Firman Allah: “Sesungguhnya engkau (Muhammad) tidak akan dapat
memberi petunjuk kepada orang kamu kasih tetapi hanya Allah akan memberi
petunjuk kepada sesiapa yang Dia kehendaki.”
(Surah Al-Qasas ayat 56).
-Gambar hiasan sahaja- |
Assalammualaikum dan selamat berbahagia kepada anda yang sedang menatap blog Sang rajuna tempe ini. Di kesempatan ini beruntunglah anda kerana admin yang berjaya merajinkan jari-jari menaip suatu cerita bagi di kongsi bersama.. Kita teruskan lagi. Jika di baca pada tajuk artikel kali ini admin menulis BERJASADKAN GADIS CINA. Jika diselami Tajuk ni memang tak faham apa(yela bace tajuk je mane nak paham)he3. Petang tadi Aku berkesempatan mendapat suatu pengalaman yang boleh dikatakan terindah jugalah. Dapat berkongsi secebis ilmu dihalusan jari jemari ini. Cerita itu bermula dengan kalam Bismillahirrahmanirrahim:
Suasana dalam Bas Putt Hup kali ini benar-benar lenggang. Menjadi kepelikan padanya. Aku dalam perjalanan ke satu destinasi untuk suatu urusan penting. Sedang aku leka mendengar lagu A thousand years, nyanyian penyanyi Amerika, Cristina Perri.
Naik seorang Gadis Cina berpakaian sopan dan sedap mata memandang tidak seperti gadis-gadis cina yang lain gemar memakai seluar pendeknyer pun. Selepas membayar tiket bas dia mencari tempat duduk yang sesuai. Dia berjalan mencari tempat duduk dan berhenti di sebelah kerusi yang sedang aku duduk lalu bertanya ada orang ke tak sebelah aku. aku menjawab tidak. Gadis cina itu tersenyum. aku membalas senyumannya itu dengan hambar.(baru nak lepak2) Dia memilih untuk duduk di sebelah aku. aku bertambah pelik. -Ikhtilat Situation- Ada ke patut duduk sebelah aku kan banyak lagi seat kosong, kata aku dalam hati...Suasana tegang seketika sehinggalah gadis itu memecahkan kebuntuan.'' Hai, Kamu orang islam kan.? kata gadis itu. Aku menganguk tanda setuju namun dalam kebluran.
''Nama I Le Chan Juan, Boleh panggil Ju saja. I ada ramai kawan islam kat sekolah, dioarang baik2 sama I. Tapi I ada satu soalan untuk you. dah lama I cari jawapan tapi x ada kawan-kawan islam I yang beri jawapan yang I yang best. I tak tanya ustaz, sebab I malu. Boleh I tanya you? tambah gadis Cina itu sambil betulkan cermin mata berbingkai tebal berwarna hitam.
Hadoyai.. Kau boleh main I you dengan aku.... kang aku main ana ante kang terkezut beruk pula... ha3 Takde-takde gurau jer tuh. Aku kata kat dia. Kalau aku boleh jawab aku jawab, kalau tak tahu aku cakap tak tahu. Dia pun kata ''Ok, kenapa orang islam tak makan babi yea?
Aku terdiam sebentar. Bukan sebab tak de jawaban Tapi aku fikir
dalam banyak-banyak jawaban yang mane yang paling bes. Nak jer aku bace Ayat quran
pasal keharaman menatang tuh kat dia. Tapi nanti banyak pulak soalan die pastu.
Aku pun dengan tawakkal menjawab. ‘’Orang
islam tak makan babi sebab Allah, Tuhan Saya dan kamu dah larang kami dari
makan binatang nie sebab tuh kami x
makan. Dia melarang kami makan babi dan membenarkan kami makan haiwan lain’’.
Dia kehairanan “Allah?’’ sebutnya pelat.
Aku pun tanya dia ‘’ Ok. Senangnyer cerita pun. You ada create satu robot dan
lepas tu you kene pastikan robot you tu x boleh guna battery lebih 3.0 voltan. Kalau lebih
kemungkinan robot you akan rosak atau meletup kerana tidak dapat menampung
voltan yang tinggikan?
Dia Menganguk faham. ‘’Tapi Apa kena mengena dengan soalan yang I tanya tadi?’’ Tanyanya kepelikan. Hah! Dah sampai dah ke kemuncak jawaban. ‘’OK. Sebab apa you tahu yang robot ypu tak boleh lebih daripada 3.0 voltan? Sebab you yang create robot tuh kan. Mesti tahu ape bende yang boleh dan tak boleh. Rosak lah robot tuh kalau melanggar arahan yang di tetapkan. Allah yang cipta kita dia tahu yang mana terbaik dan mudarat untuk ciptaannya bernama Manusia. -Senyum-
Ju tersenyum. Oh . macamtu. Jawaban you I suke. Akhirnya I dapat
jawaban yang I cari.he3.Aku tanya dia kenapa tanya soalan tuh. Dia kata dia ada
terbaca buku dan mula berminat tentang
islam. ‘’Alhamdulillah, semoga
you kembali kepada fitrah.’’ Kataku sambil keluarkan satu penanda buku
pasal islam yang kebetulan ade dalam beg
dan berikan padanya.
Thanks, Boleh I tanya you lagi?
Apa?
''KEnapa Ramai orang lelaki islam ramai Nama Muhammad macam name you
Muhammad muaz kn? RAmai kawan2 I pun
same. Kenapa yer? Aaaa. Belum sempat aku bagi jawaban. Kami sudah pun tiba di
Melaka Central. Aku memberitahu bahawa
aku ada urusan yang penting dan perlu beredar segera. Selepas ucap selamat tinggal aku pun pergi
biarkan dia dengan soalan terakhir tuh. Dalam hati akuh nie pun terpikir gak.
Kenapa ea ramai laki islam name Muhammad kat awal nama ?-TAMMAT-
Ada sesuatu yang menarik tentang nama dia. -Le Chan Juan-. Le nama keluarga dia. Chan Juan bermaksud bulan purnama atau keanggunan. Jadi perlukah dia menukar namanya jika dia sudah kembali kepada fitrah nanti sedangkan namanya memberi erti yang baik
Namun yang lebih penting. Semoga Le Chan Juan itu dapat diperjinakkan hatinya dengan islam.
Firman Allah: “Sesungguhnya engkau (Muhammad) tidak akan dapat memberi petunjuk kepada orang kamu kasih tetapi hanya Allah akan memberi petunjuk kepada sesiapa yang Dia kehendaki.”
(Surah Al-Qasas ayat 56).
Tiada ulasan:
Catat Ulasan