kata pujangga

keberanian adalah sesuatu perkara yang si pengecut katakan bodoh


Sabtu, 1 Oktober 2016

Kucing saya meninggal

Dahulu saya ada bela seekor kucing jantan. Saya tidak memberinya nama kerana saya khawatir suatu hari nanti saya mungkin akan lupakannya.

Hari ini sudah hampir genap sepuluh tahun kematian kucing saya. Saya masih tidak dapat melupakan kenangan kami berdua. Antara kenangan yang tak dapat saya lupakan adalah saya lupa memberikannya nama.

Jumaat, 30 September 2016

Tangan yang pengkau

Saya cuba menyertai pertandingan menulis cerpen. Tapi saya tidak yakin dengan diri sendiri. Lebih-lebih lagi saya tidak pernah masuk mana-mana pertandingan menulis cerpen. Baiklah saya jujur sajalah disini. Jangan bagitahu orang lain. Lebih2 lagi makwe disebelah awak tu.  Saya sebenarnya bukan hendak sangat pun masuk pertandingan menulis ini. Saya didesak oleh seorang budak perempuan yang comel. Sangat memukau kecantikan. Sempurna. 10 per 10 pada skala ricter. Nasib baik dia comel. Kalau hodoh. Memang saya dah usir dia dah awal-awal lagi ketika berjumpa hari tu.

Beliau yang memaksa saya. Katanya dia pernah curi-curi membaca blog saya. Dan beliau kata beliau suka. Saya pelik. Entah apalah yg beliau suka dengan tulisan saya tu. Padahal blog saya banyak mengutuk dan bercerita sesuatu yang mengarut. Saya rasakan dia gila. Sama seperti saya. Sudahlah comel. Gila seperti saya juga. Jodohkah ini?

Saya mempunyai kelemahan dalam menulis. Saya tidak boleh bekerja dengan masa. Ada antara cerita pendek yg saya karang mengambil masa yang agak panjang. Walaupun ia hanya 5,10 baris, tapi masa yang saya gunakan kadang-kala hampir kepada 2,3 minggu juga. Bukan kerana saya malas. Penggunaan istilah yang tepat da sesuai amat membantu penulisan menjadi lebih kuat dan menarik. Dan kalang kala juga idea-idea baru akan tiba-tiba muncul dengan tidak semena-mena. Seperti peluru berpandu sesat. Menembak kepala ini. Hilang bersepai.

Ahad, 19 Jun 2016

Buang masa

Selepas keluar dari pejabat Prof. Dr Ridwan Nudrin sebentar tadi. Saya kehairanan bukan kepalang.  Bagaimana dia tahu yang saya tidak menunaikan solat subuh pagi tadi. Saya rasa saya sudah membasuh muka beberapa kali dan muka saya terlalu segar untuk mengatakan saya bangun lambat. Saya tidak berpuas hati. Saya cuba memeriksa profil facebook saya. Yelah mana tahu saya ada tershare atau terlike berkaitan fadhilat mengerjakan solat subuh atau solat-solat lain (nak cover baik). Scroll.... Tiada. Eh. Ini keajaiban. Bagaimana prof ini lakukan? Adakah beliau sebenarnya mengamalkan sikap main tembak. Nasib la kalau kena pun. Dan saya rasa tembakannya tepat ke kepala saya hari ini. Booom!!!. Cuma tak mati saja.  Kalau mati saya rasa saya masuk syurga. Sebab tadi saya sempat mengucap sebelum masuk bilik beliau. Syukur Alhamdulillah. Ketuk-ketuk ramadan. Eh.


‘’Jangan lupa Qada subuh awak pagi tadi ’’

Ini perkataan yang tengiang-ngiang dalam kepala saya. Cukup 7 perkataan yang boleh membuat saya menundukkan pandangan untuk tujuh tahun di hadapannya. Ya. Masa  inilah kita gunakan ayat quran berkaitan tundukkan pandangan. Dilema seorang penunggang agama. Hmmmm.


Khamis, 9 Jun 2016

Otak dan tong sampah

Semua orang ada duit. Ya. Maksud saya semua orang. Tidak kira sama ada mereka  miskin atau kaya. Yang membezakan mereka hanya banyak atau sedikit duit itu. Tapi malang sekali sikap membuang sampah ke dalam tong sampah tidak menjadi amalan orang yang ada duit ini. Padahal membuang sampah itu tidak memerlukan bayaran pun dalam bentuk duit. Ia hanya memerlukan otak yang sihat. Dan saya tidak memegang otak-otak mereka. Sekian

Selasa, 7 Jun 2016

Anak pertama


Dengan Nama Allah Yang maha pemurah Lagi pengasihani.
Dulu , tahun 2014 aku pernah tulis satu artikel yang tak mengikut format artikel sebab aku mana tahu format-format ni. Bagi aku, format ni untuk masuk pertandingan saja. Kalau untuk tulisan peribadi format adalah suatu yang menyekat kepelbagaian kreativitas masing-masing penulis. Jadi dalam tulisan ini aku buat remake untuk tulisan pada 2 mei tahun 2014 tentang anak sulung. Yang aku lihat ada suatu kebaikan yang akan aku kau dan kita peroleh darinya. Ada penambahbaikan dan pembetulan struktur ayat serta kalimah yang sesuai berbanding tulisan terdahulu.

Mula:

Sebentar tadi aku pesan air laici dan dua keping roti telur. Roti telur dia, Subhanallah Tabarakallah. Sangat sedap dan tidaklah menjadi kerugian apa bila terpaksa menunggu lama dan ada budak kecil menangis tak henti-henti. Aku pun cuba berselawat perlahan-lahan ke telinga sendiri. Dan akhirnya aku berjaya menenangkan diri aku sendiri. Syukur. Budak yang nangis tadi belum berhenti. Dan aku pula menangis makan roti telur.

Pendahuluan hambar di atas tiada kena mengena dengan apa yang aku nak tulis kedepan. Aku sebenarnya bukan nak cerita pasal makanan tadi atau perkara yang jadi tadi. Tapi benda yang aku nak cerita adalah pasal anak sulung bukan anak pak sulung atau syahirah sulung. Ah lupakan. Aku mahu ceritakan perihal  anak sulung atau first born atau eldest child. Nasiblah mana-mana pun. Asal kau faham. Tak faham sudahlah.
Kalau kau anak sulung, kau patut merasa kembang  kuncup dan bajet bagus sebab kau adalah zuriat pertama yang lahir ke dunia ini daripada rahim ibu kau. Tidak kiralah kau lelaki ke perempuan. Sama sahaja. Tiada perbezaan.  Masih lagi anak sulung. Kau memang hebat. Anak pertama kot. Memang kena riak sikit.

Ok aku teruskan. Bila umi abah kita  baru-baru kahwin. Mereka akan selalu berdoa semoga mereka 
mendapat zuriat. Dan doa mereka terjawab dengan lahirnya kita sebagai anak pemula kata orang  atau anak sulung.  Mereka tiada pengalaman menjaga dan mendidik anak ketika dalam kandungan atau perut. Kita sebagai anak sulung menjadi model ujian kepada mereka bagaimanakah hendak melakukan perkara-perkara yang sama jika diberi rezeki anak kedua ketiga dan seterusnya. 
Anak sulung ini bukan sahaja menjadi pengalaman berharga  kepada umi abah kau malahan  kau juga menjadi  anak pertama yang didoakan oleh umi abah kita sejak dari perut lagi. Bayangkan dari kita dekat rahim ibu kita lagi dia dah doakan kita dan sampai sekarang umur kita belasan dan puluhan tahun. Berapa banyak kali mereka doakan kita.

Selanjutnya.  Anak sulung jugalah yang pertama sekali mendengar suara abah atau ayah. Ketika lahir ke dunia ini. Suara abah atau ayahlah yang sayup-sayup  diazankan di telinga kanan bayi lelaki dan perempuan yang masih baby sesudah kelahirannya. Dan juga disunatkan untuk diiqamatkan di telinga kiri bayi lelaki dan perempuan yang masih bayi sesudah kelahirannya. Salah satu hikmah(kelebihan)melakukannya adalah supaya kalimat seruan tersebut tentang kebesaran Allah menjadi seruan pertama yang kau dengar. Abah atau ayah kau lakukan demikian dengan kegembiraan melihat kau sebagai anak sulung yang akan menerus legasi zuriat untuk mendoakan kesejahteraan mereka.

Ingin aku tegaskan disini bahawa kemunculan kau di dunia ini  adalah sebagai kemuncak kebahagiaan mereka. Serius, mereka menjaga anak sulung seperti menatang minyak yang penuh. Kesayangan mereka kepada engkau tidak berbelah bagi. Engkau ibarat pelengkap kepada sebuah keluarga yang harmonis dan bahagia. Kau patut berbangga dengan itu.
Aku teruskan lagi.  Masa kau tidur di waktu malam bulan mengambang. Belum sempat nyamuk nak gigit hisap darah kau. Memang awal-awal dah kena flying kick dengan ayah. Antara taktik ayah dan abah kita tak nak bagi kena gigit nyamuk adalah dengan membawa selipar dan kasut-kasut ke dalam rumah. Taktik ini adalah bertujuan untuk mengkompiuskan nyamuk. Bila para nyamuk melihat selipar tiada di depan pintu. Pasti para nyamuk ingat tak ada orang kat dalam rumah kan. Nampak bijak kan taktik berkenaan. Ia dinamakan taktik mengelirukan musuh yang sangat efektif dan inovatif. Kadang-kadang abah kita sendiri tertipu dengan nyamuk yang menyamar jadi lalat di waktu malam. Hmmmmm. Hambar.

Anak pertamalah yang mendengar si ayah dan ibu baca quran. Dan mereka juga menjadi orang pertama yang dengar kau nangis malam-malam. Orang pertama dapat dodoi.  Orang pertama dapat nenen. Orang pertama dapat kena cebuk. dan macam-macam lagi. Kalau aku tulis pasal yang pertama untuk segala hal berkenaan anak sulung memang tidak akan pernah habis. Anak pertama ada yang paling pemenang untuk segala hal.  Nak nenen, dapat.Nak susu, dapat  Nak tukar lampin, dapat. Dan mereka lakukan dengan ikhlas dan gembira. So,kau bangga menjadi yang pertama tak.???
Kesimpulannya beriyaklah kamu semua menjadi orang pertama dalam banyak keadaan. dan doakan ibu bapa kamu sekalian. Dan janganlah anak yang pertama cemburu dengan sikap manja ibu-bapa kita pada adik-adik kita. Kerana kita telah dimanjakan lebih dari mereka dapat. Dan kita harus berbangga menjadi yang pertama untuk selamanya.


Salam perdamaian dari aceh yang sering menjadi pertama mati lampu.

Selasa, 31 Mei 2016

Pertandingan Melukis


Pertandingan  melukis semakin hampir. Saya belum lagi membeli alatan untuk melukis. Saya tidak lagi bersemangat untuk menyertai pertandingan ini. Saya rasakan ini pertandingan yang berat sebelah. Mana mungkin saya memenangi pertandingan ini hanya dengan berbekalkan sekeping doa daripada orang-orang berdosa.

Lebih malang lagi, saya bukanlah seorang yang gemar lukisannya dipamerkan kepada orang-orang yang tidak tahu menilai sebuah seni agung. Ibarat menyuruh sang suami merasa sakitnya bersalin. Sang suami bodoh. Mana tahu rasa kesakitan itu. Biarkan isteri saja yang tahu. Yang sang suami tahu. Bila mahu main. Panggil isterinya. Kalau tidak isterinya. Panggil kawannya yang kaya. Ajak main FIFA16. Eh. Kita kembali kepada lukisan. Lukisan yang bagus dan menarik apabila dikomentari oleh tangan-tangan yang jahat, pasti keagungannya terlindung oleh bodohnya mata yang menilai.
Kebodohan mereka ini tidak bisa dilukiskan. Kalau pun boleh dilukis pasti lukisan itu telah dijual. Dan duit hasil jualan itu bolehlah membeli sebatang rokok. Dan fatwa rokok di indonesia adalah makruh. Makruh sebab ada ulama yang hisap rokok. Kalau ada ulama yang makan babi. Pasti babi pun makruh juga. Mungkin,saya kata. Bukan betul pun.


Sepanjang menjalani kehidupan yang suram. Saya pernah beberapa kali menyertai pertandingan melukis. Alhamdulillah. Semua pertandingan yang saya sertai saya kalah. Ketika itu saya masih dungu. Saya terlalu mengejar sesuatu yang kompleks dalam lukisan. Saya biarkan orang-orang buta terus buta. Saya lupa memberikan mereka cahaya atau paling bangsat pun tangan untuk menuntun mereka melihat lukisan saya. 

Pernah suatu ketika seorang pelukis terkenal tanah air, terkejut dengan lukisan saya. dua hari kemudian dia mati. Saya tidak tahu sebab apa. Katanya sebab hidap penyakit jantung. Saya tidak percaya itu. Saya lagi percaya kalau politik dengan rasuah itu bersaudara.