Orang kata, lelaki ni susah sangat nak menangis. Lelaki ni sifatnya keras, tough, hensem (xde kene mengena), kuat, tabah, dan seumpamanya. Jadinya, lelaki dan air mata ibarat susu dan nila. Tak boleh bercampur. Kalau tidak pasti rosaklah salah satu darinya. Lelaki yang menangis dipandang tak macho, manja/anak emak (memang anak emak pun, takkan anak kakak), lembik dan seangkatannya.
Tapi realitinya, tipula kalau kata lelaki tak pernah menangis. Bukan niat nak merendahkan martabat lelaki, tetapi sama-sama nak ajak berfikir dan muhasabah diri. Berdasarkan pengalaman dan pemantauan, lelaki menangis kerana beberapa sebab :
Layan movie yang tangkap leleh punya~…contoh : hindustan, cite korea, dan seangkatan.
Barang yang sangat-bangat disayangi hilang! … cth : kereta, laptop, handphone dan seangkatan.
Bila tertekan/banyak masalah yang bertimpa-timpa.
Kena buli ngan budak-budak jahat kat sekolah, kecik-kecik dulu… :p
Dapat sesuatu/kejayaan yang diimpi-impikan siang dan malam… cth: result exam ygmantap.
Bila putus CINTA! … atau kena REJECT, bertepuk sebelah tangan, awekz CURANG!
Bila SAKIT.
Kalau yg dah kahwin, masalah ANAK dan ISTERI.
Bila berlaku KEMATIAN dalam keluarga.
Bila INSAF dan sungguh-sungguh nak BERTAUBAT.
**************
Oh, mesti tertanya-tanya, bagaimanakah cara dan posisi lelaki menangis? Mungkinkah :
Menangis kuat-kuat sambil berlari?
Duduk senyap-senyap dalam bilik sorang-sorang? Atau atas bangunan, tepi gaung? Hoho…
Menangis senyap-senyap sambil peluk bantal? (comey~nye…hahah)
Jumpa kaunselor dan nangis depannya? (apakah…?) Mungkin juga orang yg rapat dengannya?
Atau ketika SOLAT, SUJUD dan berDOA?
Ok, anda sendiri yang perlu discover pasal ni. :) .
**************
Orang kata, air mata itu perhiasan si hawa. Bukan sekadar penenang jiwa, malah sebagai senjata! Orang kata lagi, wanita mudah menangis kerana kelembutan pada jiwa, bukan kerana lemahnya semangat yang ada. Air mata tanda kekuatan. Ia juga tanda ketabahan.
Air mata selalu menjadi ukuran. Sejauh mana sabar mempertahankan badan. Sekuat mana iman menghadapi ujian. Dihukum orang lembik dan perkasa. Semuanya dinilai pada titisan air mata. Sedangkan yang dihukum, adalah yang diberi nikmat untuk merasa, rahmat Tuhan pada setiap titis air mata…
Namun, dijadikan juga air mata pada si adam. Orang
kata, si adam gagah membendung tangisannya. Bukan kerana kuatnya jiwa, yang kuat adalah ego di dalam dada. Sampai ada yang kata, si adam kejam tidak punya rasa. Tiada simpati malah sombong mendada…
Orang suka kata, hati si adam lebih keras dari si hawa. Lelaki kuat mengharung derita. Setakat terguris sekali dua, apalah sangat harganya berbanding setitis air mata. Ada juga orang bertanya, bukankah hati yang keras itu susah untuk menerima? Keras itu sifatnya ganas dan menyakitkan. Keras itu tidak selesa andai diberi pada tilam. Keras itu gagal andai diletak pada kelembutan. Keras itu zalim andai bercampur pada keamanan. Keras juga hodoh pada sebuah perwatakan.
Adakah bermakna si adam itu bersifat dengan sifatnya keras? Ganas, menyakitkan, gagal, zalim, tidak menyelesakan, malah hodoh dipandang?
**************
Setakat ini perkongsian kali ini. Teringat satu kisah di dalam sirah, Nabi Muhammad s.a.w. juga menangis pada satu ketika Baginda s.a.w. kematian bapa saudaranya, Abu Thalib dan isteri kesayangan, Siti Khadijah r.a. sehingga tahun itu disebut sebagai Tahun Kesedihan atau ‘Amul Huzn.
Kalau insan Agung seperti Baginda s.a.w. turut menitiskan air mata, bagaimanakah keadaannya dengan kita?
Menangislah bila menghadap Allah s.w.t., Tuhan-mu. Latihlah diri untuk tunduk dan lembut hati pada Pencipta. Kerana sebegitu banyak ni’mat yang diberi kepada kita, sebegitu banyak pula dosa yang kita lakukan. Tidak salah lelaki menangis, andai air mata itu merapatkan jurang antara Aku dan Yang Esa.
Jangan mendabik dada di depan Pencipta. Dunia dan isinya milik-Nya yang nyata. Kuatnya kita hari ini, berkuasanya kita saat ini, ke lubang kubur juga pengakhirannya nanti.
Salahkah menjadi hamba yang bersyukur???