kata pujangga

keberanian adalah sesuatu perkara yang si pengecut katakan bodoh


Isnin, 21 April 2014

Mengarut dan mengurut dan merungut: Mimpi dalam mimpi.






Benzema terjaga daripada tidur. Tersentak dengan mimpi.

‘’Astaghfirullah hal azim...’’

Dia terperanjat dengan bunyi jam loceng yang melantunkan ceramah Ustaz Azhar Idrus. Baginya apabila  dengar ceramah Ustaz Azhar memang ada aura tersendiri. Walaupun dia sudah  tidur, dia dapat lagi tersengih apabila mendengar lawak Ustaz Azhar Idrus ceramah.  Lalu tanpa berlengah dia  mencapai jam loceng di sebelah bantalnya dan menghempaskannya ke lantai dengan sekuat hati. Jam 2.30 pagi. Waktu yang sesuai untuk solat malam.  Dia meninjau kawannya Anjel di Mariam di bawah masih nyenyak tidur. Itulah Anjel. Nama penuhnya Anjel de Mariam. Anjel merupakan kawan dia yang paling susah nak bangun kalau dah tidur. Orang kata kalau ada harimau selatan kat sebelah dia pun dia x bangun, apatah lagi kijang. Kejolabak kejolobu.

Lalu tanpa berlengah masa dia terus bangun dari katil dan membuat sekali lompatan  daripada katil double decker. Pom!! Dia mengambil posisi seperti scene Thor turun ke bumi daripada langit. Kepalanya tunduk. Dia mengangkat kepalanya perlahan-lahan dan tersengih. Dia pergi sebelah  Anjel dan membisikkan;

‘’Ingatlah wahai Anjel de Mariam Bin Mariam, apabila datang kepada kamu 2  malaikat yang serupa dengan kamu iaitu Mungkar dan Nakir, maka janganlah berasa gentar dan takut, janganlah kamu berdukacita dan risau serta janganlah kamu susah-hati dan terkejut. ’’

‘’Ketahuilah wahai Anjel de Mariam Bin Mariam  bahawasanya Mungkar dan Nakir itu hamba Allah Taala, sebagaimana kamu juga hamba Allah Taala. Apabila mereka menyuruh kamu duduk, mereka juga akan menyoal kamu. Mereka berkata;

‘’Siapakah Tuhan kamu?Siapakah Nabi kamu?Apakah agama kamu?Apakah kiblat kamu?Siapakah saudara kamu?Apakah pegangan iktikad kamu?Dan apakah kalimah yang kamu bawa bersama-sama kamu?’’

‘’Di masa itu hendaklah kamu menjawab soalan-soalan mereka dengan cermat dan sehabis-habis terang, tepat dan betul. Janganlah berasa gementar, janganlah cuak dan janganlah bergopoh-gapah, biarlah tenang dan berhati-hati...'' Belum habis lagi  Benzema membisikkan  talkin kat  telinga Anjel. Anjel membalas; 

‘’I sayang you betul-betul. I akan tunaikan apa-apa yang I dah janji. You bukan tak kenal I. Ketua eksekutif MLM yang paling banyak downline kat negara ni. Dah banyak jutawan I lahirkan tau.. Muah..’’ Anjel mengingau sambil mulutnya cuba mencium pipi Benzema. Benzema mengambil langkah berjaga-jaga. Kekuda dipasak dan  dengan segera dia  menepis muka Anjel dengan menggunakan kepala lutut kaki kiri. Dia menuntut ilmu lutut longgar dari Datuk Mahaguru Abrahamovich Mat Zain Alcrocodile Hunter Alghaib. Pencreeet atau pengasas silat lutut longgar .  

‘’Cis. Mimpi basah tak ajak.’’ Kata Benzema dalam hati.

Entah syaiton nirrajim mana tah yang menghasut Benzema.

‘’Kau tak ingat ke Anjel ni lah yang tutup lampu masa ko tengah berak.  Kau tak rasa nak kasi dia sikit pengajaran ke? ‘’

Benzema terpedaya dengan hasutan syaitonirrojim. Imannya telah melayang. Rasa belas kasihan terhadap rakannya telah hilang. Baginya main lampu time orang tengah berak adalah biadab. Dia tekad. Dia perlu buat sesuatu untuk membalas dendam. Dia mengambil kayu hoki yang tergantung  di pintu locker. Kayu hoki tersebut adalah kayu yang digunakan untuk mengejut warden bangun subuh. Dan sekarang dengan kayu hoki itulah dia akan melunaskan hutang yang belum selesai.

Benzema menggenggam erat kayu hoki dengan kedua belah tangan.  Dia tarik ke belakang dan  mengayunkan kayu hoki itu ke arah  perut Anjel  dengan sekuat hati. Pang! Pang! Pang!  Benzema memukul perut Anjel bertubi-tubi, Anjel terjaga.

‘’Aaaaaaaargh , apesal ni? Sakit lah bab...’’

Belum sempat Anjel menghabiskan makian, Benzema  memberikan satu tendangan kaki kiri yang amat padu tepat ke muka Anjel. Lantas mengayunkan kayu hoki ke mulut Anjel. Mulut Anjel berdarah. Dua giginya patah.  Dia menangis kesakitan.

Benzema belum puas. Dia menjerit.

‘’Wei!!!! Kau tahu tak main-main lampu time orang tengah berak, satu tindakan biadab!!  Hari ni aku ajar kau apa itu erti penyesalan!!!’’ Dia menarik kahak dalam-dalam dan terus disembur ke muka Anjel.

Anjel mengesat kahak hijau dan darah di mukanya yang sudah bercampur  dengan menggunakan selimut pemberian Cikgu Anne kerana dia telah memenangi acara lari dalam guni ketika mengikuti acara sukaneka di tadikanya.  

‘’Tolonglah aku gurau jer. Aku main-main. ’’

Benzema  tidak hiraukan rayuan Anjel . Dia perlu menghabiskan sisa-sisa makhluk yang ada di hadapannya ini. Dia memegang kepala Anjel dan menghentakkannya di dinding. Anjel jatuh terbaring. Muka Anjel  di hadapkan ke lantai konkrit  dalam keadaan meniarap. Benzema panjat katil double decker terus  melompat di atas kepala Anjel. Dia mendaratkan lututnya dahulu. Anjel meraung kesakitan. Hidungnya dipenuhi darah yang banyak sehingga hanya dapat bernafas melalui mulut.

Terduduk sebentar Benzema di atas badan Anjel. Dia mengeluarkan sebatang rokok dan dinyalakan. Fuuuuuuh.. Asap pertama ke udara.  Asap kedua dan seterusnya. Dia mengambil putung rokok yang masih berbaki sedikit dan terus menyumbatnya ke lubang telinga Anjel. Menggeletar kepala Anjel masa tu hanya tuhan sahaja yang tahu.

Dia capai sebatang pen. Klik. Sekali cucukan ke mata sebelah kiri Anjel.  Darah memercik di sekitar tempat  itu. Anjel menggelupur dengan tusukan pen tersebut. Benzema mencabut pen tadi dan mencucuknya semula ke mata sebelah kanan. Sesekali dia bermain tekan-tekan dengan pen biru dakwat cair itu.

Klik,buka. Klik, tutup. Klik buka. Klik,tutup.

Tiba-tiba lampu terpadam. Gelap. Dia mendengar suatu suara yang selalu dia dengar. Suara orang yang dia paling minat. Itulah suara Ustaz Azhar Idrus.

‘’Soalang seterusnyer.. ; Assalamualaikum.. ambo nok tanye satu soklan.. Betulke ade orang kabo ke ambo.  Kena mandi wajib pas berak.?’’

‘’ Jawapangyer. Wajib. Wajib kalau mu berok kluar mani..’’




Rabu, 22 Januari 2014

Seni.



Bismillah. Dengan nama Allah, aku mulakan.

Kau tahu tak apa itu seni? Kalau kau nak jawapan yang perfect mengikut susunan tatabahasa Melayu dan struktur ayat yang menakjubkan tahap dewa 18 , kau pergi ngadap kitab kamus dewan bahasa dan pustaka edisi ke berapa aku tak ingat. Pandai-pandailah kau.

Ok. Aku teruskan mendimensi seni itu secara fikiran otak aku.  Kalau aku cakap fasal seni, korang dah terbayang lukisan-lukisan atau fotografi atau apa-apa yang berkaitan. Seni ini bukanlah hanya tertumpu pada makhluk-makhluk yang demikian sahaja. Bahkan seni ni meliputi pelbagai skop kehidupan yang dah kau lalui.  Korang jangan mengecilkan skop seni.  Skop seni yang aku maksudnya luas giler nak mampus. Seluas cinta ku pada mu.

Aku luaskan lagi. Nak kasi kau betul-betul memahami isi hati dan perasaan aku yang kian memuncak. Huh. Kau tahu tak? Bercakap gagap  itu seni. Menulis tapi tulisan cam gampang itu seni. Menggoreng ikan itu seni. Melawak tapi orang tak ketawa itu seni. Berak tak flush itu seni. Ponteng PREP itu seni. Mata pelajaran seni itu seni. Fly asrama tapi kantoi itu seni. Basuh baju dalam baldi pastu pijak-pijak itu seni. Tertinggal carger masa pergi kem itu seni. Kena jalan itik sebab ponteng prep tadi itu seni. Kau suka dia,dia tak suka kau itu seni. Kau tidur dalam kelas seni itu seni. kentut bau cam palat tapi kaver baik itu seni. Ah! Banyak giler benda seni dalam kehidupan ni.  Cis. Jika kau nak aku menglistkan segala bagai  jenis seni memang sampai kesudah tak habis. (sampai sini aku habis idea sebenarnya, Dan aku gi berak jap,tak semena-mena tengak berak dapat idea,berak itu senikan? Hahah)

Selanjutnya (ceh), nampaknya kau dah nampak dan sikit-sikit faham apa yang aku try nak sampaikan kat atas. Aku nak bagi tahu seni ni subjektif mengikut orang itu sendiri. Kau tahu buat apa? Apa yang kau tahu buat? Apa kelebihan kau? Apa sahaja yang kau ada ilmu tentangnya kau memang berseni orangnya.   Bagi aku, seni ni kalau kau tengok kau rasa happy dan kalau kau buat kau akan rasa macam something dalam diri kau. 

Kau ingat tak masa pra sekolah atau masa tadika, kau tulis abc dan tulisan kau MasyaAllah taala buruk giler. Sampaikan kalau sekarang kau tunjuk kat bini atau laki kau mesti kena kutuk kaw-kaw. Tulisan buruk itu seni aku ulang. Seni macam mana pulak dengan tulisan buruk. Aku pernah tengok kat google ke mana tah. Pelukis tu buat satu line je dalam lukisan dia tapi harga tulisan dia bapak mahal nak mampus.

Bagi aku, manusia yang tak berjiwa seni ni bila tengok lukisan dia memang maki  hamun macam gila sebab lukis satu line tapi harga berjuta. Macam siot.  Lukisan yang tak beberapa seni itu mahal sebab seni lukisan tu terletak pada cerita di sebalik lukisan itu, cerita macam mana pengalaman pelukis itu sebelum lahirnya lukisan line tuh. Macam cerita kau dengan tulisan buruk kau tadi. Bila kau dah besar-besar panjang  macam sekarang kau tengok balik tulisan buruk kau tuh. Kau akan menguntumkan senyum. Aku pasti kau memang berseni.

                ‘’Tulisan buruk kalau lama-lama berlatih pasti lebih buruk,maka beralihlah daripada tulis kepada 
taip kat komputer.’’ Habis cerita tulisan buruk.

Oleh hal yang demikian, berbanggalah kau dengan setiap kesenian yang tersemat dalam diri kau. Jangan takut orang kata apa. Pi jahanam sama dia. Kau berseni dengan cara kau. Dia berseni dengan cara dia. Macam aku pulak,sebagai seorang yang berseni, tulisan aku dari sekolah rendah sampai sekarang masih aku kekalkan identiti keaslian seninya. Cis.


Ahad, 5 Januari 2014

Lima Huruf untuk sepatah perkataan: CINTA



Dengan nama Allah,aku mulai.

Setelah selesai mereka cerita-cerita yang merapu. Ramai orang yang tak mampu lagi cuba fahami apa yang aku cuba sampaikan.  Kesemua cerita-cerita merepek itu telah aku tulis tanpa merancang terlebih dahulu. Dan aku berazam tahun ini  akan ada cerita-cerita yang lebih baik,lebih hidup dan lebih kemas serta tidak terlalu ringkas. Kesemua ini akan menjadi lebih baik,hidup dan kemas jika aku merancang plot, watak dan apa2 yang berkaitan dengannya. Kita akan menjadi lebih baik pada keesokan harinya, bila kita merancang apa yang kita nak buat pada hari ini.

2014. Alhamdulillah dah masuk tahun baru. Umur bertambah. Semakin lama semakin tua. Daripada hingusan sehingga kering hingusan tersebut. Aku masih lagi seperti kelmarin, bahkan mungkin lebih banyak berdosa lagi mungkin. Aku juga masih seperti semalam. Masih lagi setia kepada mendamba setia. Aku mohon kepada Tuhan semoga aku dapat bina pahala-pahala dengan banyak pada tahun ini. InsyaAllah. Allahumma Ameen.
Selautan pengharapan aku sandarkan pada yang maha penyayang dan maha pemberi cinta kepada makhluknya. Aku bukan yang selayaknya berbicara tentang ini. Cinta adalah sesuatu  makhluk yang subjektif diciptakan tuhan.  Mendefinisikan cinta adalah berlainan mengikut pandan manusia-manusia. Ia bergantung pada situasi,pengalaman dan karakter pemberi definisi itu sendiri. Sebenarnya perkataan lima huruf ini adalah naluri yang dikurniakan Allah sebagai asas kelangsungan hidup manusia di bumi ini.

Sementara itu ia juga adalah merupakan  asas pembangunan kepada kehidupan manusia yang lebih harmoni dan bahagia. Kerana cinta seseorang mampu berjuang membebaskan sesebuah negara. Kerana cinta ia menyembah Tuhan  Maha Pemberi cinta. Kerana cinta manusia sanggup berbunuhan demi seseorang yang dicintai. Kerana cinta juga sekelompok manusia yang sedar dengan kepenindasan ke atas rakyat bangkit meluahkan ketidakpuasan. Kerana cinta aku masih setia dan ku harap kau juga begitu. Jika tidak, aku minta maaf aku terlambat.

Muda-mudi mendefinisikan cinta itu sentiasa indah-indah belaka,sweet-sweet, saling memahami serta menyayangi. Semua kegampangan yang tumbuh  pada ketika ini boleh dimaafkan termasuk perbezaan pendapat atau tindakan. Ia diselesaikan dengan bertolak ansur dan bersikap terbuka. Remaja merasakan dunia ini milik mereka dan inilah saat paling bahagia. Oleh itu, tidak sepatutnya ada pihak yang menghalang cinta mereka.

Sekelompok ada yang berakhir dengan ikatan perkahwinan.ini bagus. Tapi , tidak kurang pula percintaan yang berakhir dengan tragedi Disember. Pelbagai tragedi cinta yang dapat kita baca di akhbar harian. Sebenarnya, cinta seperti ini merupakan cinta tragis yang berakhir dengan penderitaan kerana pembinaannya di atas ‘dasar yang rapuh’.

Dasar yang rapuh ini adalah berkaitan dengan ilmu yang tersemat di dada masing-masing. Keilmuan ini adalah tapak bagi sesebuah perhubungan menjadi lebih baik dan terjamin. Tanpa ilmu, manusia yang punya sifat cinta akan hidup hanya berfantasi cinta yang mereka fikirkan sahih tanpa melihat keindahan sifat-sifat cinta itu sendiri.  Kalau ilmu hidup pun baru sekangkang kera, baru pengalaman sekali dua, maka habislah.   Sebab itulah banyak terjadi perkara-perkara yang sangat mendukacitakan. Ilmu ini perlulah dimulakan dengan menjaga hati dahulu.  Hati memang mudah dipengaruhi kerana lebih sensitif. Jadi, remaja perlu berjuang untuk menjaga hati mereka daripada dipengaruhi. Usaha ini bukan mudah, tetapi ia bukan perkara mustahil untuk dilaksanakan. Justeru itu, untuk menjaga hati remaja perlu mencari suasana yang mendorong mereka kepada kebaikan. Apa yang remaja lihat, dengar dan rasai hendaklah didorong kepada kebaikan.

Cinta yang paling bagus dan terdekat adalah cinta dan sayang lah diri sendiri sebelum memandai nak luahkan cinta segala bagai kat orang lain. Kalau diri sendiri pun tak mampu dicintai apatah lagi orang lain. Apabila  mencintai diri sendiri, kita akan merasa bahawa kita berfikir dan bertindak atas dasar cinta kita itu. Kita tidak akan membuat sesuatu yang di luar jangkaan dan tindakan kurang bijak jika kita mencintai diri sendiri. Kita perlu ada sifat cinta dalam diri sebelum mencintai orang lain.  Selanjutnya cinta tidaklah memberatkan seseorang bahkan ia adalah sesuatu makhluk yang tuhan ciptakan dengan kenikmatan yang jika di salurkan ke saluran yang benar dan haq. Maka ia menjadi cinta yang tidak dapat di bayangkan kerahmatannya.


Akhirnya, marilah kita bersama-sama menjaga hati dan meningkatkan iman kepada Allah. Yes aku tahu macam poyos  giler. Kau mesti rasa macam, ekeleh mamat nie bajet bagus pulak.  Tapi tak pe. Semoga ini yang pertama untuk 2014. Untuk seterusnya aku ada buat satu surat yang bertajuk: SUDAKU BYAS(Surat Daripada Aku: Bumi Yusuf Alaihi Salam). Benda dah siap cuma dalam proses penyuntingan. Surat itu adalah kesinambungan daripada artikel hari ini. 

bapak ah tesis hari khamis dah nak kena hantar. Semoga aku dipermudahkan oleh tuhan. janganlah di reject untuk yang ke seribu ini. Amin.

Rabu, 25 Disember 2013

ANA SEBATANG PEN.(cerita susuk tubuh pen yang manusia tidak tahu)



Bismillahirrahmanirrahim. Ana sebatang pen dakwat basah warna hitam. Disebabkan ana pen berdakwat basah, bentuk badan ana spesial sikit. Ada corak-corak macam bangang pun ada. Ana pun sendiri pening tengok corak-corak kat badan ana ni.  Ia berbentuk bulat dan panjang. Ana ada mengamalkan diet khas untuk menjadikan berat badan ana ideal dan menawan.   Nama ana ialah ‘Charlie’. Agak keomputehan namanya ye dok? Sebenarnya ketika ana lahir ana telah diberi nama oleh pereka ana. Ana pun tak kenal beliau sangat. Takpe, nanti ana add dia kat fb.  

Negara asal ana ialah Perancis, negara pemain lejen Real Madrid  Zinedine Zidane . Ana tak sempat nak jumpe dia kat Perancis sebab dia dah assistant coach  kat Real Madrid sekarang.  Zidane dengan ana ada hubungan kekeluargaan. Atuk ana yang juga sebatang pen hitam telah menjadi pen yang mana telah digunakan oleh Zidane ketika beliau menandatangani kontraknya bersama Real Madrid pada tahun 2001.

Setelah siap di pasang semua. Ana dibawa masuk ke Malaysia dengan menaiki kapal terbang. Ketika on the way ke Malaysia, ana ada juga try2 search kat google. Ana search fasal negara Malaysia. Yelah, ana pun tak tahu fasal negara nie. Dan2 je kene tukar tempat kerja. Mana tahu dapat maklumat baru kan. Ana nak makan nasi lemak. Tengok kat google image macam sedap jewwwwwr.  

Setibanya di Malaysia, ana dihantar ke sebuah kedai menjual alat-alat tulis. Ana lihat di luar kedai itu banyak poster2 gambar ana. Ana mula sedikit cuak kerana ramai giler orang yang tunggu ana.  Ana tidak sangka sambutan peminat-peminat ana di sini sungguh menggalakkan.  Ramai pelanggan yang datang melihat ana. Mereka memuji kecomelan badan ana. Ana ucap terima kasih pada mereka.

Pada suatu hari, ketika ana sedang lepak2 dengan abang liquid,seorang wanita  yang agak kiut macam Nora Danish mengusha ana. Dia tatap wajah ana dengan asyik indah nian sekali.  Ana sebagai sebatang pen yang sejati  buat cool and steady jer. Wanita itu terus mengambil  ana setelah cuba menulis menggunakan dakwat basah ana. Dia tersenyum melihat corak-corak badan ana. Dia kata ‘’ala ala ala, comey nyer. Nora suka sangat pen ni , Nora bagi 4 bintang’’.    Ana berasa gembira sekali, dua kali, tiga kali dan Great Kali (wrestler)  

Sebelum tiba di rumah Nora, banyak juga perkara kami bualkan ketika dalam perjalanan ke rumahnya. Ana dapat tahu beliau suka sangat bintang-bintang.  Sampai sahaja di rumah, ana diletakkan dengan berhati-hati di atas meja. Nora mengeluarkan henset iphonenya dan mengsnap beberapa gambar posing ana di atas meja. Lepas tuh dia pilih gambar ana yang paling kiut untuk di muat naik di instagram dan facebook.  Belum sempat ana turun dari meja sudah seratus lebih ‘like’. Ada seorang kawannya telah komen, ‘pakwe baru ke?’  Nora balas ‘kami kawan jer.’ Ana tersenyum nipis sambil menonton telebesyen,’ Cerita Playboy itu Suami Aku’ di waktu maghrib.

Nora mengeluarkan beberapa keping  kertas lukisan dari dalam lacinya. Rupa-rupanya Nora sebenarnya adalah seorang pelukis. Kelas sangat si Nora ni lukis pakai pen basah.   Ana digunakan untuk melukis potret wajah seorang, ana tidak kenal.  Habis sahaja melukis dia meletakkan ana kembali ke dalam kotak ana.  Nora nyanyikan untuk ana lagu Enter Sandman, Metallica sebelum ana tidur. Ana tidur dengan nyenyak.

Inilah kisah ana sebagai sebatang pen dakwat basah.  


Sabtu, 21 Disember 2013

Sajak: Kerja untuk Tuan




Kerja untuk tuan
Tuan beri upah.
Kami makan
Kami kenyang.


Kerja untuk tuan
Tuan ambil suap
Tuan makan
Tuan kenyang.


Kerja untuk tuan
Tuan laku salah 
Kami lihat.
Kami pertahan.
Tuan kenyang.


Kerja untuk tuan
Tuan laku salah lagi.
Kami lihat lagi.
Kami pertahan
Kami bodoh
Tuan kenyang


Kerja untuk Tuan
Kami sayang tuan
Kami kenyang
Tuan pun kenyang 

Kerja untuk Tuan
Kami undi tuan
Tuan menang lagi
Kami bersyukur
Malaysia masih aman.

*benda ni aku karang masa PRU 13 dekat fb.


Jumaat, 20 Disember 2013

KHATAN DAN KHATAM SATU KAJIAN MENGIKUT PERSESPI AIR COCA COLA. (KHENTUT TIADA KENA MENGENA)



Dengan nama Allah tuhan sekalian galaksi alam semesta. Sesungguhnya aku telah Khatan dan Khatam. Dan aku merasa nikmat yang paling nikmat gila tenuk sebab dapat khatam dan khatan. Nikmat khatan aku tak tahu rasa apa. Sebab aku khatan masa comel2 bayi gituh.

Alhamdulillah aku syukur gila sebab pada tarikh yang tersangat tak cantik, 17 Disember 2013 aku dah khatam. Aku ingat nak pilih tarikh cantik-cantik sikit untuk khatam contoh macam 11/12/13. Dapat pulak tarikh sama dengan Che ta kahwin dengan MR Middleton kan. Memang  cantik tarikh tuh. Tapi apakan daya tarikh cantik tuh berlalu begitu sahaja tanpa khatam.

                Masa sekolah rendah dulu aku adalah 2,3 kali khatam baca quran. Tu pun baca dengan abah. Abah garang sangat, tapi kadang2 tertidur masa aku baca. Mungkin abah penat sebab aku baca perlahan. Selalu jugak aku ngelat, masa abah lelap mata sikit, aku terus skip beberapa muka surat. Wah. Hebat. Tak kantoi. Hahahah . sori abah sebab anakmu mengambil kesempatan atas ketiduranmu.  Masa sekolah rendah aku khatam tak de rasa feel apa2 pun. Malah tak ada sekelumit dan secubit pun nikmat aku rasa daripada pengkhataman baca tersebut. Mungkin Allah masih belum memberikan nikmat kepadaku ketika itu. Aku happy je masa tu sebab banyak dapat duit wooooo. Banyak awek usha aku. Tapi aku buat2 jeling2 je. Yelah dah khatamkan. Eksyen je lebih.  Apelah khatam baca je pun.

                Lepas habis spm kat sekolah tahfiz dulu, aku dah fikir dah lepas duduk smtaq 5 tahun. aku dah buat keputusan tak nak berkecimpung dalam dunia quran lagi. Sebab? Ada 2 sebab. Sebab pertama. Kalau dah hafal kena jaga baik punyer. Macam korang ada awek. Kene jaga baik-baik . kena belai-belai manja. Kena selalu contact. Kalau tak dia akan lari 100 meter ke hadapan dan kau akan melopong sahaja. Begitu juga dengan quran.  Kau dah hafal kau kena jaga, jangan bagi dia lari. Kalau lari memang hancus lah. Sebab kalau kau jaga baik2 dia akan jadi sahabat dan syafaat untuk kau dalam kubur. Umi dan abah kau akan dipakaikan mahkota yang bersinar2  di dalam syurga. Kau jugak boleh beri syafaat kepada sepuluh orang yang telah di wajibkan atasnya neraka (Sori kalau salah) Aku tahu memang banyak giler babi nikmat serta kebaikan bila jadi seorang penghafaz quran. 2. Tapi kalau tak jaga baik2 pastu lupa lepas hafal memang kena laknat lah dengan quran. Aku tak nak bende tuh. Sebab tuh aku cube lari dari  hafal quran lepas spm.  

                Aku dah bertekad dengan tersemat sekali untuk tak jadi penghafaz quran selepas spm. Aku amek stam. Masa stam aku jumpa manusia yang sentiasa dalam kebaikan. Semoga beliau dalam kebaikan di sana. Aku rasa gembira giler amek stam. Sebab aku dapat lari dari hafal quran. Dalam 3 bulan aku dengan stam tiba dapat surat tawaran temu duga untuk masuk dq. Masa aku dapat aku telefon umi. Dan aku dengar cara umi cakap memang excited. Aku tak tahu nak cakap apa mase tuh.  Aku ingat impian aku yang cube lari dari dunia quran akan tercapai. Rupanya tidak. Ku sangka panas sampai ke malam. Rupanya hujan, pagi2 dah hujan. Aku lulus temu duga Dq dan dapat tawaran ke sana Fiuuuuuu. Umi pandang aku, umi senyum sambil cakap nak masuk dq x sambil pandang tepat kat wajah aku. Aku lak ntah apesal dengan tak semena-mena cakap ok,boleh,on game.

                Walaupun aku cuba nak try lari daripada hafal quran. Tapi Allah still pilih aku jugak untuk jadi sebahagian dari golongan ini. Padahal ramai lagi yang soleh dan bertaqwa dan janggut sampai dada kot. Tapi Allah tak pilih diorang. Aku memang merasa berat giler biler aku dah khatam nie. Nak jaga hafazan ingat senang ke. Susah bai. Makin lama tinggal, makin ke laut. Aku harap aku x jadi fitnah pada semua yang hafal quran. Sebab sekarang memang banyak giler ustaz-ustaz hafiz yang kerja cam gampang dan bangang. Kes  songlap duit QD dah banyak dah. Padahal bukan main sembang kasi kencang  dengan pelajar.  Rogol dengan cabul dah macam biasa lak. Belum masuk kes men romen lagi. Ahhh. Gampang tol. Kadang2 yang power2  quran lak yang buat bende tu semua. Aku harap Allah selamatkan aku dari benda2 bangang nie semua, sebab aku tak tahu apa yang jadi dengan aku akan datang. Tak semestinya kau iman power,kau takkan di uji Allah.

                Akhirnya setelah bersusah payah tasmik-tasmik-tasmik-ngulang-tasmik-tasmik. Aku dapat jugak khatam. Khatam dengan ustaz Melayu. Masa mula tasmik dengan syeikh azhar. Tapi seribu,bahkan sejuta kali sayang kot, beliau dah meninggal sebab sakit. Masa start je Surah dhuha untuk khatam  aku cakap dalam hati, Muaz, Kau dah pilih jalan ni. Jalan yang umi abah kau redha. InsyaAllah kau selamat.   

                Semoga ayat-ayat yang aku lupa semalam Tuhan ingatkan aku hari ini. Dan jika aku terlupa ayat-ayat hari ini, semoga Tuhan mengingatkan aku untuk besok.