kata pujangga

keberanian adalah sesuatu perkara yang si pengecut katakan bodoh


Ahad, 30 Oktober 2016

Semak yang tinggi

Selama ni saya ingat semak setinggi 2 meter di sebelah rumah saya adalah sebuah semak yang kesunyian atau forever alone orang putih kata. Rupanya tidak demikian, ada sepasang babi. Seekor suaminya. Dan seekor lagi isterinya. Saya mula-mula fikir kedua-duanya betina. Apabila saya selidiki dengan lebih, rupanya yang gemuk sedikit itu isterinya. Walaupun kedua-duanya sama gemuk sahaja. Dasar babi-babi yang gemuk.

Semalam, waktu saya pulang berjalan kaki ketika habis solat subuh dengan melalui semak tersebut. Saya dengar ada bunyi keruk-keruk dari dalam semak. Baik saya jujur. Saya takut. Dalam ngantuk-ngantuk begini saya memikirkan kes orang-orang yang mati disondol oleh babi. Tanpa berfikir panjang, saya terus berlari sekencang mungkin.

Huh. Akhirnya saya selamat juga. Saya membuka pintu dan lihat. Eh ada babi di depan pintu. Mereka tidur. Oh rupanya silap saya yang tidak mengejut mereka. Kini kawan-kawan saya telah disumpah menjadi babi.

Ahad, 2 Oktober 2016

Puisi tumpul

Aku dibunuh oleh puisi tumpul mu,
Menusuk jantung, mengelojak hingga kaku,
Hujahan demi hujahan dalam bait kata,
Menerajang seluruh pelusuk jiwa,
Kata-katamu, santun dalam keras.
Aku sembam merapat  ke tanah,
Jidatku menghempuk batu,
Hitam berdarah ku gesekkan pada kenangan lama,
ia berlalu tidak dilindungi masa,

Bahagia

Sekarang ini dia sedang berbahagia. Senang. Senyumnya akar yang terpacak. Terbenam sampai kelumat yang paling dalam.

Sabtu, 1 Oktober 2016

Bunda dan ayam

Comel betul ada anak kecil tadi panggil ibunya dengan gelaran bunda. Terasa sebuah cakra keibuaan dengan panggilan "bunda" itu sendiri.

Dia bertanya "Bunda-bunda itu apa?" Jarinya menunjukkan kepada sebuah gambar menu nasi goreng ada ayam. Ayam itu tersenyum kambing. 

Kucing saya meninggal

Dahulu saya ada bela seekor kucing jantan. Saya tidak memberinya nama kerana saya khawatir suatu hari nanti saya mungkin akan lupakannya.

Hari ini sudah hampir genap sepuluh tahun kematian kucing saya. Saya masih tidak dapat melupakan kenangan kami berdua. Antara kenangan yang tak dapat saya lupakan adalah saya lupa memberikannya nama.

Jumaat, 30 September 2016

Tangan yang pengkau

Saya cuba menyertai pertandingan menulis cerpen. Tapi saya tidak yakin dengan diri sendiri. Lebih-lebih lagi saya tidak pernah masuk mana-mana pertandingan menulis cerpen. Baiklah saya jujur sajalah disini. Jangan bagitahu orang lain. Lebih2 lagi makwe disebelah awak tu.  Saya sebenarnya bukan hendak sangat pun masuk pertandingan menulis ini. Saya didesak oleh seorang budak perempuan yang comel. Sangat memukau kecantikan. Sempurna. 10 per 10 pada skala ricter. Nasib baik dia comel. Kalau hodoh. Memang saya dah usir dia dah awal-awal lagi ketika berjumpa hari tu.

Beliau yang memaksa saya. Katanya dia pernah curi-curi membaca blog saya. Dan beliau kata beliau suka. Saya pelik. Entah apalah yg beliau suka dengan tulisan saya tu. Padahal blog saya banyak mengutuk dan bercerita sesuatu yang mengarut. Saya rasakan dia gila. Sama seperti saya. Sudahlah comel. Gila seperti saya juga. Jodohkah ini?

Saya mempunyai kelemahan dalam menulis. Saya tidak boleh bekerja dengan masa. Ada antara cerita pendek yg saya karang mengambil masa yang agak panjang. Walaupun ia hanya 5,10 baris, tapi masa yang saya gunakan kadang-kala hampir kepada 2,3 minggu juga. Bukan kerana saya malas. Penggunaan istilah yang tepat da sesuai amat membantu penulisan menjadi lebih kuat dan menarik. Dan kalang kala juga idea-idea baru akan tiba-tiba muncul dengan tidak semena-mena. Seperti peluru berpandu sesat. Menembak kepala ini. Hilang bersepai.