" ketuk kepala sendiri, maka sakitlah kepala tersebut".
kata pujangga
keberanian adalah sesuatu perkara yang si pengecut katakan bodoh
Rabu, 29 Mei 2013
Isnin, 29 April 2013
Syeikh ahmad mustafa
![]() |
| syeikh ahmad mustafa fadliyah |
aku ada seorang syeikh yang pagi2 dengarkan bacaan quran aku secara hafazan. Dan syeikh ini sempat mendengar bacaan aku selama 3 semester. Selepas itu beliau telah kembali ke mesir kerana mengalami sakit yang aku tidak pasti. Yang menyedihkan aku Syeikh aku ini telah meninggalkan dunia pada 5 april 2013. sungguh aku sedih giler dengan pemergian beliau. aku pernah terfikir hendak melawat beliau di mesir jika aku berpeluang melanjutkan pelajaran di sana. Tapi Allah lebih mencintai beliau.
Aku bukanlah anak murid yang mesra sangat dengan beliau. Cuma ada detik2 dalam hidup aku yang membuatkan aku mengingati beliau untuk selama-lamanya. aku tidak pernah memperdengarkan bacaan quran aku dengan syeikh arab yang sememangnya berlahjah arab. Hari pertama aku memperdengarkan bacaan depan dia cuak jugak. Yelah. mana tahu dia tangankan aku baca salah ker. Aku baca dalam keadaan mata tertutup Aku mulakan dengan bismillah, lepas tuh aku baca dari awal surah al fatihah, dan awal surah al baqarah. Tengah sedap-sedap baca aku try buka mata.Terus aku terpadang tangan die. pergh. tangan dahlah besar. sekali hayun memang habislah jawabnya. Aku berhenti baca dan blur giler bila pandang tangan die. memang fikiran kena lempang le.... mana taknyer boleh terlupa pulak tengah2 jalan. Tapi syeikh bagi peluang untuk baca lagi sekali.
Rabu, 10 April 2013
Dalam kebangangan
Kegagalan adalah suatu mimpi ngeri bagi sesiapa sahaja yang
terjebak dalam golongan manusia. Semua manusia yang punya kepala hotak akan
merasakan kegagalan ni macam bende alah yang patut takde dalam kamus dewan hidup diorang. Banyak bentuk kegagalan yang ada dalam dunia
ni. Ada kegagalan dalam pelajaran, kerjaya dan percintaan. Ada 000000.1% apa
yang syarifah dot dot dot cakap pasal masalah tuh ada betul jugak. Tapi aku tak
kaitkan masalah dengan haiwan. Tuh bullshit namanyer.. Setiap manusia pernah merasa masalah kegagalan. Tapi kita sebagai manusia
yang seperti mana aku cakap tadi, manusia yang punya kepala hotak kurniaan
Tuhan Yang Maha Berkuasa akan memikirkan tentang kegagalan ni merupakan suatu
sampah yang tidak ada harganya. Kita berfikir mengapa usaha yang kita penat
macam nak giler tapi hasilnya yang kedapatan adalah kegagalan, keadilankah di situ?
Tapi yang aku tahu kegagalan memang bende yang pahit untuk
ditelani. Cuba cakap siapa yang dalam dunia ni suka dan menyintai akan
kegagalan. Takde sorang pun manusia yang suka lalu menyintainya. Everybody
wants to be perfect!!!!! Semua nak sempurna bagai. Umpama tiada kecacatan. Sedangkan
yang sempurna hanya ALLAH Taala. Allah…(insaf )
Ketika kita menyedari kegagalan itu terpaut pada diri kita
macam-macam perasaan dalam hati ni, jiwa kacau(kadang2 jiwa taiko), terkilan,
sedih, marah, dan segala bagai. Mulalah cakap apa orang kata nanti.? Apa nak
cakap dengan orang? Orang sekeliling
kita pulak, dia cakap sabar2 boleh cube lagi nanti…. Kita yang gagal nilah yang
merasa akan nikmat kagagalan. Mereka apa tahu? Yang mereka tahu cakap sabar2
cuba lagi. Tu je le…. Ok lagi yang bagi nasihat daripada yang pandang kita
macam takde mata. Mentang2 kita gagal dipandang diri ni macam tiada harga diri
je. Macam kegagalan ni disamaertikan dengan menjual maruah. Mereka tidak tahu
betapa usahanya kita ketika manusia lain sedang sedap2 empuk semuanyanya.
Kalau kita menyelidiki secara lebih terperinci( wah
ayat!!!!). Kegagalan ni bukanlah perkara asing dalam hidup manusia yang(sila
rujuk atas). Manusia pernah gagal dan selalu akan gagal. Namun manusia yang
menjadikan gagal sebagai jalan hidup seterusnnya adalah manusia yang hanya
menjadikan kegagalan pertama sebagai kegagalan sahaja bukannya satu kegagalan
yang membina semangat untuk berjaya…. Yeah!!!!(kalo tak paham senyum jer pun
tak per)
Sebenanya banyak lagi aku nak tulis pasal kegagalan, cume
kepala hotak aku nie rasa pening2, loya2 Entahlah. Yang penting bila kita gagal
dalam sesuatu perkara bersyukurlah kerana kita masih punya manusia yang kita
sayangi dan yang paling penting Allah
senantiasa akan bersama kita sekiranya kita mengingatinya ketika kita berjaya mahupun
gagal. Ingat Allah bukan hany suruh kita bersyukur jer… tapi dia juga suruh
kita cuba,cuba,dan cuba lagi sampai berjaya. Sebab setiap usaha kita akan
dikira walaupun kita gagal.
“kalau kau gagal
untuk yang ke sejuta, cubalah untuk yang ke sejuta satu”
-pesanku padamu semua, jika dalam kebangangan beristighfarlah-
-pesanku padamu semua, jika dalam kebangangan beristighfarlah-
Sabtu, 8 Disember 2012
Alasan bukan mainan hidup
Dengan nama Allah.
Salam malam di tempat malam dan juga salam siang di tempat siang,
Aku malas nak cerita panjang2 mukadimah nie. Tulis banyak2 pun bukannyer ada orang nak baca. Kalau ada yang baca pun aku la kan yang baca.
Ok. isi yang aku hendak tuliskan kali nie adalah berkenaan ALASAN atau dalam bahasa orang kebanyakan macam aku, SEBAB. Atau nak diupgrade untuk orang yang power2 sangat fikrahnya adalah sabab musabab atau
Jika kita godak2 atau kita cuba memperkatakan pasal alasan nie Aku boleh jamin setiap manusia dalam dunia ada alasan atau sebab tersendiri berdiri atas hidup dalam dunia. Tidak kira yang hijau muda atau yang hijau tua.Yang minat chelsea atau real madrid. Yang layan lentok lagu jiwang rock kapak atau meneat genre heavymetal. Yang sokong
Setiap perbuatan kita yang kita lakukan ada alasannya. Allah tuhan yang menciptakan kita dari air mani juga tidak menciptakan kita dengan sia-sia. Allah ada alasan a.k.a sebab a.k.a tujuan. Dia ciptakan kita adalah untuk beribadat kepadaNYA
“ Tidak Aku ciptakan jin dan manusia kecuali beribadah (mengesakan ibadahnya) kepada-Ku, Aku tidak mengendaki rezeki sedikitpun dari mereka dan Aku tidak menghendaki supaya mereka memberi makan pada-Ku, Sesungguhnya Allah Dialah Yang Maha Pemberi rezeki Yang mempunyai kekuatan Lagi Maha Sangat Kuat” (Adz Dzariat:56-58)
Pada aku, kita mampu merekakan alasan-alasan atas apa yang kita lakukan. Mahupun perbuataan berkaitan kebaikan, keburukan dan kelaghaan(sia2). Ada ketika kita dalam kesempitan untuk melepaskan diri kita memberikan alasan-alasan yang bisa ditertawakan oleh unggas2 di belantara. Ada juga ketika kita benar-benar mempunyai alasan yang sahih atas tindakan yang telah kita lakukan. Namun belum sempat diluahkan, pihak yang bertentangan sudah membuat kesimpulan atas apa yang kita lakukan.
Sesungguhnya kita hidup dalam dunia penuh dengan alasan. Kenapa minum air, bagi alasan? sebab haus. Kenapa tidur malam, bagi alasan? Sebab ngantuk. Kenapa fly asrama? Sebab jumpa awek. Kenapa minat bola sepak? Sebab boleh lepas tension. Kenapa belajar luar negara? sebab pengalaman. kenapa suka minah nie? err sebab lesung pipit. Dan kenapa baca entri blog Sang Rajuna Tempe, bagi alasan? sebabnya macam bagus2 je blog nie.
Setiap persoalan KENAPA, jawapannya pasti bermula dengan SEBAB. Ada sebab kenapa begini, kenapa begitu, kenapa bertemu orang itu dan ini.
Setiap persoalan hidup manusia selalu orang cakap ada hikmahkan atau alasan di sebalik perkara yang berlaku. Dan aku tahu Allah Maha Besar bukanya bermain dadu atas dunia. Setiap yang berlaku pasti ada alasan dan sebab dan tujuan. Wasalam.
-kita takkan pernah kalah jika hidup punya prinsip-
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
-terimakasihatastegurankernaakubukanmalaikatdanakubanggadengankausebabadaprinsip-
Isnin, 15 Oktober 2012
Bob Marley: Three Little Birds
"Don't worry about a thing,
'Cause every little thing gonna be all right.
Singin': "Don't worry about a thing,
'Cause every little thing gonna be all right!"
Rise up this mornin',
Smiled with the risin' sun,
Three little birds
Pitch by my doorstep
Singin' sweet songs
Of melodies pure and true,
Sayin', ("This is my message to you-ou-ou:")
Singin': "Don't worry 'bout a thing,
'Cause every little thing gonna be all right."
Singin': "Don't worry (don't worry) 'bout a thing,
'Cause every little thing gonna be all right!"
Rise up this mornin',
Smiled with the risin' sun,
Three little birds
Pitch by my doorstep
Singin' sweet songs
Of melodies pure and true,
Sayin', "This is my message to you-ou-ou:"
Singin': "Don't worry about a thing, worry about a thing, oh!
Every little thing gonna be all right. Don't worry!"
Singin': "Don't worry about a thing" - I won't worry!
"'Cause every little thing gonna be all right."
Singin': "Don't worry about a thing,
'Cause every little thing gonna be all right" - I won't worry!
Singin': "Don't worry about a thing,
'Cause every little thing gonna be all right."
Singin': "Don't worry about a thing, oh no!
'Cause every little thing gonna be all right!
konklusinya, jika kita ada masalah maka tenang-tenang aja. Semua nya akan okey.
Selasa, 11 September 2012
hidup ini memang palat, tapi esok masih ada.
![]() |
Setiap orang perlukan kawan. teman.
geng. orang-orang yang boleh kita berhubung. tapi apakah itu kawan? geng
warung kopi? membe-membe seperjuangan? membe lepak-lepak? rakan-rakan
sekolah? atau kawan-kawan yang bersama kita semasa kita kecil? tak ada
prejudis. tak ada perbezaan. tak ada pertandingan. tak ada persaingan.
sehingga satu hari kita belajar untuk buka mata dan kita mula nampak
dunia bukan lagi sekadar hitam dan putih.
tak ada hal. sekarang ni kalau
nak buat kawan memang cepat, senang dan pantas. tak payah keluar rumah.
tak payah bangun kerusi. tenung skrin komputer, keletak keletuk je
keyboard. boleh suka benda yang sama. tak suka pun tak apa. kenal tak
kenal belakang cerita. risiko kita tanggung sendiri. kerana persahabatan
adalah satu pengembaraan yang tidak boleh diduga.
seperti surat-surat kenalan yang
dekat atau pun jauh, kita mengembara dari satu tempat ke satu tempat
yang lain. membawa bersama kenangan manis yang dan impian hidup yang
ingin kita penuhi. seperti sebutir habuk yang di tiup angin, kita
mencari ketentuan hidup dan arah masa depan. kita memikul beban dan
pengalaman pahit yang kita ingin tinggalkan. kisah silam yang ingin kita
lupakan. berpegang pada harapan untuk memulakan hidup baru.
terikat. terkongkong. terkurung.
kita mencari jalan untuk melepaskan diri dari kemelut lama yang ikut
kita ke mana saja kita pergi. kita tak boleh lari. tapi kita beranikan
diri. tabah untuk mencari ruang untuk mencari kebebasan.
kadang-kadang kita lupa.
bercakap bukan sekadar bercakap. mendengar bukan sekadar mendengar.
tetapi kita sebenarnya sedang mencari jalan penyelesaian. mencari
kesefahaman. kita sedang meluahkan perasaan. isi hati dan keinginan
untuk difahami. bila kita gagal untuk berkata-kata, kita perlukan
seseorang untuk membantu. kita perlukan seseorang untuk memahami
kekusutan dunia kita. jadi kita kembali mencari dengan penuh harapan si
dia yang telah kita kehilangan. tanpa menyedari kita sudah pun bertemu
pengisi kekosongan dan tempat kita mengadu.
bila dunia kita lumpuh. kita
belajar untuk bangun semula. kita makan, minum, dan membuang masa tanpa
kita menyedari segalanya telah pun berubah. kita mungkin kehilangan
peluang untuk berkata-kata dan kita mungkin terkapai-kapai untuk
bersuara. tetapi kenangan dan pengalaman yang kita genggam selama ini
akan menjadi pengikat persahabatan yang bakal kita jalinkan.
setiap yang kita lakukan mesti
kena dengan caranya. nak buat minuman sedap, gula, air, susu mesti
secukup rasa. nak masak lauk kena pilih bahan. kena pandai kawal api dan
sukatan rencah perlu tepat. tak lebih tak kurang. untuk menjadikan nya
sesuatu yang boleh dinikmati. kerana setiap kesilapan boleh menjejaskan.
boleh mencacatkan.
seperti juga dalam bercinta.
lebih kurang sama je. itu dan ini mesti ada. ada keinginan dan mesti ada
kemahuan. baru boleh suka sama suka. dan dalam persahabatan memerlukan
keserasian dan kesefahaman. akhirnya bila kita bertemu dan saling
berkenalan. bila kita sudah sehaluan. hanya masa akan menentukan
perjalanan persahabatan kita.
menunggu. rasanya sepanjang
hidup kita, kita asyik menunggu. menunggu masa. menunggu peluang.
menunggu nasib. menunggu tanpa penghujung. sehingga kita asyik bertanya
kan bila? bila? bila? atau sampai bila? tapi macam mana bosan, jemu,
jenuh menunggu, kita terpaksa menunggu. dah jadi macam satu pekerjaan
pulak. atau suatu bidang yang tidak mendatangkan hasil. tapi
kadang-kadang menunggu tu pun kita rasa berbaloi jugak. bila membe-membe
ada di samping kita. tapi bila semuanya di luar kawalan kita. apa yang
boleh kita buat? selain menunggu dan mengharap. apa yang boleh kita
buat? hanya tunggu dan lihat.
kita sedar perjalanan yang
mendewasakan kita takkan mudah seperti yang kita impikan. hubungan yang
kita jalinkan semakin rumit. badan yang bertungkus lumus menampung hidup
semakin penat. hati yang kita harapkan semakin lembut menjadi semakin
keras. dan kesunyian yang membelenggu diri menjadikan kita semakin
teringin untuk mencapai kebahagian dan kesempurnaan.
kita tau bukan nya tak tau. kita
perlu berani membebaskan diri. berani untuk melupakan kenangan silam
dan mencari ketenangan. tetapi kita perlu mengharungi kehidupan ini
selangkah demi selangkah. bergelut dengan diri sendiri dan berhadapan
dengan beban yang datang mencari. kita hanya boleh bersedia dan menunggu
peluang. untuk merampas kembali apa yang telah hilang.
Langgan:
Catatan (Atom)




