kata pujangga

keberanian adalah sesuatu perkara yang si pengecut katakan bodoh


Rabu, 14 Ogos 2019

Kehidupan

Minggu ini isteri saya minta dibelikan seutas gelang tangan. Saya harus  berfikir dengan baik dan cerdas ketika membuat keputusan-keputusan yang apabila terkait dengan kewangan.

Lama saya terfikir di antara membayar duit sewa rumah atau membelikan seutas gelang tangan untuk isteri mana yang lebih baik. Setelah saya bertanyakan kepada beberapa orang menteri.

Maka dinasihatkanlah kepada saya untuk segera meninggalkan kehidupan yang fana ini.  Pergilah merantau dikehidupan yang lain. Mungkin, dikehidupan lain saya boleh menjadi seekor kucing rebel. Yang berani buang air besar di kawasan berbotol merah syabu naga.