Pada suatu hari yang agak tengah hari. Suasana hutan agak aman damai bak Malaysia yang masih aman. Kelihatan seekor kancil sedang menaiki sebuah kereta kancil yang di ubahsuai sedikit. Bunyinya seperti kereta lumba tapi perginya ke laut. Ini lah akibatnya jika kereta canggih-canggih tetapi sistem perhubungan jalan raya di dalam hutan ini agak jahanam macam haram.
Sang kancil ingin segera pergi berjumpa dengan buah hatinya, Rusa janda kerana dia sudah berjanji kepada kekasihnya itu untuk keluar makan tengah hari di Restoran Asam Pedas. Sang kancil tidak mahu lambat lagi untuk ke temu janji ini. Oleh hal yang demikian, dia telah memberanikan diri untuk melanggar lampu merah dan juga berjaya memotong beberapa kenderaan di garisan berkembar. Sampai di sebuah selekoh dia telah memberanikan diri untuk melakukan drift buat kali pertama yang agak berbahaya. Dia telah belajar selok belok drift ini melalui sistem multi level marketing yang di sertainya beberapa bulan lepas.
Setelah hampir lima belas minit sang kancil
memandu kereta kancil, akhirnya di tiba juga di destinasi yang di inginkan. Dia
memasuki tempat parkir kereta selepas mengambil pas masuk. Mujur hari ini kenderaan tidak banyak dia
berjaya mendapatkan tempat yang sesuai untuk kereta kancilnya.
Dia amat menyayangi kekasihnya, rusa. Walaupun
rusa ini merupakan seorang janda anak sepuluh, sifat keayuan yang terserlah
membuatkan sang kancil terpaut pada cinta pandang pertama. Sang kancil masih ingat lagi bagaimana mereka
boleh di takdirkan bersama. Suatu ketika Rusa sedang berbikini sedang berjemur
di tepi pantai bersama anak-anaknya. Sang kancil yang pada ketika itu juga
sedang mengambil kesempatan bersiar-siar seketika mencuci mata. Tiba-tiba, rusa
menjerit.
‘’Help,help! Please... Tolong anak I lemas. Oink-oink’’ (eh apsal bunyi cam kerbau pendek)
Jerit Rusa Janda sambil terlompat-lompat comel. Cute sangat. –Muntah- Dan jarinya menunjuk ke arah seekor anak rusa
yang sedang terkapai-kapai kelemasan.
‘’Takpe kak, biar saya cuba sedaya saya untuk
menyelamatkan anak kakak.’’ Kata Sang Kancil sambil membuka bajunya dan di
lipatnya dengan cermat sebelum terjun ke dalam laut untuk menyelamatkan anak
rusa yang hampir 10 percent untuk kembali ke rahmatullah.
Hasil usaha yang telah di tunjukkan oleh Sang
kancil telah berjaya menyelamatkan anak Rusa Janda. Selepas melakukan beberapa
bentuk gaya CPR ke atas anak Rusa janda, akhirnya anak rusa janda tersedar daripada lemas sebentar tadi.
Sejak daripada kejadian itu Sang Kancil dan Rusa
Janda telah bertukar facebook dan juga nombor telefon. Mereka menjadi pasangan
setelah beberapa minggu chat di facebook
Selepas puas mengimbau kisah cinta pandang pertama. Sang kancil segera menghabiskan baki rokok john yang tinggal sebelum keluar daripada kereta
kancilnya dan terus bergerak ke arah kekasihnya yang sedang menunggu di Restoran Asam Pedas.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan