Bismillah.
Tadi aku order air laici dan makan roti telur.
Roti telur dia. Pergh. Sangat mengharukan . Ini menjadikan misi sulit menambah lemak di perut semakin berjaya.
Aku tengok orang lalu lalang. Ada yang
bawak awek, ada yang bawak anak, ada yang bawak bayi nangis-nangis dan ada juga
yang bawa anjing. Serius. Bela anjing bawak jalan2 makan roti canai. Sangat gempak.
Sangat sangat. Ok habis.
Pendahuluan hambar kat atas tiada kena mengena
dengan apa yang aku nak tulis. Aku sebenarnya bukan nak cerita fasal makanan
tadi atau perkara yang jadi tadi. Tapi benda yang aku nak cerita adalah pasal
anak sulung bukan anak pak sulung. Anak sulung. Kalau ikut bahasa kampung aku first
born atau eldest child. Ok ini poyo. Sangat poyos.
Anak sulung patut kembang kuncup dan bajet bagus sebab kau adalah zuriat
pertama yang lahir ke dunia ini daripada rahim ibu kau. Tidak kiralah kau
lelaki ke perempuan. Sama sahaja. Tiada perbezaan. Masih lagi anak sulung. Kau memang power
giler. Anak pertama kot. Memang kena riak sikit.
Ok aku teruskan. Bila umi abah kita baru-baru kahwin. Mereka akan selalu berdoa
semoga mereka mendapat zuriat. Dan doa mereka terjawab dengan lahirnya kita
sebagai anak pemula kata orang medan atau anak sulung. Mereka tiada pengalaman menjaga dan mendidik
anak ketika dalam kandungan atau perut. Kita sebagai anak sulung menjadi model
ujian kepada mereka bagaimanakah hendak melakukan perkara-perkara yang sama
jika diberi rezeki anak kedua ketiga dan seterusnya.
Anak sulung ini bukan sahaja menjadi pengalaman
berharga kepada umi abah kau malahan kau
juga menjadi anak pertama yang didoakan
oleh umi abah kita sejak dari perut lagi. Bayangkan dari kita dekat rahim ibu
kita lagi dia dah doakan kita dan sampai sekarang umur kita belasan dan puluhan
tahun. Berapa banyak kali mereka doakan kita. Pergh banyak siot. Banyak giler
tenuk. Tapi kita? Entah. Fikirlah sendiri.
Selanjutnya.
Anak sulung jugalah yang pertama sekali mendengar suara abah atau ayah. Ketika
lahir ke dunia ini. Suara abah atau ayahlah yang sayup-sayup diazankan di telinga kanan bayi lelaki dan
perempuan yang masih baby sesudah kelahirannya. Dan juga disunatkan untuk
diiqamatkan di telinga kiri bayi lelaki dan perempuan yang masih bayi sesudah
kelahirannya. Salah satu hikmah(kelebihan)melakukannya adalah supaya kalimat
seruan tersebut tentang kebesaran Allah menjadi seruan pertama yang kau dengar.
Abah atau ayah kau lakukan demikian dengan kegembiraan melihat kau sebagai anak
sulung yang akan menerus legasi zuriat untuk mendoakan kesejahteraan mereka.
Kemunculan kau adalah sebagai kemuncak
kebahagiaan mereka. Serius mereka menjaga anak sulung macam menatang minyak
yang penuh. Memang manja aku tak nafikan. Anak pertama bhai. Mana tak manja.
Aku teruskan lagi. Masa kau tidur malam-malam. Belum sempat
nyamuk nak gigit hisap darah kau. Memang awal-awal dah kena flying kick dengan
ayah. Antara taktik ayah dan abah kita tak nak bagi kena gigit nyamuk adalah
dengan membawa selipar dan kasut-kasut ke dalam rumah. Taktik ini adalah
bertujuan untuk mengkompiuskan nyamuk. Bila para nyamuk melihat selipar tiada
di depan pintu. Pasti para nyamuk ingat tak ada orang kat dalam rumah kan. Nampak
bijak kan taktik berkenaan. Ia dinamakan taktik mengelirukan musuh yang sangat efektif
dan inovatif.
Anak pertamalah yang mendengar si ayah dan ibu
baca quran. Dan mereka juga menjadi orang pertama yang dengar kau nangis
malam-malam. Orang pertama dapat dodoi. Orang pertama dapat nenen. Orang
pertama dapat kena cebuk. dan macam-macam lagi.Kalau aku tulis pasal yang pertama untuk segala hal
berkenaan anak sulung memang tidak akan pernah habis. Orang pertama
untuk segala hal. Nak nenen, dapat.Nak susu, dapat Nak tukar lampin, dapat. Dan mereka lakukan
dengan ikhlas dan gembira. So,kau bangga menjadi yang pertama tak.???
kesimpulannya beriyaklah kamu semua menjadi orang pertama dalam banyak keadaan. dan doakan ibu bapa kamu sekalian. Anak-anak kedua, ketiga dan seterusnya jangan jeles eh. hahaha