kata pujangga

keberanian adalah sesuatu perkara yang si pengecut katakan bodoh


Rabu, 25 Disember 2013

ANA SEBATANG PEN.(cerita susuk tubuh pen yang manusia tidak tahu)



Bismillahirrahmanirrahim. Ana sebatang pen dakwat basah warna hitam. Disebabkan ana pen berdakwat basah, bentuk badan ana spesial sikit. Ada corak-corak macam bangang pun ada. Ana pun sendiri pening tengok corak-corak kat badan ana ni.  Ia berbentuk bulat dan panjang. Ana ada mengamalkan diet khas untuk menjadikan berat badan ana ideal dan menawan.   Nama ana ialah ‘Charlie’. Agak keomputehan namanya ye dok? Sebenarnya ketika ana lahir ana telah diberi nama oleh pereka ana. Ana pun tak kenal beliau sangat. Takpe, nanti ana add dia kat fb.  

Negara asal ana ialah Perancis, negara pemain lejen Real Madrid  Zinedine Zidane . Ana tak sempat nak jumpe dia kat Perancis sebab dia dah assistant coach  kat Real Madrid sekarang.  Zidane dengan ana ada hubungan kekeluargaan. Atuk ana yang juga sebatang pen hitam telah menjadi pen yang mana telah digunakan oleh Zidane ketika beliau menandatangani kontraknya bersama Real Madrid pada tahun 2001.

Setelah siap di pasang semua. Ana dibawa masuk ke Malaysia dengan menaiki kapal terbang. Ketika on the way ke Malaysia, ana ada juga try2 search kat google. Ana search fasal negara Malaysia. Yelah, ana pun tak tahu fasal negara nie. Dan2 je kene tukar tempat kerja. Mana tahu dapat maklumat baru kan. Ana nak makan nasi lemak. Tengok kat google image macam sedap jewwwwwr.  

Setibanya di Malaysia, ana dihantar ke sebuah kedai menjual alat-alat tulis. Ana lihat di luar kedai itu banyak poster2 gambar ana. Ana mula sedikit cuak kerana ramai giler orang yang tunggu ana.  Ana tidak sangka sambutan peminat-peminat ana di sini sungguh menggalakkan.  Ramai pelanggan yang datang melihat ana. Mereka memuji kecomelan badan ana. Ana ucap terima kasih pada mereka.

Pada suatu hari, ketika ana sedang lepak2 dengan abang liquid,seorang wanita  yang agak kiut macam Nora Danish mengusha ana. Dia tatap wajah ana dengan asyik indah nian sekali.  Ana sebagai sebatang pen yang sejati  buat cool and steady jer. Wanita itu terus mengambil  ana setelah cuba menulis menggunakan dakwat basah ana. Dia tersenyum melihat corak-corak badan ana. Dia kata ‘’ala ala ala, comey nyer. Nora suka sangat pen ni , Nora bagi 4 bintang’’.    Ana berasa gembira sekali, dua kali, tiga kali dan Great Kali (wrestler)  

Sebelum tiba di rumah Nora, banyak juga perkara kami bualkan ketika dalam perjalanan ke rumahnya. Ana dapat tahu beliau suka sangat bintang-bintang.  Sampai sahaja di rumah, ana diletakkan dengan berhati-hati di atas meja. Nora mengeluarkan henset iphonenya dan mengsnap beberapa gambar posing ana di atas meja. Lepas tuh dia pilih gambar ana yang paling kiut untuk di muat naik di instagram dan facebook.  Belum sempat ana turun dari meja sudah seratus lebih ‘like’. Ada seorang kawannya telah komen, ‘pakwe baru ke?’  Nora balas ‘kami kawan jer.’ Ana tersenyum nipis sambil menonton telebesyen,’ Cerita Playboy itu Suami Aku’ di waktu maghrib.

Nora mengeluarkan beberapa keping  kertas lukisan dari dalam lacinya. Rupa-rupanya Nora sebenarnya adalah seorang pelukis. Kelas sangat si Nora ni lukis pakai pen basah.   Ana digunakan untuk melukis potret wajah seorang, ana tidak kenal.  Habis sahaja melukis dia meletakkan ana kembali ke dalam kotak ana.  Nora nyanyikan untuk ana lagu Enter Sandman, Metallica sebelum ana tidur. Ana tidur dengan nyenyak.

Inilah kisah ana sebagai sebatang pen dakwat basah.  


Sabtu, 21 Disember 2013

Sajak: Kerja untuk Tuan




Kerja untuk tuan
Tuan beri upah.
Kami makan
Kami kenyang.


Kerja untuk tuan
Tuan ambil suap
Tuan makan
Tuan kenyang.


Kerja untuk tuan
Tuan laku salah 
Kami lihat.
Kami pertahan.
Tuan kenyang.


Kerja untuk tuan
Tuan laku salah lagi.
Kami lihat lagi.
Kami pertahan
Kami bodoh
Tuan kenyang


Kerja untuk Tuan
Kami sayang tuan
Kami kenyang
Tuan pun kenyang 

Kerja untuk Tuan
Kami undi tuan
Tuan menang lagi
Kami bersyukur
Malaysia masih aman.

*benda ni aku karang masa PRU 13 dekat fb.


Jumaat, 20 Disember 2013

KHATAN DAN KHATAM SATU KAJIAN MENGIKUT PERSESPI AIR COCA COLA. (KHENTUT TIADA KENA MENGENA)



Dengan nama Allah tuhan sekalian galaksi alam semesta. Sesungguhnya aku telah Khatan dan Khatam. Dan aku merasa nikmat yang paling nikmat gila tenuk sebab dapat khatam dan khatan. Nikmat khatan aku tak tahu rasa apa. Sebab aku khatan masa comel2 bayi gituh.

Alhamdulillah aku syukur gila sebab pada tarikh yang tersangat tak cantik, 17 Disember 2013 aku dah khatam. Aku ingat nak pilih tarikh cantik-cantik sikit untuk khatam contoh macam 11/12/13. Dapat pulak tarikh sama dengan Che ta kahwin dengan MR Middleton kan. Memang  cantik tarikh tuh. Tapi apakan daya tarikh cantik tuh berlalu begitu sahaja tanpa khatam.

                Masa sekolah rendah dulu aku adalah 2,3 kali khatam baca quran. Tu pun baca dengan abah. Abah garang sangat, tapi kadang2 tertidur masa aku baca. Mungkin abah penat sebab aku baca perlahan. Selalu jugak aku ngelat, masa abah lelap mata sikit, aku terus skip beberapa muka surat. Wah. Hebat. Tak kantoi. Hahahah . sori abah sebab anakmu mengambil kesempatan atas ketiduranmu.  Masa sekolah rendah aku khatam tak de rasa feel apa2 pun. Malah tak ada sekelumit dan secubit pun nikmat aku rasa daripada pengkhataman baca tersebut. Mungkin Allah masih belum memberikan nikmat kepadaku ketika itu. Aku happy je masa tu sebab banyak dapat duit wooooo. Banyak awek usha aku. Tapi aku buat2 jeling2 je. Yelah dah khatamkan. Eksyen je lebih.  Apelah khatam baca je pun.

                Lepas habis spm kat sekolah tahfiz dulu, aku dah fikir dah lepas duduk smtaq 5 tahun. aku dah buat keputusan tak nak berkecimpung dalam dunia quran lagi. Sebab? Ada 2 sebab. Sebab pertama. Kalau dah hafal kena jaga baik punyer. Macam korang ada awek. Kene jaga baik-baik . kena belai-belai manja. Kena selalu contact. Kalau tak dia akan lari 100 meter ke hadapan dan kau akan melopong sahaja. Begitu juga dengan quran.  Kau dah hafal kau kena jaga, jangan bagi dia lari. Kalau lari memang hancus lah. Sebab kalau kau jaga baik2 dia akan jadi sahabat dan syafaat untuk kau dalam kubur. Umi dan abah kau akan dipakaikan mahkota yang bersinar2  di dalam syurga. Kau jugak boleh beri syafaat kepada sepuluh orang yang telah di wajibkan atasnya neraka (Sori kalau salah) Aku tahu memang banyak giler babi nikmat serta kebaikan bila jadi seorang penghafaz quran. 2. Tapi kalau tak jaga baik2 pastu lupa lepas hafal memang kena laknat lah dengan quran. Aku tak nak bende tuh. Sebab tuh aku cube lari dari  hafal quran lepas spm.  

                Aku dah bertekad dengan tersemat sekali untuk tak jadi penghafaz quran selepas spm. Aku amek stam. Masa stam aku jumpa manusia yang sentiasa dalam kebaikan. Semoga beliau dalam kebaikan di sana. Aku rasa gembira giler amek stam. Sebab aku dapat lari dari hafal quran. Dalam 3 bulan aku dengan stam tiba dapat surat tawaran temu duga untuk masuk dq. Masa aku dapat aku telefon umi. Dan aku dengar cara umi cakap memang excited. Aku tak tahu nak cakap apa mase tuh.  Aku ingat impian aku yang cube lari dari dunia quran akan tercapai. Rupanya tidak. Ku sangka panas sampai ke malam. Rupanya hujan, pagi2 dah hujan. Aku lulus temu duga Dq dan dapat tawaran ke sana Fiuuuuuu. Umi pandang aku, umi senyum sambil cakap nak masuk dq x sambil pandang tepat kat wajah aku. Aku lak ntah apesal dengan tak semena-mena cakap ok,boleh,on game.

                Walaupun aku cuba nak try lari daripada hafal quran. Tapi Allah still pilih aku jugak untuk jadi sebahagian dari golongan ini. Padahal ramai lagi yang soleh dan bertaqwa dan janggut sampai dada kot. Tapi Allah tak pilih diorang. Aku memang merasa berat giler biler aku dah khatam nie. Nak jaga hafazan ingat senang ke. Susah bai. Makin lama tinggal, makin ke laut. Aku harap aku x jadi fitnah pada semua yang hafal quran. Sebab sekarang memang banyak giler ustaz-ustaz hafiz yang kerja cam gampang dan bangang. Kes  songlap duit QD dah banyak dah. Padahal bukan main sembang kasi kencang  dengan pelajar.  Rogol dengan cabul dah macam biasa lak. Belum masuk kes men romen lagi. Ahhh. Gampang tol. Kadang2 yang power2  quran lak yang buat bende tu semua. Aku harap Allah selamatkan aku dari benda2 bangang nie semua, sebab aku tak tahu apa yang jadi dengan aku akan datang. Tak semestinya kau iman power,kau takkan di uji Allah.

                Akhirnya setelah bersusah payah tasmik-tasmik-tasmik-ngulang-tasmik-tasmik. Aku dapat jugak khatam. Khatam dengan ustaz Melayu. Masa mula tasmik dengan syeikh azhar. Tapi seribu,bahkan sejuta kali sayang kot, beliau dah meninggal sebab sakit. Masa start je Surah dhuha untuk khatam  aku cakap dalam hati, Muaz, Kau dah pilih jalan ni. Jalan yang umi abah kau redha. InsyaAllah kau selamat.   

                Semoga ayat-ayat yang aku lupa semalam Tuhan ingatkan aku hari ini. Dan jika aku terlupa ayat-ayat hari ini, semoga Tuhan mengingatkan aku untuk besok.
               
                 


Ahad, 27 Oktober 2013

Gua mahu mati dalam iman 2.





Bismillahirahammanirahim.

Gua tak ingat berapa hari bulan tapi yang masih tersemat di kepala hotak gua adalah hari Isnin.   Pagi-pagi lagi gua dah bangun siap seterika baju sendiri. Dah lama rasanya gua tak seterika baju sendiri. Yelah, masa duduk asrama dulu, bangun je pagi semua dah siap sedia untuk dipakai. Ada saja adik2 junior yang berebut-rebutkan baju seluar gua untuk diseterikakan. Gua bangga sama adik2, sebab senantiasa buat hidup abam sempurna hari-hari. Terima kasih adik2 Lap yu so mac.   

Pada hari ni gua daftar masuk untuk ke tingkatan enam dan asrama.  Selepas beberapa bulan gua menetap di rumah sebagai menganggur tidak terlatih. Gua dihantar dengan suka rela ke sini. Gua sebagai anak soleh ikut cakap mak  gua turutkan jua. Sebab syurga gua sebagai anak terletak di bawah telapak kaki mak gua. Sebelum gua berangkat ke sekolah, Kucing gua nyanyikan sebuah  lagu untuk gua. Dia nyanyi lagu Ukays, Lepaskan mu kerana terpaksa. Gua tahu kucing gua a.k.a  Meow akan merasa kerinduan kerana tiada siapa lagi akan merembat terajang beliau selepas ini. Pasti keterajangan gua tersemat ketat di hati beliau. Gua relakan perpisahan ini. Cis.

Dah berbulan jugalah gua tidak berpakaian smart seperti hari ini. Jika ada para gadis yang lalu sebelah gua masa pagi ni pasti mereka akan tunduk cair melihatkan  kemaskulinan gua.  Sedangkan gua lihat cermin pun gua cair. Inikan pula mereka. Haha(Gelak Syaitan).   Gua menunggu giliran membayar segala bagai yuran.  Mak gua kata baki duit bayar yuran  adalah duit belanja gua. Kalau banyak boleh lah enjoy.

Gua pandang2 mana tahu ada dua tiga orang ke gua kenal. Boleh lah ajak cerita2 kedai kopi malam ni kat bilik gua. Tiba-tiba gua perasan seorang awek.  Gua pandang dia. Dia pandang gua. Mata bertentang. Ok. Gua pandang tempat lain. Macam bangang je perangai gua.

‘’Ahmad Terahayu bin Terahayu IV’’!   Nama gua dipanggil mengikut seperti di dalam kad pengenalan dengan lahjah Melayu yang sebenar. Gua bingkas bangun dan terus bergerak ke hadapan. Gua duduk dan gua sengih kambing.

‘’Selamat datang ye. Kenapa  cam pelik je nama? Soal cikgu depan gua. Cantik juga cikgu ni kata gua dalam hati. Ah sudah, tak de keje gua nak try cikgu ni. Mak gua suruh datang sekolah untuk menuntut ilmu. Keh3

‘’Oh yeke? Nama ni adalah hasil gabungan nama atuk saya dan nama kartun kegemaran beliau. Urmm . Cikgu berapa nak kena bayar?’’

‘’Oh macam tu. Ada-ada saja kamu ni. Yuran sekolah RM 100,yuran asrama  RM 38 Sebulan dan Duit PIBG RM 60 dan jumlahnya RM 198 sahaja.’’

Gua seluk poket belakang seluar dan keluarkan wallet hadiah member sekolah gua dulu. Gua keluarkan duit RM 200 dan hulurkan kat cikgu cute depan gua. Dia bagi baki dua hengget berserta resit pembayaran. Hurmm. Ni je duit belanja gua. Cis.

‘’Terima kasih cikgu ’’.

‘’Sama–sama ’’. Balas beliau tersenyum.

Gua bangun dan ambil beg gua yang gua tinggalkan dekat kerusi belakang. Sekali lagi gua perasan awek tadi. Gua pandang lagi.  Dia pandang gua. Ok. Kali ni dia senyum pandang gua. Ah. Sumpah cair.

=========================================================

Cerita ini, cerita sebelum ini  dan juga cerita akan datang- cerita berjudul ‘gua’ adalah sedikit pengalaman gua dan gua campur-campur sedikit supaya lebih berperisa  anggur,epal, watermelon.

bapak ah tesis susah do....




  

Sabtu, 5 Oktober 2013

Sang Kancil Berkereta Kancil




Pada suatu hari yang agak tengah hari. Suasana hutan agak aman damai bak Malaysia yang masih aman. Kelihatan seekor kancil sedang menaiki sebuah kereta kancil yang di ubahsuai sedikit. Bunyinya seperti kereta lumba tapi perginya ke laut. Ini lah akibatnya jika kereta canggih-canggih tetapi sistem perhubungan jalan raya di dalam hutan ini agak jahanam macam haram.

Sang kancil  ingin segera pergi berjumpa dengan buah hatinya, Rusa janda kerana dia sudah berjanji kepada kekasihnya itu untuk keluar makan tengah hari di Restoran Asam Pedas. Sang kancil tidak mahu lambat lagi untuk ke temu janji ini. Oleh hal yang demikian, dia telah memberanikan diri untuk melanggar lampu merah dan juga  berjaya memotong beberapa kenderaan di garisan berkembar. Sampai di sebuah selekoh dia telah memberanikan diri untuk melakukan drift buat kali pertama yang agak berbahaya. Dia telah belajar selok belok drift ini melalui sistem multi level marketing yang di sertainya beberapa bulan lepas.

Setelah hampir lima belas minit sang kancil memandu kereta kancil, akhirnya di tiba juga di destinasi yang di inginkan. Dia memasuki tempat parkir kereta selepas mengambil pas masuk.  Mujur hari ini kenderaan tidak banyak dia berjaya mendapatkan tempat yang sesuai untuk kereta kancilnya.
Dia amat menyayangi kekasihnya, rusa. Walaupun rusa ini merupakan seorang janda anak sepuluh, sifat keayuan yang terserlah membuatkan sang kancil terpaut pada cinta pandang pertama.  Sang kancil masih ingat lagi bagaimana mereka boleh di takdirkan bersama. Suatu ketika Rusa sedang berbikini sedang berjemur di tepi pantai bersama anak-anaknya. Sang kancil yang pada ketika itu juga sedang mengambil kesempatan bersiar-siar seketika mencuci mata. Tiba-tiba, rusa menjerit.

‘’Help,help! Please... Tolong anak I lemas.  Oink-oink’’ (eh apsal bunyi cam kerbau pendek) Jerit Rusa Janda sambil terlompat-lompat comel. Cute sangat. –Muntah-  Dan jarinya menunjuk ke arah seekor anak rusa yang sedang terkapai-kapai kelemasan.

‘’Takpe kak, biar saya cuba sedaya saya untuk menyelamatkan anak kakak.’’ Kata Sang Kancil sambil membuka bajunya dan di lipatnya dengan cermat sebelum terjun ke dalam laut untuk menyelamatkan anak rusa yang hampir 10 percent untuk kembali ke rahmatullah.

Hasil usaha yang telah di tunjukkan oleh Sang kancil telah berjaya menyelamatkan anak Rusa Janda. Selepas melakukan beberapa bentuk gaya CPR ke atas anak Rusa janda, akhirnya anak rusa janda tersedar  daripada lemas sebentar tadi.

Sejak daripada kejadian itu Sang Kancil dan Rusa Janda telah bertukar facebook dan juga nombor telefon. Mereka menjadi pasangan setelah beberapa minggu chat di facebook

Selepas puas mengimbau kisah cinta pandang pertama. Sang kancil segera menghabiskan baki rokok john yang tinggal sebelum keluar daripada kereta kancilnya dan terus bergerak ke arah kekasihnya yang sedang menunggu di Restoran Asam Pedas. 

Jumaat, 30 Ogos 2013

Gua mahu mati dalam iman,




Dengan nama Allah,
Yang tidak memberikan mudarat sesuatu di bumi juga di langit
Dan Dia maha mendengar lagi maha mengetahui.

Gua tidak tahu nak mulakan daripada mana dan hendak ke mana.  Pertama sekali gua nak cakap, gua bukannya malaikat yang tidak ada dosa. Iman pun sentiasa seia sekata sahaja atau para nabi dan rasul yang iman mereka senantiasa naik bertingkek tingkek. Gua manusia yang selalu sangat buat dosa dan gua harap dapat bertaubat sebelum gua mati. Gua nak mati beriman. Kata ustaz gua mati beriman masuk syurga.  

Gua menulis panjang ni bukan nak berceramah tentang syurga ke neraka ke. Gua bukan ustaz nak cerita bende-bende tu semua. Kalau rukun iman ke, rukun Islam ke, rukun sembahyang ke adalah gua hadam sikit-sikit. Itu pun belajar masa sekolah rendah dulu. Apa yang gua nak cerita ni adalah fasal awek gua yang gua tak anggap dia sebagai awek gua. Macam ada kegampangan ayat di situkan. Gua pun pening bila baca ayat ni balik ayat gua. Macam haram.

Awek ni gua kenal masa gua habis sekolah. Gua lepas SPM mak abah gua suruh sambung form 6. Daripada gua menghabiskan masa menjadi penanam anggur( penganggur)  kat rumah, gua gagahkan tulang empat kerat gua untuk ke sekolah baharu mendapatkan ilmu. Cet. Ilmulah sangat. Padahal mendajal je kemain.

Masa tu gua jadi imam sembahyang maghrib kat asrama. Gua ni walaupun selalu tidur dalam kelas agama. Tapi gua sentiasa pickup dengan bab sembahyang. Bagi gua sembahyang nie  bukan nya gua suka-suka nak buat. Tapi Allah, tuhan gua dan tuhan lu juga yang suruh. Wajib bagi gua sembahyang, barulah apa kita buat berkat, kata ustazah gua yang cun.  Gua memang jaga bab-bab sembahyang nie. Ada sekali masa gua form 2 kot. Gua pernah bagi sepenumbuk yang amat padat sekali kat muka sorang senior ni. Ada ke patut dia boleh tembak bontot member gua yang tengah sujud guna pistol manik. Menjerit member gua. Gua tengah sembahyang sebelah member gua tu terus batalkan sembahyang. Time senior gua tu gelak2lah gua bagi sedas penumbuk, memang padat. Dua gigi patah. Gua memang menyirap giler babi. Gua boleh sabar lagi kalu dia buli gua dan kawan-kawan gua basuh baju , pau duit , jalan itik , pukul  dan buat bende-bende bodoh macam tiup lampu sampai padam.  Tapi kacau orang sembahyang memang  sangat berbukit bodohnya.

Sebenarnya gua dah lari jauh dari  kisah awek gua yang gua tak anggap dia sebagai awek gua. Ok gua sambung kisah awek gua. Gua sebenarnya malas nak ada awek nie masa sekolah. Bagi gua awek-awek buat kepala gua pening je. Maaf yer, bukan bererti  gua tak laku. Masa sekolah menengah dulu ramai saja awek2 masuk line try gua, tapi gua buat bodoh jer. Malas layan. Gua memang bajet bagus masa tuh.  

Cerita awek gua ni spesel sikit. Sespesel burger ayam spesel lagi. Gua tak pernah jumpa atau lihat dia. Sedang  gua sibuk baca komik under 18, member gua datang dia kata ada orang nak kenal dengan gua. Member gua  boleh dikira dalam katogeri yang alim alim kucing parsi.  Bagi budak asrama alim-alim kucing parsi atau alim-alim kucing kurap, sama sahaja. Mereka tetap alim. Bila gua dengar je nama awek nie , hati gua jadi tenang. Mungkin ada maksud kebaikan dalam nama dia.  Malam tuh gua tidur seperti biasa dan termimpikan ibu bapa gua di kampung halaman. 

Pagi tuh gua rembat beberapa keping duit syiling kat bawah katil member gua yang kene tembak kat bontot. Gua telefon mak gua tanya khabar dan minta doa. Hati gua bertambah tenang. Kisah awek dan gua akan menyusul.

                          

Jumaat, 19 Julai 2013

Gajah bercerita Gajahan 1




Kata ibu, arwah abahku merupakan keturunan yang berasal dari afrika selatan. Oh.patutlah badannya lebih besar iaitu 4 meter lebih dan juga lebih berat daripada bapa-bapa saudaraku.yang lain. Gadingnya juga panjang serta tajam. Kadang-kadang arwah abah selalu menjadi hero apabila puak kami diserang oleh puak-puak lain atau haiwan-haiwan liar seperti singa dan harimau  Tambah mamaku lagi di sebabkan kekuatanya yang luar biasa ini arwah abah telah ditabalkan menjadi  ketua puak bagi puak MOLANYA.  Sepanjang pemerintahan abah,puak kami hidup dalam keadaan aman sentosa seperti amannya sebua negara yang bernama MALAYSIA. Alhamdulillah Malaysia Masih Aman.

Aku tidak sempat berjumpa dengan arwah abah kerana arwah abah telah meninggal dunia semasa aku dalam kandungan mama lagi.  Apabila aku menanyakan mama tentang bagaimana cara abah meninggal dunia, air muka mama aku berubah menjadi sebak dan dia hanya menyebut satu perkataan yang aku tidak pasti maksudnya -MANUSIA-.  Aku tidak faham mengapa ibu menyebut ‘manusia’, adakah ia sejenis penyakit sendi-sendi, iaitu penyakit gout atau adakah ‘manusia’ ini seekor makhluk? Makhluk apakah ‘manusia’ ini?  Aku tidak pernah berjumpa dengannya . adakah ‘manusia’ yang mama maksudkan ini lebih besar dan kuat daripada arwah abah. Sebab itu ‘manusia’ boleh mengalahkan arwah abah yang gagah dan berani.
Ibu kepada mama, iaitu merangkap nenekku pernah bercerita padaku tentang manusia selepas aku menanyakan tentang perkara ini. Dia kata manusia adalah makhluk Allah yang diberi akal fikiran dan nafsu. Berbeza dengan kami yang hanya diberikan nafsu dan fitrah. Mereka diberi tugas untuk mentadbir urusan di bumi. 

Amanah yang diberikan Tuhan kepada manusia amat berat sekali. Sebagai perbandingan beratnya amanah itu, jika di kumpulkan sepsis kami atau segala bentuk gunung ganang di atas muka bumi ini. Pasti lebih berat amanah yang di kurniakan tuhan kepada manusia. Namun ada segelintir manusia yang tamak dan meninggalkan perintah tuhan. Mereka meenggunakan nafsu serakah mereka untuk mentadbir bumi. Perbuatan mereka ini di kutuk oleh makhluk2 lain yang menjadikan bumi sebagai tempat tinggal.

Selepas berhempas pulas melahirkan aku yang gedabak ni. mama telah dimasuk kan ke dalam wad kecemasan persekutuan haiwan berat. Akibat pendarahan yang banyak ketika melahrkan aku. Ditambah pula dengan cagu yang amat parah. Keadaan mama amat kritkal. Aku dijaga oleh nenek ku, Nek Tom. Doktor melakukan pembedahan untuk mengeluarkan cagu tahap ke empat di kaki mamaku. Aku yang ketika itu tidak mengerti apa-apa hanya menangis hendak menyusu. kalau aku dah baligh masa tu. hah memang touching kot. Selepas beberapa jam di dalam kandang operasi. Lampu bilik pembedahan terpadam. Pintu terbuka. Doktor Badak keluar tetapi masih lagi memakai mask hijau permbedahan. Semua mata tertumpu pada Doktor Badak.... 


bersambung

Jumaat, 7 Jun 2013

Maxis macam haram

Aku menutup lembaran kalimah-kalimah suci. Tanganku mencapai telefon selular. Aku menaip tiga patah perkatan dan butang send ditekan.

Aku:  Maxis macam haram.

Dia:  
Apesal?

Aku:  Line kejap ada kejap takda.

Dia:  Tahu takpe. Nak hantar mesej kat kau ibarat kecelakaan tiada tempoh.  

Aku:  Menyusahkan orang2 yang bermesej dengan awek tentang peristiwa isra mikraj.Seperti aku ni. haha.

Dia:  Mungkin ada hikmahnya. Harini Tuhan pisahkan sebentar kau dengan dia

Aku:  Argh. Beliau sudah menceraikan aku. Kerana aku sudah punya kekasih gelap. Begitu curangkah aku kepada beliau. Beliau adalah puteri idaman kalbu sanubari hamba laksana Hang tuah dan Tun Teja.

Dia:  Begitupun kau terlalu memuja hukum alam atas penceraian atas bibir ini, kau masih belum mengerti hakikat sebuah percintaan yang diibaratkan bagai seekor anak khinzir yang dahagakan tiga titis air hujan karena ditinggalkan di kota kelahirannya.

Aku:  Sungguh beliau terkesima dengan sikapku. Puih. Aku hanya pandang pada rupa. Persialan itu semua. Aissity apa perkhabaran, masih bendera hijau?

Dia : Aissity jua yang kau ingat kendatipun siputeri Bailarung tetap bermain dalam otak yang hitam. Dia masih kelu membisu, apakah ia mahu pergi  atau tidak. Yang pasti, aku dah berjaya tundukkan dia.

Aku:  Walaupun begitu adapun demikian. Sudah ku katakan. Aku sudah curang dengan beliau. Bukanlah Aissity dalam ingatan ku. Tapi peristiwa sedemikian. pesan padanya stam lebih baik. Aku harap kau berjaya tundukkan juga puteri kesayangan hamba. Seperti berjayanya aku.

Dia:  Jika itu satu amanah untuk aku sampaikan, bukanlah sukar gunung ledang untuk aku runtuhkan.

Aku:  Arakian, aku bangga dengan kegagahanmu. Persis kepahlawanan puteri.

Dia:  Aku hanya mahukan Aisitty bahagia dengan masa depan. Bukan hanya menangguk di tepi mimpi menunggu nasib. Aku tak larang dia pergi. Aku juga tak harap dia pindah. Yang penting, ke mana dia membawa agamanya.

Aku:  Cis.ayat kau buat aku sedikit cemburu. Jika dia dengar pasti dia akan cair. Seperti cairnya ais di antartika dan Somalia serta lahad datu, sultan kiram..

Dia:  Cairnya hati tak membawa kemantapan akidah mahupun kekuatan iman. Yang menjadi ironinya.ialah mengapa, perlu katakana terima kasih atas kata2 tak seberapa? Hanya Tuhan tempat segala pujian.

Aku:  Ceh.


Dia:  #Shit.

-tammat-

Rabu, 29 Mei 2013

peribahasa mudah.


" ketuk kepala sendiri, maka sakitlah kepala tersebut".

Isnin, 29 April 2013

Syeikh ahmad mustafa

syeikh ahmad mustafa fadliyah


aku ada seorang syeikh yang pagi2 dengarkan bacaan quran aku secara hafazan. Dan syeikh ini sempat mendengar bacaan aku selama 3 semester. Selepas itu beliau telah kembali ke mesir kerana mengalami sakit yang aku tidak pasti. Yang menyedihkan aku Syeikh aku ini telah meninggalkan dunia pada 5 april 2013. sungguh aku sedih giler dengan pemergian beliau. aku pernah terfikir hendak melawat beliau di mesir jika aku berpeluang melanjutkan pelajaran di sana. Tapi Allah lebih mencintai beliau.

Aku bukanlah anak murid yang mesra sangat dengan beliau. Cuma ada detik2 dalam hidup aku yang membuatkan aku mengingati beliau untuk selama-lamanya. aku tidak pernah memperdengarkan bacaan quran aku dengan syeikh arab yang sememangnya berlahjah arab. Hari pertama aku memperdengarkan bacaan depan dia cuak jugak. Yelah. mana tahu dia tangankan aku baca salah ker. Aku baca dalam keadaan mata tertutup Aku mulakan dengan bismillah, lepas tuh aku baca dari awal surah al fatihah, dan awal surah al baqarah. Tengah sedap-sedap baca aku try buka mata.Terus aku terpadang tangan die. pergh. tangan dahlah besar. sekali hayun memang habislah jawabnya. Aku berhenti baca dan blur giler bila pandang tangan die. memang fikiran kena lempang le.... mana taknyer boleh terlupa pulak tengah2 jalan. Tapi syeikh bagi peluang untuk baca lagi sekali.

Rabu, 10 April 2013

Dalam kebangangan



Gambar hiasan yang tidak seperti hiasan

Dimulakan akan aku dengan nama Allah…

Kegagalan adalah suatu mimpi ngeri bagi sesiapa sahaja yang terjebak dalam golongan manusia. Semua manusia yang punya kepala hotak akan merasakan kegagalan ni macam bende alah yang patut takde dalam kamus dewan  hidup diorang.  Banyak bentuk kegagalan yang ada dalam dunia ni. Ada kegagalan dalam pelajaran, kerjaya dan percintaan. Ada 000000.1% apa yang syarifah dot dot dot cakap pasal masalah tuh ada betul jugak. Tapi aku tak kaitkan masalah dengan haiwan. Tuh bullshit namanyer.. Setiap manusia pernah merasa  masalah kegagalan. Tapi kita sebagai manusia yang seperti mana aku cakap tadi, manusia yang punya kepala hotak kurniaan Tuhan Yang Maha Berkuasa akan memikirkan tentang kegagalan ni merupakan suatu sampah yang tidak ada harganya. Kita berfikir mengapa usaha yang kita penat macam nak giler tapi hasilnya yang kedapatan adalah kegagalan, keadilankah di situ?

Tapi yang aku tahu kegagalan memang bende yang pahit untuk ditelani. Cuba cakap siapa yang dalam dunia ni suka dan menyintai akan kegagalan. Takde sorang pun manusia yang suka lalu menyintainya. Everybody wants to be perfect!!!!! Semua nak sempurna bagai. Umpama tiada kecacatan. Sedangkan yang sempurna hanya ALLAH Taala. Allah…(insaf )

Ketika kita menyedari kegagalan itu terpaut pada diri kita macam-macam perasaan dalam hati ni, jiwa kacau(kadang2 jiwa taiko), terkilan, sedih, marah, dan segala bagai. Mulalah cakap apa orang kata nanti.? Apa nak cakap dengan orang?  Orang sekeliling kita pulak, dia cakap sabar2 boleh cube lagi nanti…. Kita yang gagal nilah yang merasa akan nikmat kagagalan. Mereka apa tahu? Yang mereka tahu cakap sabar2 cuba lagi. Tu je le…. Ok lagi yang bagi nasihat daripada yang pandang kita macam takde mata. Mentang2 kita gagal dipandang diri ni macam tiada harga diri je. Macam kegagalan ni disamaertikan dengan menjual maruah. Mereka tidak tahu betapa usahanya kita ketika manusia lain sedang sedap2 empuk semuanyanya.

Kalau kita menyelidiki secara lebih terperinci( wah ayat!!!!). Kegagalan ni bukanlah perkara asing dalam hidup manusia yang(sila rujuk atas). Manusia pernah gagal dan selalu akan gagal. Namun manusia yang menjadikan gagal sebagai jalan hidup seterusnnya adalah manusia yang hanya menjadikan kegagalan pertama sebagai kegagalan sahaja bukannya satu kegagalan yang membina semangat untuk berjaya…. Yeah!!!!(kalo tak paham senyum jer pun tak per)

Sebenanya banyak lagi aku nak tulis pasal kegagalan, cume kepala hotak aku nie rasa pening2, loya2 Entahlah. Yang penting bila kita gagal dalam sesuatu perkara bersyukurlah kerana kita masih punya manusia yang kita sayangi dan yang  paling penting Allah senantiasa akan bersama kita sekiranya kita mengingatinya ketika kita berjaya mahupun gagal. Ingat Allah bukan hany suruh kita bersyukur jer… tapi dia juga suruh kita cuba,cuba,dan cuba lagi sampai berjaya. Sebab setiap usaha kita akan dikira walaupun kita gagal.

kalau kau gagal untuk yang ke sejuta, cubalah untuk yang ke sejuta satu

-pesanku padamu semua, jika dalam kebangangan beristighfarlah-