kata pujangga

keberanian adalah sesuatu perkara yang si pengecut katakan bodoh


Jumaat, 9 Mac 2012

Dia memang lelaki..

“Tiga jenis doa yang diperkenankan tanpa ada keraguan, iaitu doa orang yang dianiaya, doa orang musafir dan doa bapa kepada anaknya.” (Hadis riwayat Ibnu Majah)
*HADIS MENGENAI KELEBIHAN SEORANG LELAKI aka BAPA*

   

   Aku pun pelik jugak apesal lak letak tajuk nie. Macam cicak betullh... Sebenarnya korang tahu tak ade hikmah aku letak tajuk macam cicak nie...-Dia memang lelaki-. Sebagai manusia yang otaknya Di ciptakan di dalam kepala dan di kurniakan akal fikiran. Kita mampu membayangkan susuk tubuh seorang lelaki, Daripada yang bermisai, berjambang, susuk tubuh besar, kecil, kacak , kurang kacak.hakikatnya mereka itu satu. bukan satu malaysia...(x minat).. tapi satu jenis. iaitu masih seorang lelaki.  Dalam bangsa melayu dan juga bangsa lain tidak dapat di nafikan lelaki seringkali dinisbahkan kepada perkataan azimat seperti. kegagahan, keberanian dan ketangkasan..dan romantis barangkali. tapi adakah lelaki pada zaman lebuhraya ni... ada lagi macam tuh... atau itu hanya khayalan bagi menunjukkan bahawa lelaki berbeza dengan wanita

    Benar, Hari ini masih ada lelaki yg gagah tapi gagah menunjukkan keegoisan... Ada juga yang berani tapi berani mempersoalkan arahan Allah serta berani melakukan kemaksiatan secara terang-terangan... Berani lelaki zaman sekarang.. Ada juga yang tangkas dalam selok-belok penipuan hanya untuk kepuasan nafsu yang bertuhankan not2 duit yang tidak di iktiraf di MIZAN di akhirat kelak. Romantis Zaman kini penuh dengan sandiwara permainan. Jarang-jarang kebaikan lelaki bergelar suami beromantisan dengan pasangannya kerana apa. KERANA malu.... 




Aku pun lelaki aku tahu ler....  Tapi... Di mana lelaki yang hidupnya, makan minum, berjalan, berdiskusi ber amanah seperti rasullullah, dan para Sahabat yang Menjunjung perintah Allah melebihi segala-galanya. Lelaki yang berani melakukan kebaikan walaupun DiLERETKAN pandangan yg najis. Seperti :

Situasi 1:

Di kota raya kuala lumpur itu nyaman.sekumpulan manusia sedang menunggu bas di BUSStop.  Anak2 muda berfesyen sakan.Lalu seorang lelaki mencampakkan botol airnya ke dalam tong sampah dari jarak 3 meter.namun dengan tergesa- balingannya yg kuat memuntahkan kembali botol air di tepi  tong sampah. semua mata memandangnya -5 minit-. Datang seorang pemuda menghampiri tong sampah. Mengutip botol air itu dan memasukkan ke dalam tong sampah serta merapatkan tong sampah yg senget itu. Kedengaran Suara2 Najis.  '' Lah... macam tu pun nak buat ker.... ape klas.... dah macam pengemis carik botol lah'' Beriringan suara najis itu dengan ketawa yg sngat2 busuk.


Jika kita fikirkan semula IBU BAPA yang memelihara kita pasti hendak kita Lelaki menjadi Anak Lelaki yang soleh dan mampu mendoakan mereka di kubur nanti. Menjadi Imam ketika mereka Meninggal, memandikan jenazah mereka. Ibu Bapa mengharapkan yang terbaik untuk anak dia.  Walaupun mereka bukan yang terbaik.Seperti;

Situasi 2

Siti Sarah Raisuddin dan Shuib daripada kumpulan lawak Sepah kini gembira dengan kehadiran anak lelaki yang dijangka akan dilahirkan sekitar bulan November 2011. Kehamilan yang kini berusia 6 bulan disambut dengan penuh kesyukuran, apatah lagi Shuib sememangnya menginginkan anak lelaki.
“Saya terlalu gembira apabila doktor mengesahkan anak lelaki yang dikandung oleh isteri dalam keadaan sihat. Saya amat teruja menjadi seorang bapa, tak tahu nak gambarkan macam mana,” kata Shuib kepada pihak media.
Ahmad Didad atau Uwais Alqarni dipilih sebagai nama-nama pilihan untuk anak sulung mereka. Menurut Shuib, Ahmad Didad merupakan nama seorang pendebat Islam yang bijak, manakala nama Uwais Alqarni merupakan nama seorang lelaki yang amat taat pada ibunya sehinggakan semua doa dimakbulkan tuhan.
Setelah berbincang, Shuib & Siti Sarah memutuskan untuk menggunakan nama Uwais Alqarni sebagai nama anak sulung mereka.
“Kami berdua memutuskan untuk menggunakan nama Uwais Alqarni kerana ketaatan lelaki tersebut terhadap ibunya sehingga setiap doa yang dipohon akan dimakbulkan,” kata Siti Sarah.
FUH!!!!! meletup... lihat situasi di atas ibubapa hendak yang terbaik untuk anak mereka sehingga soal nama pun mereka mancari yang mampu memberi kebaikan kepada mereka kelak. FIKIRKANLAH NAMA KITA YANG MEREKA BERIKAN , WAhai lelaki.

Aku stop kat sini dulu... nanti aku citer lagi pasal tajuk nier.... banyak lagi aku nak cerita.... Nantikan  Dia memang Lelaki siri 2.
ok. assalamualaikum..


Tiada ulasan:

Catat Ulasan