kata pujangga

keberanian adalah sesuatu perkara yang si pengecut katakan bodoh


Isnin, 16 Julai 2012

Setiap langkah ada cerita: episode 1






Sudah hampir tiga jam aku terkandas di stesen KL Sentral. Menunggu tren untuk ke Kuala kubu bharu yang tak juga kunjung tiba.  Menunggu dan terus menungu. Hati sudah panas di tambah pula dengan bauan-bauan pelik yang memeritkan hidung.  Sudah berjangut aku tunggu dari pukul 3 . Sudahlah Pihak KTM tak buat anoucement awal2. Ape pun tak boleh leee.  bagi ler tahu. Tiada lah kami sebagai pengguna KTM berasa begang dengan kelambatan  seperti ini. Cewah. Dah macam ape dah rungutan aku ni.
  
Manusia punya Nama


Masa tengah layan fikiran kebengangan nie. Aku melihat gelagat manusia-manusia yang turut sama kebengangan kerana  KTM.  Seorang  pelancong  perempuan berusia lebih kurang 30an berasal dari ireland.(nampak beg dia made ini Ireland) mengipas2 ibunya yang sudah tua. Aku terfikir adakah Malaysia masih punya  Anak seperti perempuan ireland tadi. kerana manusia malaysia mempunyai penyakit segan dalam membuat kebaikan dan tidak segan  melakukan keburukan.  Sedang Asyik  lihat sifat kemanusian itu, secara tak sengaja aku melihat seorang lelaki dengan bangga nyer meludah ke lantai.  Setiap mata yang melihat situasi itu hanya mampu diam. Aku mengelengkan kepala kerana lelaki itu memakai T shirt yg bertulis,"I'M PROUD TO BE MALAYSIAN. ouh.... manusia di malaysia. Begini caranya.   boring pulak tunggu lama2. aku keluarkan mp3 dari bag sandang dan aku menekan butang play. mode lagu:random.



On a rainy evening, I saw her
I saw her, whom I’ve been waiting for since long ago
I told her, who was without an umbrella
Come under my umbrella
Drizzle drizzle, the sound of the rain
Rub dub rub dub, my trembling heart
Drizzle drizzle, rub dub rub dub
The sound on the umbrella, the sound of the rain, the sound of my heart
Love rain is falling
The two of us walked the rainy streets
Under the small umbrella, my shoulder got wet
She shyly told me
Come a little bit closer
Softly, our shoulders touch
Rub dub rub dub, my trembling heart
Softly softly, rub dub rub dub
The two shoulders underneath the umbrella, the shy shoulders
Love rain is falling
I have fallen in love
Drizzle drizzle, the sound of the rain
Rub dub rub dub, my trembling heart
Drizzle drizzle, rub dub rub dub
The sound on the umbrella, the sound of the rain, the sound of my heart
Love rain is falling
I love rain I love you


Sekali lagu cinta korea da.. Ntah siapa yang masukkan dalam senarai lagu aku. Tapi sedap jugak layan lagu nie. Bila aku buat research pasal lirik lagu ni. So sweet beb jantan yang nyanyi lagu Again and Again. Belum sempat, mamat korea nie habiskan lagunya,  aku terdengar seseorang membaca ayat-ayat Alquran yang mulia secara perlahan. Aku mencabut kepala earphone dari lubang telinga dan aku menoleh kebelakang.  Seorang perempuan berniqab dan berjubah berwarna cokelat lembut sedang menatap alquran. Dalam hati aku kata mesti orang arab ni (tengok mata beb).  pastu jarang orang malaysia  berniqab buat ape yang perempuan ni buat. Aku terkesima seketika menatap perempuan berniqab ini. Tiba-tiba....(bersambung)






1 ulasan: