kata pujangga

keberanian adalah sesuatu perkara yang si pengecut katakan bodoh


Selasa, 30 September 2014

surat untuk kau.ya. kau lah yang aku maksudkan




Dengan Nama Allah. Selamat Malam di tempat malam dan Selamat Siang di tempat siang. Pengharapan  diri ini agar kau,kau dan kau  sentiasa sihat dan berjaya dalam penghidupan menuju Tuhan.  Sesungguhnya perjalanan menuju Tuhan itu semakin lama semakin dekat. Bertambah tahun demi tahun, bulan demi bulan hari demi hari. Hingga terhenti sendiri jasad terkandung roh.  Saat aku tuliskan kalimah-kalimah ini. Aku lahirkannya dalam semalaman. Biarlah orang tidak faham. Asal aku puas. Puas aku tak sama dengan puas kau.

Ke hadapan jiwa-jiwa yang hidup dengan iman dan islam.

Kita sebenarnya berbeza ,kerana kau kini sudah tiba di  satelit,bulan purnama  untuk memetik bintang-bintang bergemerlapan. Di pandang tinggi orang bawahan. Sedang aku, masih lagi terkapai-kapai mencari jalan,tersangkut-sangkut mendaki tangga ke satelit yang mana pun aku tak pasti lagi. Belum terlihat lagi pembayang jalan seterusnya. Aku menadah tangan kepada tuhan agar aku juga ke bulan untuk memetik bintang-bintang, walaupun kau sudah kembali ke bumi membawa bintang hasil petikan  kau.

Kita semua punya perancangan dan impian dalam kehidupan. Pelbagai keindahan impian dalam fikiran dan akal. Meskipun kadangkala impian itu menerobos keluar dari  dunia logika. Walaupun berdirinya kita pada hari ini adalah kerana impian dan harapan orang lain. Ibu bapa. Kita berasa berat dan berasa tidak mampu untuk meneruskan impian. Namun begitu,  kita tetap berkiblat dan bersyukur kerana kau dan aku masih lagi mampu memikul pengharapan dan impian mereka.

Seperti aku tuliskan tadi kita punya harapan dan impian. Seperti mana juga aku pernah berikan satu petikan karangan ku tentangnya. Dan kau kembalikan semula pada aku. Tidak pernah ada sekelumit kecil kecewa kerana kerejectan itu. Ayat-ayat itu mungkin tidak berharga bagi kau tetapi aku simpan,terlupa mana tempat simpannya. Segan itu ada. Cis.

Cerita kau dulu aku tahu. Cerita aku dulu juga kau tahu. Pernah berdosa dan akan terus berdosa. Semoga tuhan hindarkan aku, kau,kau dan kau dari dosa-dosa  kecil merosakkan hati. Tapi sehingga hari ini pun aku tak tahu berapa nilai amalan yang tidak ikhlas dan berapa nilai dosa-dosa yang aku lakukan. Moga taubat nasuha memadamkan dosa-dosa kita bersama. Amin. 

Aku tahu, kau tidak seperti dahulu,tidak seperti semalam. Mungkin kau tidak pernah ingat cerita dosa semalam dan dahulu. Biarlah kau terlupa cerita-cerita itu.  Tapi jangan lupakan cerita aku. Yelah. Sebab  kini kau sudah meniti kehidupan hebat bersama-sama tanah pijakan Yusuf Alaihi salam.  Tiada sebenarnya apa-apa kaitan kau dan aku. Aku Cuma mahu katakan apa yang aku rasa.

Aku  percaya pada diri yang kau juga sama seperti yang lain. Hati kau tuhan yang pegang. Tiada siapa melainkan tuhan yang membolak- balikkan hati kita. Ada masa kita jatuh, dan pinta pada tuhan, merayu pada tuhan minta dikuatkan iman dan kuat menghadapi ujian. Kita pernah alami saat waktu payah dalam hidup dan tuhan memberikan kesejahteraan selepas itu. Tidaklah ujian tuhan itu hanyalah sebagai tempelan kepada kisah hidup kau dan aku atau mereka. Ia merupakan salah satu pengajaran dalam  sebuah pengalaman kehidupan.

Maaf, aku katakan bahawa aku tiada apa-apa untuk aku hidangkan di hadapan raja pemilik Aku kosong. Tiada apa-apa. Rupa tiada,harta  pun tiada. Yang ada budi tak seberapa hendak dituang tak tumpah, hendak dicedok tak sampai. Begitulah perumpamaannya.  Aku belum bersedia tetapi aku sedang siap menyiapkan diri untuk masa akan datang.  Sedang carik-carik pengalaman untuk ke hadapan. Agar nanti aku boleh langkah dulu sebelum kau jalan atau aku boleh pijak dulu sebelum kau lompat.

Sementara itu,  aku tak nafikan kau atau aku atau sesiapa sahaja, perlu jauhkan diri di perkara yang membawa kepada kemudaratan. Pada zaman ini, manusia tidak kisah dan tidak peduli dengan perkara yang membawa kepada sesuatu yang buruk. Aku gembira kau sudah menjadi tegas dan hebat dalam berdepan dengan situasi tersebut. Dengan aku atau siapa sahaja harap sama. Tidak berubah dan tetap dalam keadaan begitu. Jaga diri kau macam kau jaga kitab kau.

Aku pasti dan yakin, suatu hari nanti ia akan menjadi nyata. Sebab ini pertama bukan kedua dan ketiga. Ini pertama. dan aku tidak mahu yang pertama menjadi hanya sebuah pengalaman. Aku mahukan ia menjadi sebuah jalan cerita yang baik dan penghujungnya juga baik. Selamatlah ke atas orang-orang yang baik.  11-9-2014( sebelum ke aceh)

Gerak masa pun berubah, inikan pula gerakan hati,

Kalau berkata soal harapan aku tiada apa-apa harapan. kalau kau perasan aku stalker ke ape ke. Itu pertama selepas lama tidak melihat dan juga terakhir. Hendak tanya kau direct di maki. Lebih beik aku tengok diam-diam. Dan senyap-senyap doa pada tuhan. Kau tahu.? Tak tahu. Bagus. Aku tak cakap pun aku tunggu kau untuk sekian-sekian waktu. Tapi, kau telah menjadi perempuan kedua yang pernah wujud dalam cerita hidup aku. Dan aku mahu ia menjadi yang terakhir juga. Yang pertama ummi ku.

Dah lama aku tak fikir benda ni, bagi aku semua kerja tuhan. Kau bukan tuhan , aku pun bukan tuhan. Tuhan tahu jalan cerita hidupkan selepas hari ini dan aku juga, tuhan tahu jalan cerita hidup aku selepas ini. Tapai tadi kau wasap, dan aku bukan macam nak bajet bagus  tak balas, selepas aku dah tahu aku tak bagus kata kau. Entah.

Kau berhak memilih siapa sahaja atau pilihan mak abah kau. Kau punya hak dalam menentukan itu. Aku tiada ruang dalam merencana kehidupan kau. Aku bukan siapa-siapa. Aku adalah tenggiling. Walaupun begitu, semoga aku menjadi picisan pengalaman bagi kau tentang sifat seorang lelaki.

Selagi jalan cerita ini masih berjalan, selagi itulah aku duduk di depan pintu kau, bersedia mengangkatkan tangan untuk mengetuk. Belum di ketuk hari ini pasti besok terketuk. Melainkan ada yang terketuk sebelum aku. Aku tak pernah sesal dan lari. Tahniah kalau kau jumpa dia. Aku doakan kau baik selamat dan berjaya dan jadi manusia yang bagus. Bagus sentiasa bukan bagus di depan orang. Jaga sentiasa, bukan jaga di depan.  

kalau aku sempat aku datang untuk cuba. kalau tidak sempat. tahniah ya.

Selamat jalan, ikbo.





   

2 ulasan: