berniqab buat ape yang perempuan ni buat. Aku terkesima seketika menatap perempuan berniqab ini. Tiba-tiba....(bersambung)






Berdiri di Bekas Tanah Jajahan


Berdiri  di bekas Tanah Jajahan.

Dahulu kebatilan ibarat tadbir pelindungan.

Menghakis nilai manusia yang berkemanusian

Teringat akan kisah sejarah pendahuluan.

Pujuk rayu manusia atas nama pejuangan

Penentang kebatilan dibilang pengkhianatan.

Sedangkan pejuang itu tidak mati bergelendangan.

Bahkan ia hidup menanti kemenangan



Berdiri di bekas tanah jajahan.

Hasil pengorbanan datuk tidak  minta balasan.

Hanya mahu melihat generasi bersenangan.

Tapi manusia itu sifatnya melupakan.

Atas suatu nikmat kejayaan 



Berdiri di bekas tanah jajahan. 

Mereka punya matlamat dalam kehidupan

Atas nama bangsa mereka perjuangkan

Harum dihidu jasa oleh kemanusian

Atas nama agama mereka perjuangkan.

bertambah sifat ketaqwaan

Mengenang mereka  dengan berdoa pada Tuhan.

Agar di ampun dan di beri penghormatan. 

Daripada tuhan sekalian alam.

Moga mekar namanya di syurga tuhan.




*-sajak ni x tahu kenapa aku karang-*