kata pujangga

keberanian adalah sesuatu perkara yang si pengecut katakan bodoh


Khamis, 31 Disember 2015

Jin gay

Karim bercinta lagi meskipun sering dikecewakan. Dia tidak pernah serik untuk bercinta. Walaupun dia tahu semua perempuan yang dicintainya hanya berpura-pura menyintai dirinya. Tetapi dia tidak kisah. Bagi dia,  cinta ini sangat penting untuk manusia meneruskan hidup. Tanpa cinta, manusia ibarat makhluk yang dicipta tanpa tujuan.

Teman wanita baru Karim bernama jamilah. Jamilah dulu pernah ada seorang teman wanita. Tapi sayang mereka tidak kekal lama.

Oh lupa nak bagitahu. Nama penuh jamilah di dalam kad pengenalan adalah jamil bin jamal.

Selasa, 15 Disember 2015

Ketawa orang miskin

Bagi orang kaya. Ketawa orang miskin itu adalah dosa. Dosa yang tak terampun

Bagaimana mungkin orang miskin itu gembira riang tertawa padahal mereka tidak ada uang mahu membeli bahagia.

Isnin, 14 Disember 2015

Pesan lagi

Kau membaca pesan-pesan lama. Yang selalu ingatkan engkau kepada sang mulia. Padahal yang ingatkan kau itu cintanya kepada sang mulia tidak ada.

Pesan-pesan yang kau rasa penuh hikmat . Tapi dipandang oleh mereka dengan penuh kesumat.

Pesan-pesan cinta. Yang buat kau pesona. Membacanya tika diam buat hati kau merana.

Pesan- pesan perpisahan. Terakhir kali kau baca. Kau sedu sedan. Menyumpah seranah, menjauhi tuhan.

Setelah habis kau robek pesan-pesan. Kau simpul sedikit hairan. Bagaimana mungkin ini pesan-pesan terakhirku. Padahal aku sentiasa menyampai pesan meskipun dalam bisu.

Selasa, 27 Oktober 2015

YANG MAHA DEKAT

Kepala pening. Hidung tersumbat. Selsema. Hingus penuh. Sekejap naik, sekejap turun. Sedut naik. Hembus turunlah dia. Sangat jilake hari ini. Masa sujud rasa nak tercabut hidung. Tak terkira aksi sedut hembus dekat surau tadi dengan tebalnya habuk di sejadah. Namun, ia takterkalahkan dengan habuk di hatiku ini.

Pada malam itu, aku tidak boleh tidur. Memikirkan Dia. Dia yang telah mencuri sihatku dan juga cintaku.

Gagal bertuhan


Gagal adalah suatu pengakhiran paling sadis dalam suatu permainan usaha. Kau akan tahu bagaimana sakit gila bila kau gagal. Meskipun engkau yakin engkau adalah antara orang yang dekat hatinya dengan tuhan , Kau juga turut diuji dengan kegagalan.  

Kegagalan engkau yang hidupnya bersama tuhan berbeza dengan orang yang gagal tapi tidak berpandukan kepada tuhan. Beza sangat berbeza. Orang bertuhan paling bangsat pun dia salahkan takdir  tuhan, Orang tak bertuhan dia salahkan siapa? Dia salahkan orang yang tak perkenalkan Tuhan kepadanya.