Dengan Nama Allah.
Selamat Malam di tempat malam dan Selamat Siang di tempat siang. Pengharapan diri ini agar kau,kau dan kau sentiasa sihat dan berjaya dalam penghidupan
menuju Tuhan. Sesungguhnya perjalanan
menuju Tuhan itu semakin lama semakin dekat. Bertambah tahun demi tahun, bulan
demi bulan hari demi hari. Hingga terhenti sendiri jasad terkandung roh. Saat aku tuliskan kalimah-kalimah ini. Aku
lahirkannya dalam semalaman. Biarlah orang tidak faham. Asal aku puas. Puas aku
tak sama dengan puas kau.
Ke hadapan
jiwa-jiwa yang hidup dengan iman dan islam.
Kita sebenarnya
berbeza ,kerana kau kini sudah tiba di
satelit,bulan purnama untuk memetik
bintang-bintang bergemerlapan. Di pandang tinggi orang bawahan. Sedang aku, masih
lagi terkapai-kapai mencari jalan,tersangkut-sangkut mendaki tangga ke satelit
yang mana pun aku tak pasti lagi. Belum terlihat lagi pembayang jalan
seterusnya. Aku menadah tangan kepada tuhan agar aku juga ke bulan untuk
memetik bintang-bintang, walaupun kau sudah kembali ke bumi membawa bintang
hasil petikan kau.
Kita semua punya
perancangan dan impian dalam kehidupan. Pelbagai keindahan impian dalam fikiran
dan akal. Meskipun kadangkala impian itu menerobos keluar dari dunia logika. Walaupun berdirinya kita pada
hari ini adalah kerana impian dan harapan orang lain. Ibu bapa. Kita berasa
berat dan berasa tidak mampu untuk meneruskan impian. Namun begitu, kita tetap berkiblat dan bersyukur kerana kau
dan aku masih lagi mampu memikul pengharapan dan impian mereka.
Cerita kau dulu aku
tahu. Cerita aku dulu juga kau tahu. Pernah berdosa dan akan terus berdosa.
Semoga tuhan hindarkan aku, kau,kau dan kau dari dosa-dosa kecil merosakkan hati. Tapi sehingga hari ini
pun aku tak tahu berapa nilai amalan yang tidak ikhlas dan berapa nilai
dosa-dosa yang aku lakukan. Moga taubat nasuha memadamkan dosa-dosa kita
bersama. Amin.
Aku tahu, kau tidak
seperti dahulu,tidak seperti semalam. Mungkin kau tidak pernah ingat cerita
dosa semalam dan dahulu. Biarlah kau terlupa cerita-cerita itu. Tapi jangan lupakan cerita aku. Yelah. Sebab kini kau sudah meniti kehidupan hebat bersama-sama
tanah pijakan Yusuf Alaihi salam. Tiada sebenarnya apa-apa kaitan kau dan aku.
Aku Cuma mahu katakan apa yang aku rasa.
Aku percaya pada diri yang kau juga sama seperti
yang lain. Hati kau tuhan yang pegang. Tiada siapa melainkan tuhan yang membolak-
balikkan hati kita. Ada masa kita jatuh, dan pinta pada tuhan, merayu pada
tuhan minta dikuatkan iman dan kuat menghadapi ujian. Kita pernah alami saat
waktu payah dalam hidup dan tuhan memberikan kesejahteraan selepas itu.
Tidaklah ujian tuhan itu hanyalah sebagai tempelan kepada kisah hidup kau dan
aku atau mereka. Ia merupakan salah satu pengajaran dalam sebuah pengalaman kehidupan.
Maaf, aku katakan
bahawa aku tiada apa-apa untuk aku hidangkan di hadapan raja pemilik Aku
kosong. Tiada apa-apa. Rupa tiada,harta
pun tiada. Yang ada budi tak seberapa hendak dituang tak tumpah, hendak
dicedok tak sampai. Begitulah perumpamaannya.
Aku belum bersedia tetapi aku sedang siap menyiapkan diri untuk masa
akan datang. Sedang carik-carik
pengalaman untuk ke hadapan. Agar nanti aku boleh langkah dulu sebelum kau
jalan atau aku boleh pijak dulu sebelum kau lompat.
Sementara itu, aku tak nafikan kau atau aku atau sesiapa
sahaja, perlu jauhkan diri di perkara yang membawa kepada kemudaratan. Pada
zaman ini, manusia tidak kisah dan tidak peduli dengan perkara yang membawa
kepada sesuatu yang buruk. Aku gembira kau sudah menjadi tegas dan hebat dalam
berdepan dengan situasi tersebut. Dengan aku atau siapa sahaja harap sama.
Tidak berubah dan tetap dalam keadaan begitu. Jaga diri kau macam kau jaga
kitab kau.
Aku pasti dan
yakin, suatu hari nanti ia akan menjadi nyata. Sebab ini pertama bukan kedua
dan ketiga. Ini pertama. dan aku tidak mahu yang pertama menjadi hanya sebuah
pengalaman. Aku mahukan ia menjadi sebuah jalan cerita yang baik dan
penghujungnya juga baik. Selamatlah ke atas orang-orang yang baik. 11-9-2014( sebelum ke aceh)
Gerak masa pun
berubah, inikan pula gerakan hati,
Kalau berkata soal
harapan aku tiada apa-apa harapan. kalau kau perasan aku stalker ke ape ke. Itu
pertama selepas lama tidak melihat dan juga terakhir. Hendak tanya kau direct
di maki. Lebih beik aku tengok diam-diam. Dan senyap-senyap doa pada tuhan. Kau
tahu.? Tak tahu. Bagus. Aku tak cakap pun aku tunggu kau untuk sekian-sekian
waktu. Tapi, kau telah menjadi perempuan kedua yang pernah wujud dalam cerita
hidup aku. Dan aku mahu ia menjadi yang terakhir juga. Yang pertama ummi ku.
Dah lama aku tak
fikir benda ni, bagi aku semua kerja tuhan. Kau bukan tuhan , aku pun bukan
tuhan. Tuhan tahu jalan cerita hidupkan selepas hari ini dan aku juga, tuhan
tahu jalan cerita hidup aku selepas ini. Tapai tadi kau wasap, dan aku bukan
macam nak bajet bagus tak balas, selepas
aku dah tahu aku tak bagus kata kau. Entah.
Kau berhak memilih
siapa sahaja atau pilihan mak abah kau. Kau punya hak dalam menentukan itu. Aku
tiada ruang dalam merencana kehidupan kau. Aku bukan siapa-siapa. Aku adalah
tenggiling. Walaupun begitu, semoga aku menjadi picisan pengalaman bagi kau
tentang sifat seorang lelaki.
Selagi jalan cerita
ini masih berjalan, selagi itulah aku duduk di depan pintu kau, bersedia
mengangkatkan tangan untuk mengetuk. Belum di ketuk hari ini pasti besok
terketuk. Melainkan ada yang terketuk sebelum aku. Aku tak pernah sesal dan
lari. Tahniah kalau kau jumpa dia. Aku doakan kau baik selamat dan berjaya dan
jadi manusia yang bagus. Bagus sentiasa bukan bagus di depan orang. Jaga sentiasa,
bukan jaga di depan.
kalau aku sempat aku datang untuk cuba. kalau tidak sempat. tahniah ya.
kalau aku sempat aku datang untuk cuba. kalau tidak sempat. tahniah ya.
Selamat jalan,
ikbo.