Sekarang ini dia sedang berbahagia. Senang. Senyumnya akar yang terpacak. Terbenam sampai kelumat yang paling dalam.
kata pujangga
Ahad, 2 Oktober 2016
Sabtu, 1 Oktober 2016
Bunda dan ayam
Comel betul ada anak kecil tadi panggil ibunya dengan gelaran bunda. Terasa sebuah cakra keibuaan dengan panggilan "bunda" itu sendiri.
Dia bertanya "Bunda-bunda itu apa?" Jarinya menunjukkan kepada sebuah gambar menu nasi goreng ada ayam. Ayam itu tersenyum kambing.
Kucing saya meninggal
Dahulu saya ada bela seekor kucing jantan. Saya tidak memberinya nama kerana saya khawatir suatu hari nanti saya mungkin akan lupakannya.
Hari ini sudah hampir genap sepuluh tahun kematian kucing saya. Saya masih tidak dapat melupakan kenangan kami berdua. Antara kenangan yang tak dapat saya lupakan adalah saya lupa memberikannya nama.
Jumaat, 30 September 2016
Tangan yang pengkau
Saya cuba menyertai pertandingan menulis cerpen. Tapi saya tidak yakin dengan diri sendiri. Lebih-lebih lagi saya tidak pernah masuk mana-mana pertandingan menulis cerpen. Baiklah saya jujur sajalah disini. Jangan bagitahu orang lain. Lebih2 lagi makwe disebelah awak tu. Saya sebenarnya bukan hendak sangat pun masuk pertandingan menulis ini. Saya didesak oleh seorang budak perempuan yang comel. Sangat memukau kecantikan. Sempurna. 10 per 10 pada skala ricter. Nasib baik dia comel. Kalau hodoh. Memang saya dah usir dia dah awal-awal lagi ketika berjumpa hari tu.
Beliau yang memaksa saya. Katanya dia pernah curi-curi membaca blog saya. Dan beliau kata beliau suka. Saya pelik. Entah apalah yg beliau suka dengan tulisan saya tu. Padahal blog saya banyak mengutuk dan bercerita sesuatu yang mengarut. Saya rasakan dia gila. Sama seperti saya. Sudahlah comel. Gila seperti saya juga. Jodohkah ini?
Saya mempunyai kelemahan dalam menulis. Saya tidak boleh bekerja dengan masa. Ada antara cerita pendek yg saya karang mengambil masa yang agak panjang. Walaupun ia hanya 5,10 baris, tapi masa yang saya gunakan kadang-kala hampir kepada 2,3 minggu juga. Bukan kerana saya malas. Penggunaan istilah yang tepat da sesuai amat membantu penulisan menjadi lebih kuat dan menarik. Dan kalang kala juga idea-idea baru akan tiba-tiba muncul dengan tidak semena-mena. Seperti peluru berpandu sesat. Menembak kepala ini. Hilang bersepai.
Ahad, 19 Jun 2016
Buang masa
Khamis, 9 Jun 2016
Otak dan tong sampah
Semua orang ada duit. Ya. Maksud saya semua orang. Tidak kira sama ada mereka miskin atau kaya. Yang membezakan mereka hanya banyak atau sedikit duit itu. Tapi malang sekali sikap membuang sampah ke dalam tong sampah tidak menjadi amalan orang yang ada duit ini. Padahal membuang sampah itu tidak memerlukan bayaran pun dalam bentuk duit. Ia hanya memerlukan otak yang sihat. Dan saya tidak memegang otak-otak mereka. Sekian