kata pujangga

keberanian adalah sesuatu perkara yang si pengecut katakan bodoh


Rabu, 14 Ogos 2019

Kehidupan

Minggu ini isteri saya minta dibelikan seutas gelang tangan. Saya harus  berfikir dengan baik dan cerdas ketika membuat keputusan-keputusan yang apabila terkait dengan kewangan.

Lama saya terfikir di antara membayar duit sewa rumah atau membelikan seutas gelang tangan untuk isteri mana yang lebih baik. Setelah saya bertanyakan kepada beberapa orang menteri.

Maka dinasihatkanlah kepada saya untuk segera meninggalkan kehidupan yang fana ini.  Pergilah merantau dikehidupan yang lain. Mungkin, dikehidupan lain saya boleh menjadi seekor kucing rebel. Yang berani buang air besar di kawasan berbotol merah syabu naga. 

Ahad, 8 April 2018

semalam

Surat-surat cinta kita dahulu, kalau kau baca sekali lagi.
Ya ia masih lagi surat cinta dan bukan surat benci.
Tapi harus kau ingat, ia dah jadi hari semalam.
Dan yang membuang semalam itu engkau,
Jadi biarlah ia terus menjadi surat cinta kita,

Walau bukan aku yang kau baca nanti, mungkin dia, atau bukan dia. 

Sabtu, 22 Julai 2017

Gelap dan Cinta

Lalu orang-orang pun bertanya. bagaimana dengan cinta yang dipesan dalam gelap. Apakah ia sampai pada alamat yang tertulis?

malam juga gelap. dengan gelap kau melihat cantiknya bintang. jangan pertanyakan alamat. tanpa alamat pun, cinta akan selalu sampai. selama.

Khamis, 16 Februari 2017

Puisi Rumi_t

Pada saat cintamu menyentuhku,
Aku pun menjadi gila,
Hingga kawanan orang gila pun menjauhi ku, dan lari dariku,
Bahkan kamu perlu tahu, kata pujangga terindah dari mana-mana pun takkan pernah menawan mantera yg kau sorotkan ke jiwaku, lewat gerak alis mata mu.

Khamis, 26 Januari 2017

Kelmarin

Kita menghidupkan ikat tanpa kata dan bicara , 
Kau membunuhnya-dalam sebentar pesan  
 
Hari ini kau cuba menyimbah ''hidup''.
Dan yang mati takkan kembali semula.

Cukuplah yang kelmarin, 

Isnin, 31 Oktober 2016

Hilang barang

Saya selalu kehilangan barang. Tidak kiralah, barang yang paling besar atau barang yang paling kecil sekali pun. Saya pun hairan. Padahal saya bukan jenis yang pelupa. Ya. Benar. Saya tak lupakan awak pun.

Suatu hari saya kehilangan kad bank. Sudah puas saya cari dari tempat yang paling luas sehinggalah tempat yang paling buas. Huhu. Tak jumpa pun. Apelah nasib saya ini.

Masa saya tanya awak. Awak cuba buat suatu lawak yang dah basi. Saya rasa nak bagi penerajang je. Huhu. Tapi nasib baik saya seorang yang penyayang dan sabar. Bukankah bapak awak suka orang yang penyayang dan sabar. Tambahan pula saya seorang yang kacak. Lol. Ok itu tipu.

"Awak nampak kad atm saya tak?"

"Nampak"

"Mana?"

"Dalam hati saya. Cia cia cia cia"

Namun bila saya ingat-ingat balik, memang betul cakap awak. Kad bank tu dalam hati awak. Yelah. Kan masa saya bunuh awak. Saya robek dada awak guna sudu. Awak terkedu. Saya tumbuk dengan sebuah tumbukan padu ke muka awak. Awak terdiam. Mungkin sewaktu saya sibuk mencucuk-cucuk perut awak, kad atm saya terjatuh dari saku baju. Huhu. Malam nanti saya datang kubur awak. Tunggu eh. Awwwwwaaaaa.