kata pujangga

keberanian adalah sesuatu perkara yang si pengecut katakan bodoh


Ahad, 5 Januari 2014

Lima Huruf untuk sepatah perkataan: CINTA



Dengan nama Allah,aku mulai.

Setelah selesai mereka cerita-cerita yang merapu. Ramai orang yang tak mampu lagi cuba fahami apa yang aku cuba sampaikan.  Kesemua cerita-cerita merepek itu telah aku tulis tanpa merancang terlebih dahulu. Dan aku berazam tahun ini  akan ada cerita-cerita yang lebih baik,lebih hidup dan lebih kemas serta tidak terlalu ringkas. Kesemua ini akan menjadi lebih baik,hidup dan kemas jika aku merancang plot, watak dan apa2 yang berkaitan dengannya. Kita akan menjadi lebih baik pada keesokan harinya, bila kita merancang apa yang kita nak buat pada hari ini.

2014. Alhamdulillah dah masuk tahun baru. Umur bertambah. Semakin lama semakin tua. Daripada hingusan sehingga kering hingusan tersebut. Aku masih lagi seperti kelmarin, bahkan mungkin lebih banyak berdosa lagi mungkin. Aku juga masih seperti semalam. Masih lagi setia kepada mendamba setia. Aku mohon kepada Tuhan semoga aku dapat bina pahala-pahala dengan banyak pada tahun ini. InsyaAllah. Allahumma Ameen.
Selautan pengharapan aku sandarkan pada yang maha penyayang dan maha pemberi cinta kepada makhluknya. Aku bukan yang selayaknya berbicara tentang ini. Cinta adalah sesuatu  makhluk yang subjektif diciptakan tuhan.  Mendefinisikan cinta adalah berlainan mengikut pandan manusia-manusia. Ia bergantung pada situasi,pengalaman dan karakter pemberi definisi itu sendiri. Sebenarnya perkataan lima huruf ini adalah naluri yang dikurniakan Allah sebagai asas kelangsungan hidup manusia di bumi ini.

Sementara itu ia juga adalah merupakan  asas pembangunan kepada kehidupan manusia yang lebih harmoni dan bahagia. Kerana cinta seseorang mampu berjuang membebaskan sesebuah negara. Kerana cinta ia menyembah Tuhan  Maha Pemberi cinta. Kerana cinta manusia sanggup berbunuhan demi seseorang yang dicintai. Kerana cinta juga sekelompok manusia yang sedar dengan kepenindasan ke atas rakyat bangkit meluahkan ketidakpuasan. Kerana cinta aku masih setia dan ku harap kau juga begitu. Jika tidak, aku minta maaf aku terlambat.

Muda-mudi mendefinisikan cinta itu sentiasa indah-indah belaka,sweet-sweet, saling memahami serta menyayangi. Semua kegampangan yang tumbuh  pada ketika ini boleh dimaafkan termasuk perbezaan pendapat atau tindakan. Ia diselesaikan dengan bertolak ansur dan bersikap terbuka. Remaja merasakan dunia ini milik mereka dan inilah saat paling bahagia. Oleh itu, tidak sepatutnya ada pihak yang menghalang cinta mereka.

Sekelompok ada yang berakhir dengan ikatan perkahwinan.ini bagus. Tapi , tidak kurang pula percintaan yang berakhir dengan tragedi Disember. Pelbagai tragedi cinta yang dapat kita baca di akhbar harian. Sebenarnya, cinta seperti ini merupakan cinta tragis yang berakhir dengan penderitaan kerana pembinaannya di atas ‘dasar yang rapuh’.

Dasar yang rapuh ini adalah berkaitan dengan ilmu yang tersemat di dada masing-masing. Keilmuan ini adalah tapak bagi sesebuah perhubungan menjadi lebih baik dan terjamin. Tanpa ilmu, manusia yang punya sifat cinta akan hidup hanya berfantasi cinta yang mereka fikirkan sahih tanpa melihat keindahan sifat-sifat cinta itu sendiri.  Kalau ilmu hidup pun baru sekangkang kera, baru pengalaman sekali dua, maka habislah.   Sebab itulah banyak terjadi perkara-perkara yang sangat mendukacitakan. Ilmu ini perlulah dimulakan dengan menjaga hati dahulu.  Hati memang mudah dipengaruhi kerana lebih sensitif. Jadi, remaja perlu berjuang untuk menjaga hati mereka daripada dipengaruhi. Usaha ini bukan mudah, tetapi ia bukan perkara mustahil untuk dilaksanakan. Justeru itu, untuk menjaga hati remaja perlu mencari suasana yang mendorong mereka kepada kebaikan. Apa yang remaja lihat, dengar dan rasai hendaklah didorong kepada kebaikan.

Cinta yang paling bagus dan terdekat adalah cinta dan sayang lah diri sendiri sebelum memandai nak luahkan cinta segala bagai kat orang lain. Kalau diri sendiri pun tak mampu dicintai apatah lagi orang lain. Apabila  mencintai diri sendiri, kita akan merasa bahawa kita berfikir dan bertindak atas dasar cinta kita itu. Kita tidak akan membuat sesuatu yang di luar jangkaan dan tindakan kurang bijak jika kita mencintai diri sendiri. Kita perlu ada sifat cinta dalam diri sebelum mencintai orang lain.  Selanjutnya cinta tidaklah memberatkan seseorang bahkan ia adalah sesuatu makhluk yang tuhan ciptakan dengan kenikmatan yang jika di salurkan ke saluran yang benar dan haq. Maka ia menjadi cinta yang tidak dapat di bayangkan kerahmatannya.


Akhirnya, marilah kita bersama-sama menjaga hati dan meningkatkan iman kepada Allah. Yes aku tahu macam poyos  giler. Kau mesti rasa macam, ekeleh mamat nie bajet bagus pulak.  Tapi tak pe. Semoga ini yang pertama untuk 2014. Untuk seterusnya aku ada buat satu surat yang bertajuk: SUDAKU BYAS(Surat Daripada Aku: Bumi Yusuf Alaihi Salam). Benda dah siap cuma dalam proses penyuntingan. Surat itu adalah kesinambungan daripada artikel hari ini. 

bapak ah tesis hari khamis dah nak kena hantar. Semoga aku dipermudahkan oleh tuhan. janganlah di reject untuk yang ke seribu ini. Amin.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan