Aku menutup lembaran kalimah-kalimah suci. Tanganku mencapai telefon selular. Aku menaip tiga patah perkatan dan butang send ditekan.
Aku: Maxis macam haram.
Dia: Apesal?
Aku: Line kejap ada kejap takda.
Dia: Tahu takpe. Nak hantar mesej kat kau
ibarat kecelakaan tiada tempoh.
Aku: Menyusahkan
orang2 yang bermesej dengan awek tentang peristiwa isra mikraj.Seperti aku ni. haha.
Dia: Mungkin
ada hikmahnya. Harini Tuhan pisahkan sebentar kau dengan dia
Aku: Argh.
Beliau sudah menceraikan aku. Kerana aku sudah punya kekasih gelap. Begitu
curangkah aku kepada beliau. Beliau adalah puteri idaman kalbu sanubari hamba
laksana Hang tuah dan Tun Teja.
Dia: Begitupun
kau terlalu memuja hukum alam atas penceraian atas bibir ini, kau masih belum
mengerti hakikat sebuah percintaan yang diibaratkan bagai seekor anak khinzir
yang dahagakan tiga titis air hujan karena ditinggalkan di kota kelahirannya.
Aku: Sungguh
beliau terkesima dengan sikapku. Puih. Aku hanya pandang pada rupa. Persialan
itu semua. Aissity apa perkhabaran, masih bendera hijau?
Dia : Aissity jua yang kau ingat kendatipun siputeri Bailarung tetap bermain dalam otak yang
hitam. Dia masih kelu membisu, apakah ia mahu pergi atau tidak. Yang pasti,
aku dah berjaya tundukkan dia.
Aku: Walaupun
begitu adapun demikian. Sudah ku katakan. Aku sudah curang dengan beliau.
Bukanlah Aissity dalam ingatan ku. Tapi peristiwa sedemikian. pesan padanya stam
lebih baik. Aku harap kau berjaya tundukkan juga puteri kesayangan hamba. Seperti berjayanya
aku.
Dia: Jika
itu satu amanah untuk aku sampaikan, bukanlah sukar gunung ledang untuk aku
runtuhkan.
Aku: Arakian,
aku bangga dengan kegagahanmu. Persis kepahlawanan puteri.
Dia: Aku
hanya mahukan Aisitty bahagia dengan masa depan. Bukan hanya menangguk di tepi
mimpi menunggu nasib. Aku tak larang dia pergi. Aku juga tak harap dia pindah.
Yang penting, ke mana dia membawa agamanya.
Aku: Cis.ayat
kau buat aku sedikit cemburu. Jika dia dengar pasti dia akan cair. Seperti
cairnya ais di antartika dan Somalia serta lahad datu, sultan kiram..
Dia: Cairnya hati tak membawa kemantapan akidah
mahupun kekuatan iman. Yang menjadi ironinya.ialah mengapa, perlu katakana
terima kasih atas kata2 tak seberapa? Hanya Tuhan tempat segala pujian.
Aku: Ceh.
Dia: #Shit.
-tammat-