Bismillahirrahmanirrahim.
Ana sebatang pen dakwat basah warna hitam. Disebabkan ana pen berdakwat basah, bentuk
badan ana spesial sikit. Ada corak-corak macam bangang pun ada. Ana pun sendiri
pening tengok corak-corak kat badan ana ni. Ia berbentuk bulat dan panjang. Ana ada
mengamalkan diet khas untuk menjadikan berat badan ana ideal dan menawan. Nama ana
ialah ‘Charlie’. Agak keomputehan namanya ye dok? Sebenarnya ketika ana lahir
ana telah diberi nama oleh pereka ana. Ana pun tak kenal beliau sangat. Takpe,
nanti ana add dia kat fb.
Negara asal ana ialah Perancis, negara pemain lejen Real Madrid Zinedine Zidane . Ana tak sempat nak jumpe dia kat Perancis sebab dia dah assistant coach kat Real Madrid sekarang. Zidane dengan ana ada hubungan kekeluargaan. Atuk ana yang juga sebatang pen hitam telah menjadi pen yang mana telah digunakan oleh Zidane ketika beliau menandatangani kontraknya bersama Real Madrid pada tahun 2001.
Setelah siap di pasang semua. Ana dibawa masuk ke Malaysia dengan menaiki kapal terbang. Ketika on the way ke Malaysia, ana ada juga try2 search kat google. Ana search fasal negara Malaysia. Yelah, ana pun tak tahu fasal negara nie. Dan2 je kene tukar tempat kerja. Mana tahu dapat maklumat baru kan. Ana nak makan nasi lemak. Tengok kat google image macam sedap jewwwwwr.
Setibanya di Malaysia, ana dihantar ke sebuah kedai menjual alat-alat tulis. Ana lihat di luar kedai itu banyak poster2 gambar ana. Ana mula sedikit cuak kerana ramai giler orang yang tunggu ana. Ana tidak sangka sambutan peminat-peminat ana di sini sungguh menggalakkan. Ramai pelanggan yang datang melihat ana. Mereka memuji kecomelan badan ana. Ana ucap terima kasih pada mereka.
Pada suatu hari, ketika ana sedang lepak2 dengan abang liquid,seorang wanita yang agak kiut macam Nora Danish mengusha ana. Dia tatap wajah ana dengan asyik indah nian sekali. Ana sebagai sebatang pen yang sejati buat cool and steady jer. Wanita itu terus mengambil ana setelah cuba menulis menggunakan dakwat basah ana. Dia tersenyum melihat corak-corak badan ana. Dia kata ‘’ala ala ala, comey nyer. Nora suka sangat pen ni , Nora bagi 4 bintang’’. Ana berasa gembira sekali, dua kali, tiga kali dan Great Kali (wrestler)
Sebelum tiba di rumah Nora, banyak juga perkara kami bualkan ketika dalam perjalanan ke rumahnya. Ana dapat tahu beliau suka sangat bintang-bintang. Sampai sahaja di rumah, ana diletakkan dengan berhati-hati di atas meja. Nora mengeluarkan henset iphonenya dan mengsnap beberapa gambar posing ana di atas meja. Lepas tuh dia pilih gambar ana yang paling kiut untuk di muat naik di instagram dan facebook. Belum sempat ana turun dari meja sudah seratus lebih ‘like’. Ada seorang kawannya telah komen, ‘pakwe baru ke?’ Nora balas ‘kami kawan jer.’ Ana tersenyum nipis sambil menonton telebesyen,’ Cerita Playboy itu Suami Aku’ di waktu maghrib.
Nora mengeluarkan beberapa keping kertas lukisan dari dalam lacinya. Rupa-rupanya Nora sebenarnya adalah seorang pelukis. Kelas sangat si Nora ni lukis pakai pen basah. Ana digunakan untuk melukis potret wajah seorang, ana tidak kenal. Habis sahaja melukis dia meletakkan ana kembali ke dalam kotak ana. Nora nyanyikan untuk ana lagu Enter Sandman, Metallica sebelum ana tidur. Ana tidur dengan nyenyak.
Inilah kisah ana sebagai sebatang pen dakwat basah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan