kata pujangga

keberanian adalah sesuatu perkara yang si pengecut katakan bodoh


Sabtu, 21 Disember 2013

Sajak: Kerja untuk Tuan




Kerja untuk tuan
Tuan beri upah.
Kami makan
Kami kenyang.


Kerja untuk tuan
Tuan ambil suap
Tuan makan
Tuan kenyang.


Kerja untuk tuan
Tuan laku salah 
Kami lihat.
Kami pertahan.
Tuan kenyang.


Kerja untuk tuan
Tuan laku salah lagi.
Kami lihat lagi.
Kami pertahan
Kami bodoh
Tuan kenyang


Kerja untuk Tuan
Kami sayang tuan
Kami kenyang
Tuan pun kenyang 

Kerja untuk Tuan
Kami undi tuan
Tuan menang lagi
Kami bersyukur
Malaysia masih aman.

*benda ni aku karang masa PRU 13 dekat fb.


Jumaat, 20 Disember 2013

KHATAN DAN KHATAM SATU KAJIAN MENGIKUT PERSESPI AIR COCA COLA. (KHENTUT TIADA KENA MENGENA)



Dengan nama Allah tuhan sekalian galaksi alam semesta. Sesungguhnya aku telah Khatan dan Khatam. Dan aku merasa nikmat yang paling nikmat gila tenuk sebab dapat khatam dan khatan. Nikmat khatan aku tak tahu rasa apa. Sebab aku khatan masa comel2 bayi gituh.

Alhamdulillah aku syukur gila sebab pada tarikh yang tersangat tak cantik, 17 Disember 2013 aku dah khatam. Aku ingat nak pilih tarikh cantik-cantik sikit untuk khatam contoh macam 11/12/13. Dapat pulak tarikh sama dengan Che ta kahwin dengan MR Middleton kan. Memang  cantik tarikh tuh. Tapi apakan daya tarikh cantik tuh berlalu begitu sahaja tanpa khatam.

                Masa sekolah rendah dulu aku adalah 2,3 kali khatam baca quran. Tu pun baca dengan abah. Abah garang sangat, tapi kadang2 tertidur masa aku baca. Mungkin abah penat sebab aku baca perlahan. Selalu jugak aku ngelat, masa abah lelap mata sikit, aku terus skip beberapa muka surat. Wah. Hebat. Tak kantoi. Hahahah . sori abah sebab anakmu mengambil kesempatan atas ketiduranmu.  Masa sekolah rendah aku khatam tak de rasa feel apa2 pun. Malah tak ada sekelumit dan secubit pun nikmat aku rasa daripada pengkhataman baca tersebut. Mungkin Allah masih belum memberikan nikmat kepadaku ketika itu. Aku happy je masa tu sebab banyak dapat duit wooooo. Banyak awek usha aku. Tapi aku buat2 jeling2 je. Yelah dah khatamkan. Eksyen je lebih.  Apelah khatam baca je pun.

                Lepas habis spm kat sekolah tahfiz dulu, aku dah fikir dah lepas duduk smtaq 5 tahun. aku dah buat keputusan tak nak berkecimpung dalam dunia quran lagi. Sebab? Ada 2 sebab. Sebab pertama. Kalau dah hafal kena jaga baik punyer. Macam korang ada awek. Kene jaga baik-baik . kena belai-belai manja. Kena selalu contact. Kalau tak dia akan lari 100 meter ke hadapan dan kau akan melopong sahaja. Begitu juga dengan quran.  Kau dah hafal kau kena jaga, jangan bagi dia lari. Kalau lari memang hancus lah. Sebab kalau kau jaga baik2 dia akan jadi sahabat dan syafaat untuk kau dalam kubur. Umi dan abah kau akan dipakaikan mahkota yang bersinar2  di dalam syurga. Kau jugak boleh beri syafaat kepada sepuluh orang yang telah di wajibkan atasnya neraka (Sori kalau salah) Aku tahu memang banyak giler babi nikmat serta kebaikan bila jadi seorang penghafaz quran. 2. Tapi kalau tak jaga baik2 pastu lupa lepas hafal memang kena laknat lah dengan quran. Aku tak nak bende tuh. Sebab tuh aku cube lari dari  hafal quran lepas spm.  

                Aku dah bertekad dengan tersemat sekali untuk tak jadi penghafaz quran selepas spm. Aku amek stam. Masa stam aku jumpa manusia yang sentiasa dalam kebaikan. Semoga beliau dalam kebaikan di sana. Aku rasa gembira giler amek stam. Sebab aku dapat lari dari hafal quran. Dalam 3 bulan aku dengan stam tiba dapat surat tawaran temu duga untuk masuk dq. Masa aku dapat aku telefon umi. Dan aku dengar cara umi cakap memang excited. Aku tak tahu nak cakap apa mase tuh.  Aku ingat impian aku yang cube lari dari dunia quran akan tercapai. Rupanya tidak. Ku sangka panas sampai ke malam. Rupanya hujan, pagi2 dah hujan. Aku lulus temu duga Dq dan dapat tawaran ke sana Fiuuuuuu. Umi pandang aku, umi senyum sambil cakap nak masuk dq x sambil pandang tepat kat wajah aku. Aku lak ntah apesal dengan tak semena-mena cakap ok,boleh,on game.

                Walaupun aku cuba nak try lari daripada hafal quran. Tapi Allah still pilih aku jugak untuk jadi sebahagian dari golongan ini. Padahal ramai lagi yang soleh dan bertaqwa dan janggut sampai dada kot. Tapi Allah tak pilih diorang. Aku memang merasa berat giler biler aku dah khatam nie. Nak jaga hafazan ingat senang ke. Susah bai. Makin lama tinggal, makin ke laut. Aku harap aku x jadi fitnah pada semua yang hafal quran. Sebab sekarang memang banyak giler ustaz-ustaz hafiz yang kerja cam gampang dan bangang. Kes  songlap duit QD dah banyak dah. Padahal bukan main sembang kasi kencang  dengan pelajar.  Rogol dengan cabul dah macam biasa lak. Belum masuk kes men romen lagi. Ahhh. Gampang tol. Kadang2 yang power2  quran lak yang buat bende tu semua. Aku harap Allah selamatkan aku dari benda2 bangang nie semua, sebab aku tak tahu apa yang jadi dengan aku akan datang. Tak semestinya kau iman power,kau takkan di uji Allah.

                Akhirnya setelah bersusah payah tasmik-tasmik-tasmik-ngulang-tasmik-tasmik. Aku dapat jugak khatam. Khatam dengan ustaz Melayu. Masa mula tasmik dengan syeikh azhar. Tapi seribu,bahkan sejuta kali sayang kot, beliau dah meninggal sebab sakit. Masa start je Surah dhuha untuk khatam  aku cakap dalam hati, Muaz, Kau dah pilih jalan ni. Jalan yang umi abah kau redha. InsyaAllah kau selamat.   

                Semoga ayat-ayat yang aku lupa semalam Tuhan ingatkan aku hari ini. Dan jika aku terlupa ayat-ayat hari ini, semoga Tuhan mengingatkan aku untuk besok.
               
                 


Ahad, 27 Oktober 2013

Gua mahu mati dalam iman 2.





Bismillahirahammanirahim.

Gua tak ingat berapa hari bulan tapi yang masih tersemat di kepala hotak gua adalah hari Isnin.   Pagi-pagi lagi gua dah bangun siap seterika baju sendiri. Dah lama rasanya gua tak seterika baju sendiri. Yelah, masa duduk asrama dulu, bangun je pagi semua dah siap sedia untuk dipakai. Ada saja adik2 junior yang berebut-rebutkan baju seluar gua untuk diseterikakan. Gua bangga sama adik2, sebab senantiasa buat hidup abam sempurna hari-hari. Terima kasih adik2 Lap yu so mac.   

Pada hari ni gua daftar masuk untuk ke tingkatan enam dan asrama.  Selepas beberapa bulan gua menetap di rumah sebagai menganggur tidak terlatih. Gua dihantar dengan suka rela ke sini. Gua sebagai anak soleh ikut cakap mak  gua turutkan jua. Sebab syurga gua sebagai anak terletak di bawah telapak kaki mak gua. Sebelum gua berangkat ke sekolah, Kucing gua nyanyikan sebuah  lagu untuk gua. Dia nyanyi lagu Ukays, Lepaskan mu kerana terpaksa. Gua tahu kucing gua a.k.a  Meow akan merasa kerinduan kerana tiada siapa lagi akan merembat terajang beliau selepas ini. Pasti keterajangan gua tersemat ketat di hati beliau. Gua relakan perpisahan ini. Cis.

Dah berbulan jugalah gua tidak berpakaian smart seperti hari ini. Jika ada para gadis yang lalu sebelah gua masa pagi ni pasti mereka akan tunduk cair melihatkan  kemaskulinan gua.  Sedangkan gua lihat cermin pun gua cair. Inikan pula mereka. Haha(Gelak Syaitan).   Gua menunggu giliran membayar segala bagai yuran.  Mak gua kata baki duit bayar yuran  adalah duit belanja gua. Kalau banyak boleh lah enjoy.

Gua pandang2 mana tahu ada dua tiga orang ke gua kenal. Boleh lah ajak cerita2 kedai kopi malam ni kat bilik gua. Tiba-tiba gua perasan seorang awek.  Gua pandang dia. Dia pandang gua. Mata bertentang. Ok. Gua pandang tempat lain. Macam bangang je perangai gua.

‘’Ahmad Terahayu bin Terahayu IV’’!   Nama gua dipanggil mengikut seperti di dalam kad pengenalan dengan lahjah Melayu yang sebenar. Gua bingkas bangun dan terus bergerak ke hadapan. Gua duduk dan gua sengih kambing.

‘’Selamat datang ye. Kenapa  cam pelik je nama? Soal cikgu depan gua. Cantik juga cikgu ni kata gua dalam hati. Ah sudah, tak de keje gua nak try cikgu ni. Mak gua suruh datang sekolah untuk menuntut ilmu. Keh3

‘’Oh yeke? Nama ni adalah hasil gabungan nama atuk saya dan nama kartun kegemaran beliau. Urmm . Cikgu berapa nak kena bayar?’’

‘’Oh macam tu. Ada-ada saja kamu ni. Yuran sekolah RM 100,yuran asrama  RM 38 Sebulan dan Duit PIBG RM 60 dan jumlahnya RM 198 sahaja.’’

Gua seluk poket belakang seluar dan keluarkan wallet hadiah member sekolah gua dulu. Gua keluarkan duit RM 200 dan hulurkan kat cikgu cute depan gua. Dia bagi baki dua hengget berserta resit pembayaran. Hurmm. Ni je duit belanja gua. Cis.

‘’Terima kasih cikgu ’’.

‘’Sama–sama ’’. Balas beliau tersenyum.

Gua bangun dan ambil beg gua yang gua tinggalkan dekat kerusi belakang. Sekali lagi gua perasan awek tadi. Gua pandang lagi.  Dia pandang gua. Ok. Kali ni dia senyum pandang gua. Ah. Sumpah cair.

=========================================================

Cerita ini, cerita sebelum ini  dan juga cerita akan datang- cerita berjudul ‘gua’ adalah sedikit pengalaman gua dan gua campur-campur sedikit supaya lebih berperisa  anggur,epal, watermelon.

bapak ah tesis susah do....




  

Sabtu, 5 Oktober 2013

Sang Kancil Berkereta Kancil




Pada suatu hari yang agak tengah hari. Suasana hutan agak aman damai bak Malaysia yang masih aman. Kelihatan seekor kancil sedang menaiki sebuah kereta kancil yang di ubahsuai sedikit. Bunyinya seperti kereta lumba tapi perginya ke laut. Ini lah akibatnya jika kereta canggih-canggih tetapi sistem perhubungan jalan raya di dalam hutan ini agak jahanam macam haram.

Sang kancil  ingin segera pergi berjumpa dengan buah hatinya, Rusa janda kerana dia sudah berjanji kepada kekasihnya itu untuk keluar makan tengah hari di Restoran Asam Pedas. Sang kancil tidak mahu lambat lagi untuk ke temu janji ini. Oleh hal yang demikian, dia telah memberanikan diri untuk melanggar lampu merah dan juga  berjaya memotong beberapa kenderaan di garisan berkembar. Sampai di sebuah selekoh dia telah memberanikan diri untuk melakukan drift buat kali pertama yang agak berbahaya. Dia telah belajar selok belok drift ini melalui sistem multi level marketing yang di sertainya beberapa bulan lepas.

Setelah hampir lima belas minit sang kancil memandu kereta kancil, akhirnya di tiba juga di destinasi yang di inginkan. Dia memasuki tempat parkir kereta selepas mengambil pas masuk.  Mujur hari ini kenderaan tidak banyak dia berjaya mendapatkan tempat yang sesuai untuk kereta kancilnya.
Dia amat menyayangi kekasihnya, rusa. Walaupun rusa ini merupakan seorang janda anak sepuluh, sifat keayuan yang terserlah membuatkan sang kancil terpaut pada cinta pandang pertama.  Sang kancil masih ingat lagi bagaimana mereka boleh di takdirkan bersama. Suatu ketika Rusa sedang berbikini sedang berjemur di tepi pantai bersama anak-anaknya. Sang kancil yang pada ketika itu juga sedang mengambil kesempatan bersiar-siar seketika mencuci mata. Tiba-tiba, rusa menjerit.

‘’Help,help! Please... Tolong anak I lemas.  Oink-oink’’ (eh apsal bunyi cam kerbau pendek) Jerit Rusa Janda sambil terlompat-lompat comel. Cute sangat. –Muntah-  Dan jarinya menunjuk ke arah seekor anak rusa yang sedang terkapai-kapai kelemasan.

‘’Takpe kak, biar saya cuba sedaya saya untuk menyelamatkan anak kakak.’’ Kata Sang Kancil sambil membuka bajunya dan di lipatnya dengan cermat sebelum terjun ke dalam laut untuk menyelamatkan anak rusa yang hampir 10 percent untuk kembali ke rahmatullah.

Hasil usaha yang telah di tunjukkan oleh Sang kancil telah berjaya menyelamatkan anak Rusa Janda. Selepas melakukan beberapa bentuk gaya CPR ke atas anak Rusa janda, akhirnya anak rusa janda tersedar  daripada lemas sebentar tadi.

Sejak daripada kejadian itu Sang Kancil dan Rusa Janda telah bertukar facebook dan juga nombor telefon. Mereka menjadi pasangan setelah beberapa minggu chat di facebook

Selepas puas mengimbau kisah cinta pandang pertama. Sang kancil segera menghabiskan baki rokok john yang tinggal sebelum keluar daripada kereta kancilnya dan terus bergerak ke arah kekasihnya yang sedang menunggu di Restoran Asam Pedas. 

Jumaat, 7 Jun 2013

Maxis macam haram

Aku menutup lembaran kalimah-kalimah suci. Tanganku mencapai telefon selular. Aku menaip tiga patah perkatan dan butang send ditekan.

Aku:  Maxis macam haram.

Dia:  
Apesal?

Aku:  Line kejap ada kejap takda.

Dia:  Tahu takpe. Nak hantar mesej kat kau ibarat kecelakaan tiada tempoh.  

Aku:  Menyusahkan orang2 yang bermesej dengan awek tentang peristiwa isra mikraj.Seperti aku ni. haha.

Dia:  Mungkin ada hikmahnya. Harini Tuhan pisahkan sebentar kau dengan dia

Aku:  Argh. Beliau sudah menceraikan aku. Kerana aku sudah punya kekasih gelap. Begitu curangkah aku kepada beliau. Beliau adalah puteri idaman kalbu sanubari hamba laksana Hang tuah dan Tun Teja.

Dia:  Begitupun kau terlalu memuja hukum alam atas penceraian atas bibir ini, kau masih belum mengerti hakikat sebuah percintaan yang diibaratkan bagai seekor anak khinzir yang dahagakan tiga titis air hujan karena ditinggalkan di kota kelahirannya.

Aku:  Sungguh beliau terkesima dengan sikapku. Puih. Aku hanya pandang pada rupa. Persialan itu semua. Aissity apa perkhabaran, masih bendera hijau?

Dia : Aissity jua yang kau ingat kendatipun siputeri Bailarung tetap bermain dalam otak yang hitam. Dia masih kelu membisu, apakah ia mahu pergi  atau tidak. Yang pasti, aku dah berjaya tundukkan dia.

Aku:  Walaupun begitu adapun demikian. Sudah ku katakan. Aku sudah curang dengan beliau. Bukanlah Aissity dalam ingatan ku. Tapi peristiwa sedemikian. pesan padanya stam lebih baik. Aku harap kau berjaya tundukkan juga puteri kesayangan hamba. Seperti berjayanya aku.

Dia:  Jika itu satu amanah untuk aku sampaikan, bukanlah sukar gunung ledang untuk aku runtuhkan.

Aku:  Arakian, aku bangga dengan kegagahanmu. Persis kepahlawanan puteri.

Dia:  Aku hanya mahukan Aisitty bahagia dengan masa depan. Bukan hanya menangguk di tepi mimpi menunggu nasib. Aku tak larang dia pergi. Aku juga tak harap dia pindah. Yang penting, ke mana dia membawa agamanya.

Aku:  Cis.ayat kau buat aku sedikit cemburu. Jika dia dengar pasti dia akan cair. Seperti cairnya ais di antartika dan Somalia serta lahad datu, sultan kiram..

Dia:  Cairnya hati tak membawa kemantapan akidah mahupun kekuatan iman. Yang menjadi ironinya.ialah mengapa, perlu katakana terima kasih atas kata2 tak seberapa? Hanya Tuhan tempat segala pujian.

Aku:  Ceh.


Dia:  #Shit.

-tammat-

Rabu, 29 Mei 2013