kata pujangga

keberanian adalah sesuatu perkara yang si pengecut katakan bodoh


Isnin, 16 Julai 2012

Berdiri di Bekas Tanah Jajahan


Berdiri  di bekas Tanah Jajahan.

Dahulu kebatilan ibarat tadbir pelindungan.

Menghakis nilai manusia yang berkemanusian

Teringat akan kisah sejarah pendahuluan.

Pujuk rayu manusia atas nama pejuangan

Penentang kebatilan dibilang pengkhianatan.

Sedangkan pejuang itu tidak mati bergelendangan.

Bahkan ia hidup menanti kemenangan



Berdiri di bekas tanah jajahan.

Hasil pengorbanan datuk tidak  minta balasan.

Hanya mahu melihat generasi bersenangan.

Tapi manusia itu sifatnya melupakan.

Atas suatu nikmat kejayaan 



Berdiri di bekas tanah jajahan. 

Mereka punya matlamat dalam kehidupan

Atas nama bangsa mereka perjuangkan

Harum dihidu jasa oleh kemanusian

Atas nama agama mereka perjuangkan.

bertambah sifat ketaqwaan

Mengenang mereka  dengan berdoa pada Tuhan.

Agar di ampun dan di beri penghormatan. 

Daripada tuhan sekalian alam.

Moga mekar namanya di syurga tuhan.




*-sajak ni x tahu kenapa aku karang-*





Tiada ulasan:

Catat Ulasan