Benzema terjaga daripada tidur. Tersentak
dengan mimpi.
‘’Astaghfirullah hal azim...’’
Dia terperanjat dengan bunyi jam loceng yang
melantunkan ceramah Ustaz Azhar Idrus. Baginya apabila dengar ceramah Ustaz Azhar memang ada aura
tersendiri. Walaupun dia sudah tidur,
dia dapat lagi tersengih apabila mendengar lawak Ustaz Azhar Idrus
ceramah. Lalu tanpa berlengah dia mencapai jam loceng di sebelah bantalnya dan
menghempaskannya ke lantai dengan sekuat hati. Jam 2.30 pagi. Waktu yang sesuai
untuk solat malam. Dia meninjau kawannya
Anjel di Mariam di bawah masih nyenyak tidur. Itulah Anjel. Nama penuhnya Anjel
de Mariam. Anjel merupakan kawan dia yang paling susah nak bangun kalau dah
tidur. Orang kata kalau ada harimau selatan kat sebelah dia pun dia x bangun,
apatah lagi kijang. Kejolabak kejolobu.
Lalu tanpa berlengah masa dia terus bangun
dari katil dan membuat sekali lompatan
daripada katil double decker. Pom!! Dia mengambil posisi seperti scene Thor
turun ke bumi daripada langit. Kepalanya tunduk. Dia mengangkat kepalanya
perlahan-lahan dan tersengih. Dia pergi sebelah
Anjel dan membisikkan;
‘’Ingatlah wahai Anjel de Mariam Bin Mariam,
apabila datang kepada kamu 2 malaikat
yang serupa dengan kamu iaitu Mungkar dan Nakir, maka janganlah berasa gentar
dan takut, janganlah kamu berdukacita dan risau serta janganlah kamu susah-hati
dan terkejut. ’’
‘’Ketahuilah wahai Anjel de Mariam Bin
Mariam bahawasanya Mungkar dan Nakir itu
hamba Allah Taala, sebagaimana kamu juga hamba Allah Taala. Apabila mereka
menyuruh kamu duduk, mereka juga akan menyoal kamu. Mereka berkata;
‘’Siapakah Tuhan kamu?Siapakah Nabi
kamu?Apakah agama kamu?Apakah kiblat kamu?Siapakah saudara kamu?Apakah pegangan
iktikad kamu?Dan apakah kalimah yang kamu bawa bersama-sama kamu?’’
‘’Di masa itu hendaklah kamu menjawab
soalan-soalan mereka dengan cermat dan sehabis-habis terang, tepat dan betul.
Janganlah berasa gementar, janganlah cuak dan janganlah bergopoh-gapah, biarlah
tenang dan berhati-hati...'' Belum habis lagi
Benzema membisikkan talkin kat telinga Anjel. Anjel membalas;
‘’I sayang you betul-betul. I akan tunaikan
apa-apa yang I dah janji. You bukan tak kenal I. Ketua eksekutif MLM yang
paling banyak downline kat negara ni. Dah banyak jutawan I lahirkan tau.. Muah..’’ Anjel mengingau sambil mulutnya cuba mencium pipi Benzema. Benzema
mengambil langkah berjaga-jaga. Kekuda dipasak dan dengan segera dia menepis muka Anjel dengan menggunakan kepala
lutut kaki kiri. Dia menuntut ilmu lutut longgar dari Datuk Mahaguru Abrahamovich Mat Zain Alcrocodile Hunter Alghaib. Pencreeet atau pengasas silat lutut
longgar .
‘’Cis. Mimpi basah tak ajak.’’ Kata Benzema
dalam hati.
Entah syaiton nirrajim mana tah yang menghasut
Benzema.
‘’Kau tak ingat ke Anjel ni lah yang tutup
lampu masa ko tengah berak. Kau tak rasa
nak kasi dia sikit pengajaran ke? ‘’
Benzema terpedaya dengan hasutan
syaitonirrojim. Imannya telah melayang. Rasa belas kasihan terhadap rakannya
telah hilang. Baginya main lampu time orang tengah berak adalah biadab. Dia
tekad. Dia perlu buat sesuatu untuk membalas dendam. Dia mengambil kayu hoki yang tergantung di pintu locker. Kayu hoki
tersebut adalah kayu yang digunakan untuk mengejut warden bangun subuh. Dan sekarang
dengan kayu hoki itulah dia akan melunaskan hutang yang belum selesai.
Benzema menggenggam erat kayu hoki dengan kedua
belah tangan. Dia tarik ke belakang dan mengayunkan kayu hoki itu ke arah perut Anjel dengan sekuat hati. Pang! Pang! Pang! Benzema memukul perut Anjel bertubi-tubi, Anjel
terjaga.
‘’Aaaaaaaargh , apesal ni? Sakit lah bab...’’
Belum sempat Anjel menghabiskan makian, Benzema memberikan satu tendangan kaki kiri yang amat
padu tepat ke muka Anjel. Lantas mengayunkan kayu hoki ke mulut Anjel. Mulut Anjel
berdarah. Dua giginya patah. Dia menangis
kesakitan.
Benzema belum puas. Dia menjerit.
‘’Wei!!!! Kau tahu tak main-main lampu time
orang tengah berak, satu tindakan biadab!!
Hari ni aku ajar kau apa itu erti penyesalan!!!’’ Dia menarik kahak
dalam-dalam dan terus disembur ke muka Anjel.
Anjel mengesat kahak hijau dan darah di mukanya yang sudah bercampur dengan menggunakan selimut pemberian Cikgu Anne kerana dia telah memenangi acara lari dalam guni ketika mengikuti acara sukaneka di tadikanya.
‘’Tolonglah aku gurau jer. Aku main-main. ’’
Benzema tidak hiraukan rayuan Anjel . Dia perlu
menghabiskan sisa-sisa makhluk yang ada di hadapannya ini. Dia memegang kepala Anjel
dan menghentakkannya di dinding. Anjel jatuh terbaring. Muka Anjel di hadapkan ke lantai konkrit dalam keadaan meniarap. Benzema panjat katil
double decker terus melompat di atas
kepala Anjel. Dia mendaratkan lututnya dahulu. Anjel meraung kesakitan. Hidungnya
dipenuhi darah yang banyak sehingga hanya dapat bernafas melalui mulut.
Terduduk sebentar Benzema di atas badan Anjel.
Dia mengeluarkan sebatang rokok dan dinyalakan. Fuuuuuuh.. Asap pertama ke
udara. Asap kedua dan seterusnya. Dia
mengambil putung rokok yang masih berbaki sedikit dan terus menyumbatnya ke lubang
telinga Anjel. Menggeletar kepala Anjel masa tu hanya tuhan sahaja yang tahu.
Dia capai sebatang pen. Klik. Sekali cucukan
ke mata sebelah kiri Anjel. Darah memercik
di sekitar tempat itu. Anjel menggelupur
dengan tusukan pen tersebut. Benzema mencabut pen tadi dan mencucuknya semula
ke mata sebelah kanan. Sesekali dia bermain tekan-tekan dengan pen biru dakwat
cair itu.
Klik,buka. Klik, tutup. Klik buka. Klik,tutup.
Tiba-tiba lampu terpadam. Gelap. Dia mendengar
suatu suara yang selalu dia dengar. Suara orang yang dia paling minat. Itulah suara
Ustaz Azhar Idrus.
‘’Soalang seterusnyer.. ; Assalamualaikum.. ambo nok tanye satu soklan.. Betulke ade orang kabo ke ambo. Kena mandi wajib pas berak.?’’
‘’ Jawapangyer. Wajib. Wajib kalau mu berok
kluar mani..’’
Tiada ulasan:
Catat Ulasan