Kegagalan adalah suatu mimpi ngeri bagi sesiapa sahaja yang
terjebak dalam golongan manusia. Semua manusia yang punya kepala hotak akan
merasakan kegagalan ni macam bende alah yang patut takde dalam kamus dewan hidup diorang. Banyak bentuk kegagalan yang ada dalam dunia
ni. Ada kegagalan dalam pelajaran, kerjaya dan percintaan. Ada 000000.1% apa
yang syarifah dot dot dot cakap pasal masalah tuh ada betul jugak. Tapi aku tak
kaitkan masalah dengan haiwan. Tuh bullshit namanyer.. Setiap manusia pernah merasa masalah kegagalan. Tapi kita sebagai manusia
yang seperti mana aku cakap tadi, manusia yang punya kepala hotak kurniaan
Tuhan Yang Maha Berkuasa akan memikirkan tentang kegagalan ni merupakan suatu
sampah yang tidak ada harganya. Kita berfikir mengapa usaha yang kita penat
macam nak giler tapi hasilnya yang kedapatan adalah kegagalan, keadilankah di situ?
Tapi yang aku tahu kegagalan memang bende yang pahit untuk
ditelani. Cuba cakap siapa yang dalam dunia ni suka dan menyintai akan
kegagalan. Takde sorang pun manusia yang suka lalu menyintainya. Everybody
wants to be perfect!!!!! Semua nak sempurna bagai. Umpama tiada kecacatan. Sedangkan
yang sempurna hanya ALLAH Taala. Allah…(insaf )
Ketika kita menyedari kegagalan itu terpaut pada diri kita
macam-macam perasaan dalam hati ni, jiwa kacau(kadang2 jiwa taiko), terkilan,
sedih, marah, dan segala bagai. Mulalah cakap apa orang kata nanti.? Apa nak
cakap dengan orang? Orang sekeliling
kita pulak, dia cakap sabar2 boleh cube lagi nanti…. Kita yang gagal nilah yang
merasa akan nikmat kagagalan. Mereka apa tahu? Yang mereka tahu cakap sabar2
cuba lagi. Tu je le…. Ok lagi yang bagi nasihat daripada yang pandang kita
macam takde mata. Mentang2 kita gagal dipandang diri ni macam tiada harga diri
je. Macam kegagalan ni disamaertikan dengan menjual maruah. Mereka tidak tahu
betapa usahanya kita ketika manusia lain sedang sedap2 empuk semuanyanya.
Kalau kita menyelidiki secara lebih terperinci( wah
ayat!!!!). Kegagalan ni bukanlah perkara asing dalam hidup manusia yang(sila
rujuk atas). Manusia pernah gagal dan selalu akan gagal. Namun manusia yang
menjadikan gagal sebagai jalan hidup seterusnnya adalah manusia yang hanya
menjadikan kegagalan pertama sebagai kegagalan sahaja bukannya satu kegagalan
yang membina semangat untuk berjaya…. Yeah!!!!(kalo tak paham senyum jer pun
tak per)
Sebenanya banyak lagi aku nak tulis pasal kegagalan, cume
kepala hotak aku nie rasa pening2, loya2 Entahlah. Yang penting bila kita gagal
dalam sesuatu perkara bersyukurlah kerana kita masih punya manusia yang kita
sayangi dan yang paling penting Allah
senantiasa akan bersama kita sekiranya kita mengingatinya ketika kita berjaya mahupun
gagal. Ingat Allah bukan hany suruh kita bersyukur jer… tapi dia juga suruh
kita cuba,cuba,dan cuba lagi sampai berjaya. Sebab setiap usaha kita akan
dikira walaupun kita gagal.
“kalau kau gagal
untuk yang ke sejuta, cubalah untuk yang ke sejuta satu”
-pesanku padamu semua, jika dalam kebangangan beristighfarlah-
-pesanku padamu semua, jika dalam kebangangan beristighfarlah-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan