kata pujangga

keberanian adalah sesuatu perkara yang si pengecut katakan bodoh


Sabtu, 3 Mei 2014

Great leader: Anak Juara atau johan atau pertama atau sulung



Bismillah.

Tadi aku order air laici dan makan roti telur. Roti telur dia. Pergh. Sangat mengharukan . Ini menjadikan  misi sulit menambah lemak di perut semakin berjaya.  Aku tengok orang lalu lalang. Ada yang bawak awek, ada yang bawak anak, ada yang bawak bayi nangis-nangis dan ada juga yang bawa anjing. Serius. Bela anjing bawak jalan2 makan roti canai. Sangat gempak. Sangat sangat. Ok habis.

Pendahuluan hambar kat atas tiada kena mengena dengan apa yang aku nak tulis. Aku sebenarnya bukan nak cerita fasal makanan tadi atau perkara yang jadi tadi. Tapi benda yang aku nak cerita adalah pasal anak sulung bukan anak pak sulung. Anak sulung. Kalau ikut bahasa kampung aku  first born atau eldest child. Ok ini poyo. Sangat poyos.

Anak sulung patut kembang  kuncup dan bajet bagus sebab kau adalah zuriat pertama yang lahir ke dunia ini daripada rahim ibu kau. Tidak kiralah kau lelaki ke perempuan. Sama sahaja. Tiada perbezaan.  Masih lagi anak sulung. Kau memang power giler. Anak pertama kot. Memang kena riak sikit.

Ok aku teruskan. Bila umi abah kita  baru-baru kahwin. Mereka akan selalu berdoa semoga mereka mendapat zuriat. Dan doa mereka terjawab dengan lahirnya kita sebagai anak pemula kata orang medan atau anak sulung.  Mereka tiada pengalaman menjaga dan mendidik anak ketika dalam kandungan atau perut. Kita sebagai anak sulung menjadi model ujian kepada mereka bagaimanakah hendak melakukan perkara-perkara yang sama jika diberi rezeki anak kedua ketiga dan seterusnya.  

Anak sulung ini bukan sahaja menjadi pengalaman berharga  kepada umi abah kau malahan  kau juga menjadi  anak pertama yang didoakan oleh umi abah kita sejak dari perut lagi. Bayangkan dari kita dekat rahim ibu kita lagi dia dah doakan kita dan sampai sekarang umur kita belasan dan puluhan tahun. Berapa banyak kali mereka doakan kita. Pergh banyak siot. Banyak giler tenuk. Tapi kita? Entah. Fikirlah sendiri.

Selanjutnya.  Anak sulung jugalah yang pertama sekali mendengar suara abah atau ayah. Ketika lahir ke dunia ini. Suara abah atau ayahlah yang sayup-sayup  diazankan di telinga kanan bayi lelaki dan perempuan yang masih baby sesudah kelahirannya. Dan juga disunatkan untuk diiqamatkan di telinga kiri bayi lelaki dan perempuan yang masih bayi sesudah kelahirannya. Salah satu hikmah(kelebihan)melakukannya adalah supaya kalimat seruan tersebut tentang kebesaran Allah menjadi seruan pertama yang kau dengar. Abah atau ayah kau lakukan demikian dengan kegembiraan melihat kau sebagai anak sulung yang akan menerus legasi zuriat untuk mendoakan kesejahteraan mereka.

Kemunculan kau adalah sebagai kemuncak kebahagiaan mereka. Serius mereka menjaga anak sulung macam menatang minyak yang penuh. Memang manja aku tak nafikan. Anak pertama bhai. Mana tak manja.

Aku teruskan lagi.  Masa kau tidur malam-malam. Belum sempat nyamuk nak gigit hisap darah kau. Memang awal-awal dah kena flying kick dengan ayah. Antara taktik ayah dan abah kita tak nak bagi kena gigit nyamuk adalah dengan membawa selipar dan kasut-kasut ke dalam rumah. Taktik ini adalah bertujuan untuk mengkompiuskan nyamuk. Bila para nyamuk melihat selipar tiada di depan pintu. Pasti para nyamuk ingat tak ada orang kat dalam rumah kan. Nampak bijak kan taktik berkenaan. Ia dinamakan taktik mengelirukan musuh yang sangat efektif dan inovatif.


Anak pertamalah yang mendengar si ayah dan ibu baca quran. Dan mereka juga menjadi orang pertama yang dengar kau nangis malam-malam. Orang pertama dapat dodoi.  Orang pertama dapat nenen. Orang pertama dapat kena cebuk. dan macam-macam lagi.Kalau aku tulis pasal yang pertama untuk segala hal berkenaan anak sulung memang tidak akan pernah habis.  Orang pertama  untuk segala hal. Nak nenen, dapat.Nak susu, dapat  Nak tukar lampin, dapat. Dan mereka lakukan dengan ikhlas dan gembira. So,kau bangga menjadi yang pertama tak.??? 

kesimpulannya beriyaklah kamu semua menjadi orang pertama dalam banyak keadaan. dan doakan ibu bapa kamu sekalian. Anak-anak kedua, ketiga dan seterusnya jangan jeles eh. hahaha 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan