kata pujangga

keberanian adalah sesuatu perkara yang si pengecut katakan bodoh


Isnin, 25 Ogos 2014

100 barang nak bawa pergi hostel




Bismillah

Tahniah kepada kamu semua yang layak sambung belajar tak kisah lah daripada mana pun kau berasal. spm diploma, matrik atau apa pun tahniahlah yer. Bukan semua orang ada peluang macam kau peroleh. Oleh hal yang demikan aku terasa macam nak bajet bagus sikit. Dalam post ni aku listkan seratus barang yang budak2 macam kau patut bawak. Sudah2 lah pinjam member punyer, pastu hilangkan. Apa yang aku senaraikan ni khususan untuk lelaki. sebab aku tak pandai bab2 barang perempuan. Kalau nak list kan barang perempuan makan 200 senarai jugak kot. Mungkin. aku tak tahu. Allah jualah yang maha mengetahui sesuatu yang tidak dapat dilihat oleh kita.

Bil
Barang
Pahal pulak
1
Baju kemeja
 Ni kau pakai time kuliyah, 
2
Baju Melayu sepasang
Mane tahu ade nak menikah kat tempat belajar. 
3
Seluar slack hitam
sama gak time kuliyah, takpun time tengok wayang baru rare.
4
Baju lengan panjang
 pagi2 kan sejuk time semayang subuh 
5
Seluar sukan
untuk mandi sungai 
6
Baju berkolar
nampak semak sikik 
7
Tshirt
takkan tidur nak pakai kemeja. peh 
8
Tshirt putih
buat baju dalam 
9
Seluar jalan.
bawak masuk kebun la apa lagi 
10
Underwear
 paham2 jelah
11
Jubah
 haramain lah baru kaya.
12
Kain pelikat
peh. berangin je ghase 
13
Serban
 sunnah
14
Rida
 jom
15
Sweater
 kalau tengah panas ngan member pakai baru tenang
16
Kopiah
pas 
17
Songkok
umno 
18
Samping
pkr 
19
Tali pinggang
 untuk kaver perut
20
Tuala mandi
 bawak lebih, mana tahu member tertinggal. kesian dia mandi lap guna kain pelikat. dahlah kain pelikat nipis
21
Tali leher
 nampak semak sikik
22
Stoking
 dap
23
Kasut kulit
 entah, disiplin kot
24
Selipar
 senang nak gi berak, takkan nak pakai kasut kulit
25
Kasut sukan
 gi sukan ler
26
Topi
untuk menyamar 
27
Kain lap muka
 untuk mencantikkan kulit wajah
28
Pencuci muka
 buang dosa
29
Sabun mandi
 buang daki 
30
Ubat gigi
 buat masak asam
31
Berus gigi
untuk gorek telinga 
32
Shampu rambut
entah 
33
Deodorant
 hilangkan masyam
34
Span mandi
sental bang sental 
35
Baldi
 boleh bela ikan 
36
Raga mandi
 main sepak raga
37
Minyak rambut
 minum sambil cecah biskut
38
Pengetip kuku
 ketip kuku le 
39
Hanger
 malas lipat kan
40
Penyepit baju
 selalu lupa
41
Sabun basuh
 basuh baju senior
42
Berus baju.
 berus baju senior
43
Bedak
 bedak badan senior
44
Minyak wangi
 wangikan abang senior
45
Shaver
 shaver muka abang senior
46
Sikat
 hidup abang senior!!!
47
Cottonbud
 gorek telinga abang senior
48
Cermin
 untuk cermin diri sendiri sebelum mengata org lain
49
Panadol
 ubat
50
Minyak panas
 sekarang musim panas kan
51
Minyak cap kapak
 kalau tengah gaduh dengan member bagi minyak ni sebagai amaran pertama.
52
Balm
 entah
53
Eyemo
 untuk cuci mata yang banyak dosa
54
Plaster
 tutup dosa
55
Minyak gamat
 untuk minum
56
Bandage
 jamu mak dara
57
Handphone
 wasap grup cakap kuliyah batal
58
Headphone/earphone
 dengar waktu berbuka puasa
59
Laptop
 buat tesis serta pekara2 yang bermanfaat untuk ummah. ceh
60
Charger laptop
 caj laptop member yang lupa bawak
61
Charger handphone
caj handphone member 
62
Mp3
dengar nasyid dan tazkirah 
63
Pendrive
dokument tesis 
64
Hardisk
 rindu awak 200000000000000%
65
Beg galas
bawak monyet 
66
Beg baju
bawak gajah 
67
Cadar
tillem 
68
Sarung bantal
 bantal
69
Selimut
 sejukkan hati awak dengan selimut
70
Jam loceng
 untuk tahajjud
71
Kalendar
                     kira countdown kahwin
72
Pewangi locker
 bapak ah wangi locker kau
73
Bantal busuk
 hampeh
74
Mangga
 untuk makan
75
Torchlight
 blackout 505
76
Mangkuk
 hayun kan 
77
Cawan
 takkan minum nak pakai talam
78
Sejadah
untuk sembahyang taubat 
79
Berus kiwi
buat jeruk 
80
Kiwi kasut
perasa jeruk 
81
Botol air
minum 
82
Kertas kajang
buat surat tak hadir kuliyah 
83
Buku nota
nak salin nota member
84
Pen hitam
 tulis
85
Pen biru
 lukis
86
Pembaris
 gigit
87
Liquid paper
kapur kasut 
88
Pemadam
 padamkan kisah lalu
89
Selotep
 lekatkan yang jauh
90
Stapler dengan ubat
 untuk kesihatan
91
Gunting
 rasmikan
92
Highlighter
 nota
94
Fail
 kumpulkan nota
93
Quran tafsir
 insafkan diri
95
Buku-buku agama
 insafkan senior
96
Passport
 keluar negara
97
Mi sedaap
 bau satu hostel
98
Biskut
 nak sikit boleh?
99
Nescafe
 tak boleh.
100
Maruah
Benda ni paling penting. Jangan tinggal maruah awak kat rumah yer. 

Ni lah seratus barang yang korang perlu bawa nanti. Pandai2 lah kau fikir mana yang nak bawak atau tak. Tak semua benda aku listkan penting. Tapi nie benda2 asas lah kiranya. Apa-apa pun Selamat belajar semua.