Setiap orang perlukan kawan. teman.
geng. orang-orang yang boleh kita berhubung. tapi apakah itu kawan? geng
warung kopi? membe-membe seperjuangan? membe lepak-lepak? rakan-rakan
sekolah? atau kawan-kawan yang bersama kita semasa kita kecil? tak ada
prejudis. tak ada perbezaan. tak ada pertandingan. tak ada persaingan.
sehingga satu hari kita belajar untuk buka mata dan kita mula nampak
dunia bukan lagi sekadar hitam dan putih.
tak ada hal. sekarang ni kalau
nak buat kawan memang cepat, senang dan pantas. tak payah keluar rumah.
tak payah bangun kerusi. tenung skrin komputer, keletak keletuk je
keyboard. boleh suka benda yang sama. tak suka pun tak apa. kenal tak
kenal belakang cerita. risiko kita tanggung sendiri. kerana persahabatan
adalah satu pengembaraan yang tidak boleh diduga.
seperti surat-surat kenalan yang
dekat atau pun jauh, kita mengembara dari satu tempat ke satu tempat
yang lain. membawa bersama kenangan manis yang dan impian hidup yang
ingin kita penuhi. seperti sebutir habuk yang di tiup angin, kita
mencari ketentuan hidup dan arah masa depan. kita memikul beban dan
pengalaman pahit yang kita ingin tinggalkan. kisah silam yang ingin kita
lupakan. berpegang pada harapan untuk memulakan hidup baru.
terikat. terkongkong. terkurung.
kita mencari jalan untuk melepaskan diri dari kemelut lama yang ikut
kita ke mana saja kita pergi. kita tak boleh lari. tapi kita beranikan
diri. tabah untuk mencari ruang untuk mencari kebebasan.
kadang-kadang kita lupa.
bercakap bukan sekadar bercakap. mendengar bukan sekadar mendengar.
tetapi kita sebenarnya sedang mencari jalan penyelesaian. mencari
kesefahaman. kita sedang meluahkan perasaan. isi hati dan keinginan
untuk difahami. bila kita gagal untuk berkata-kata, kita perlukan
seseorang untuk membantu. kita perlukan seseorang untuk memahami
kekusutan dunia kita. jadi kita kembali mencari dengan penuh harapan si
dia yang telah kita kehilangan. tanpa menyedari kita sudah pun bertemu
pengisi kekosongan dan tempat kita mengadu.
bila dunia kita lumpuh. kita
belajar untuk bangun semula. kita makan, minum, dan membuang masa tanpa
kita menyedari segalanya telah pun berubah. kita mungkin kehilangan
peluang untuk berkata-kata dan kita mungkin terkapai-kapai untuk
bersuara. tetapi kenangan dan pengalaman yang kita genggam selama ini
akan menjadi pengikat persahabatan yang bakal kita jalinkan.
setiap yang kita lakukan mesti
kena dengan caranya. nak buat minuman sedap, gula, air, susu mesti
secukup rasa. nak masak lauk kena pilih bahan. kena pandai kawal api dan
sukatan rencah perlu tepat. tak lebih tak kurang. untuk menjadikan nya
sesuatu yang boleh dinikmati. kerana setiap kesilapan boleh menjejaskan.
boleh mencacatkan.
seperti juga dalam bercinta.
lebih kurang sama je. itu dan ini mesti ada. ada keinginan dan mesti ada
kemahuan. baru boleh suka sama suka. dan dalam persahabatan memerlukan
keserasian dan kesefahaman. akhirnya bila kita bertemu dan saling
berkenalan. bila kita sudah sehaluan. hanya masa akan menentukan
perjalanan persahabatan kita.
menunggu. rasanya sepanjang
hidup kita, kita asyik menunggu. menunggu masa. menunggu peluang.
menunggu nasib. menunggu tanpa penghujung. sehingga kita asyik bertanya
kan bila? bila? bila? atau sampai bila? tapi macam mana bosan, jemu,
jenuh menunggu, kita terpaksa menunggu. dah jadi macam satu pekerjaan
pulak. atau suatu bidang yang tidak mendatangkan hasil. tapi
kadang-kadang menunggu tu pun kita rasa berbaloi jugak. bila membe-membe
ada di samping kita. tapi bila semuanya di luar kawalan kita. apa yang
boleh kita buat? selain menunggu dan mengharap. apa yang boleh kita
buat? hanya tunggu dan lihat.
kita sedar perjalanan yang
mendewasakan kita takkan mudah seperti yang kita impikan. hubungan yang
kita jalinkan semakin rumit. badan yang bertungkus lumus menampung hidup
semakin penat. hati yang kita harapkan semakin lembut menjadi semakin
keras. dan kesunyian yang membelenggu diri menjadikan kita semakin
teringin untuk mencapai kebahagian dan kesempurnaan.
kita tau bukan nya tak tau. kita
perlu berani membebaskan diri. berani untuk melupakan kenangan silam
dan mencari ketenangan. tetapi kita perlu mengharungi kehidupan ini
selangkah demi selangkah. bergelut dengan diri sendiri dan berhadapan
dengan beban yang datang mencari. kita hanya boleh bersedia dan menunggu
peluang. untuk merampas kembali apa yang telah hilang.