Gua tak ingat berapa hari bulan tapi yang
masih tersemat di kepala hotak gua adalah hari Isnin. Pagi-pagi lagi gua dah bangun siap seterika
baju sendiri. Dah lama rasanya gua tak seterika baju sendiri. Yelah, masa duduk
asrama dulu, bangun je pagi semua dah siap sedia untuk dipakai. Ada saja adik2
junior yang berebut-rebutkan baju seluar gua untuk diseterikakan. Gua bangga
sama adik2, sebab senantiasa buat hidup abam sempurna hari-hari. Terima kasih
adik2 Lap yu so mac.
Pada
hari ni gua daftar masuk untuk ke tingkatan enam dan asrama. Selepas beberapa bulan gua menetap di rumah
sebagai menganggur tidak terlatih. Gua dihantar dengan suka rela ke sini. Gua
sebagai anak soleh ikut cakap mak gua
turutkan jua. Sebab syurga gua sebagai anak terletak di bawah telapak kaki mak
gua. Sebelum gua berangkat ke sekolah, Kucing gua nyanyikan sebuah lagu untuk gua. Dia nyanyi lagu Ukays,
Lepaskan mu kerana terpaksa. Gua tahu kucing gua a.k.a Meow akan merasa kerinduan kerana tiada siapa
lagi akan merembat terajang beliau selepas ini. Pasti keterajangan gua tersemat
ketat di hati beliau. Gua relakan perpisahan ini. Cis.
Dah berbulan jugalah gua tidak berpakaian
smart seperti hari ini. Jika ada para gadis yang lalu sebelah gua masa pagi ni
pasti mereka akan tunduk cair melihatkan
kemaskulinan gua. Sedangkan gua
lihat cermin pun gua cair. Inikan pula mereka. Haha(Gelak Syaitan). Gua menunggu giliran membayar segala bagai
yuran. Mak gua kata baki duit bayar
yuran adalah duit belanja gua. Kalau
banyak boleh lah enjoy.
Gua pandang2 mana tahu ada dua tiga orang ke
gua kenal. Boleh lah ajak cerita2 kedai kopi malam ni kat bilik gua. Tiba-tiba
gua perasan seorang awek. Gua pandang
dia. Dia pandang gua. Mata bertentang. Ok. Gua pandang tempat lain. Macam
bangang je perangai gua.
‘’Ahmad Terahayu bin Terahayu IV’’! Nama gua dipanggil mengikut seperti di dalam
kad pengenalan dengan lahjah Melayu yang sebenar. Gua bingkas bangun dan terus
bergerak ke hadapan. Gua duduk dan gua sengih kambing.
‘’Selamat datang ye. Kenapa cam pelik je nama? Soal cikgu depan gua.
Cantik juga cikgu ni kata gua dalam hati. Ah sudah, tak de keje gua nak try
cikgu ni. Mak gua suruh datang sekolah untuk menuntut ilmu. Keh3
‘’Oh yeke? Nama ni adalah hasil gabungan nama
atuk saya dan nama kartun kegemaran beliau. Urmm . Cikgu berapa nak kena
bayar?’’
‘’Oh macam tu. Ada-ada saja kamu ni. Yuran
sekolah RM 100,yuran asrama RM 38
Sebulan dan Duit PIBG RM 60 dan jumlahnya RM 198 sahaja.’’
Gua seluk poket belakang seluar dan keluarkan
wallet hadiah member sekolah gua dulu. Gua keluarkan duit RM 200 dan hulurkan
kat cikgu cute depan gua. Dia bagi baki dua hengget berserta resit pembayaran.
Hurmm. Ni je duit belanja gua. Cis.
‘’Terima kasih cikgu ’’.
‘’Sama–sama ’’. Balas beliau tersenyum.
Gua bangun dan ambil beg gua yang gua
tinggalkan dekat kerusi belakang. Sekali lagi gua perasan awek tadi. Gua
pandang lagi. Dia pandang gua. Ok. Kali
ni dia senyum pandang gua. Ah. Sumpah cair.
=========================================================
Cerita ini, cerita sebelum ini dan juga cerita akan datang- cerita berjudul
‘gua’ adalah sedikit pengalaman gua dan gua campur-campur sedikit supaya lebih berperisa anggur,epal, watermelon.
bapak ah tesis susah do....
bapak ah tesis susah do....
sambungan?
BalasPadam