kata pujangga

keberanian adalah sesuatu perkara yang si pengecut katakan bodoh


Khamis, 17 Mac 2011

Salahkah lelaki menangis>>???




Orang kata, lelaki ni susah sangat nak menangis. Lelaki ni sifatnya keras, tough, hensem (xde kene mengena), kuat, tabah, dan seumpamanya. Jadinya, lelaki dan air mata ibarat susu dan nila. Tak boleh bercampur. Kalau tidak pasti rosaklah salah satu darinya. Lelaki yang menangis dipandang tak macho, manja/anak emak (memang anak emak pun, takkan anak kakak), lembik dan seangkatannya.


Tapi realitinya, tipula kalau kata lelaki tak pernah menangis. Bukan niat nak merendahkan martabat lelaki, tetapi sama-sama nak ajak berfikir dan muhasabah diri. Berdasarkan pengalaman dan pemantauan, lelaki menangis kerana beberapa sebab :
Layan movie yang tangkap leleh punya~…contoh : hindustan, cite korea, dan seangkatan.
Barang yang sangat-bangat disayangi hilang! … cth : kereta, laptop, handphone dan seangkatan.
Bila tertekan/banyak masalah yang bertimpa-timpa.
Kena buli ngan budak-budak jahat kat sekolah, kecik-kecik dulu… :p
Dapat sesuatu/kejayaan yang diimpi-impikan siang dan malam… cth: result exam ygmantap.
Bila putus CINTA! … atau kena REJECT, bertepuk sebelah tangan, awekz CURANG!
Bila SAKIT.
Kalau yg dah kahwin, masalah ANAK dan ISTERI.
Bila berlaku KEMATIAN dalam keluarga.
Bila INSAF dan sungguh-sungguh nak BERTAUBAT.
************** 
Oh, mesti tertanya-tanya, bagaimanakah cara dan posisi lelaki menangis? Mungkinkah :
Menangis kuat-kuat sambil berlari?
Duduk senyap-senyap dalam bilik sorang-sorang? Atau atas bangunan, tepi gaung? Hoho…
Menangis senyap-senyap sambil peluk bantal? (comey~nye…hahah)
Jumpa kaunselor dan nangis depannya? (apakah…?) Mungkin juga orang yg rapat dengannya?
Atau ketika SOLAT, SUJUD dan berDOA?
Ok, anda sendiri yang perlu discover pasal ni. :) .
**************
Orang kata, air mata itu perhiasan si hawa. Bukan sekadar penenang jiwa, malah sebagai senjata! Orang kata lagi, wanita mudah menangis kerana kelembutan pada jiwa, bukan kerana lemahnya semangat yang ada. Air mata tanda kekuatan. Ia juga tanda ketabahan.
Air mata selalu menjadi ukuran. Sejauh mana sabar mempertahankan badan. Sekuat mana iman menghadapi ujian. Dihukum orang lembik dan perkasa. Semuanya dinilai pada titisan air mata. Sedangkan yang dihukum, adalah yang diberi nikmat untuk merasa, rahmat Tuhan pada setiap titis air mata…
Namun, dijadikan juga air mata pada si adam. Orang
kata, si adam gagah membendung tangisannya. Bukan kerana kuatnya jiwa, yang kuat adalah ego di dalam dada. Sampai ada yang kata, si adam kejam tidak punya rasa. Tiada simpati malah sombong mendada…
Orang suka kata, hati si adam lebih keras dari si hawa. Lelaki kuat mengharung derita. Setakat terguris sekali dua, apalah sangat harganya berbanding setitis air mata. Ada juga orang bertanya, bukankah hati yang keras itu susah untuk menerima? Keras itu sifatnya ganas dan menyakitkan. Keras itu tidak selesa andai diberi pada tilam. Keras itu gagal andai diletak pada kelembutan. Keras itu zalim andai bercampur pada keamanan. Keras juga hodoh pada sebuah perwatakan.
Adakah bermakna si adam itu bersifat dengan sifatnya keras? Ganas, menyakitkan, gagal, zalim, tidak menyelesakan, malah hodoh dipandang?
**************
Setakat ini perkongsian kali ini. Teringat satu kisah di dalam sirah, Nabi Muhammad s.a.w. juga menangis pada satu ketika Baginda s.a.w. kematian bapa saudaranya, Abu Thalib dan isteri kesayangan, Siti Khadijah r.a. sehingga tahun itu disebut sebagai Tahun Kesedihan atau ‘Amul Huzn.
Kalau insan Agung seperti Baginda s.a.w. turut menitiskan air mata, bagaimanakah keadaannya dengan kita?
Menangislah bila menghadap Allah s.w.t., Tuhan-mu. Latihlah diri untuk tunduk dan lembut hati pada Pencipta. Kerana sebegitu banyak ni’mat yang diberi kepada kita, sebegitu banyak pula dosa yang kita lakukan. Tidak salah lelaki menangis, andai air mata itu merapatkan jurang antara Aku dan Yang Esa.
Jangan mendabik dada di depan Pencipta. Dunia dan isinya milik-Nya yang nyata. Kuatnya kita hari ini, berkuasanya kita saat ini, ke lubang kubur juga pengakhirannya nanti.
Salahkah menjadi hamba yang bersyukur???

Ahad, 9 Januari 2011

Mesti segan kali pertama masuk sekolah kan??

 Tersenyum lebar bile aku tengok gambar kat  atas nie..
teringat kat member2 aku 
yang hidup 5 tahun ngan aku...
aku pilih gambar nie sebab 
ia boleh mengigatkan aku 
kepada kenangan yang terindah...

macam2 binatang de dalam kelas 2...
hehehhe

aku nie bukan nak citer panjang lebar psal klas 2...
tapi nak cer sket...
pasal besok aku dah start masok sekolah...
pakai baju sekolah
pakai seluar sekolah
pakai stoking
pakai tali pinggang sekolah
pakai songkok
bawa beg sekolah
duduk asrama..
hahahah
nampak cam sedih jer....


bile cerita pasal sekolah...
aku nak citer pasal member aku...
dulu...mase darjah satu...
aku dulu kememe...
tapi... xyah citer la..
psal member ak..
 nama die x yah lar...
kang terasa lak
mase hari kedua sekolah...
masa darjah satu...
die buleh berak dlam sluar....
pergh...
cedey sioooot.
dari pagi sampai tengah ari 
die pakai tracksuit....
warne kuning aku ngat lagi....
ntah sape punyer tah...
tapi skunk...
budak yang berak dalam seluar tu...
dah jadi samseng da.....
mase form 3 kene buang skulah....

tapi besok...
aku rasa macam nak masok darjah satu jer...
mesti segan siot...
5 tahun kat chenderah..
semua laki jer...
pakaian pun lebih kurang...
kononnyer sufi la...
tapi besok ...
 ade lak pompuan...

Al Fadhil Ustaz Abdullah BIN jantan pernah berkata lelaki itu mesti  :

''Segak''
sentiasa segak bukan beerti kita poyo...
tapi biar sedap mata orang memandang...

tampan..
penampilan diri seperti kebersihan 
yang di jaga sempurna
merupakan ketampanan sebenar seorang lelaki...

''Bergaya''
semua gaya kene jaga..
masa makan ke..
masa cakap ke..
x kesah la mase bile..
dengan gaya orang suka kite...
dengan gaya jugak orang benci kite...

ape jadi besok pon aku x twu lar..
doa2.. jgan la aku sgan besok...
al maklumkalh aku nie kan pemalu...
hehheheh

sampai di sini sajalah warkah cacat aku...k
nape cacat???
kan warkah bisu... cacat ler...
k.... bye.... chaw chin chaw...



.

Tempat yang menakutkan

 Suatu hari seorang datang kepada abu nawas dan menanyakan sesuatu

''Wahai abu nawas, di manakah tempat kita berasal 
dan kemanakah tempat yang kita akan pergi,itu seperti apa??

''Itu sesuatu tempat yang menakutkan,'' jawab abu nawas

''Mengapa demikian?'' tanya tetamu tersebut

Saat engkau datang dari sana ketika bayi, engkau menangis 
dan saat seseorang harus pergi ke sana semua orang akan menangis..

aku hanya pipit






Andai aku sang helang
Bebas terbang tanpa halang

Andai aku Sang singa
hutan belantara akulah raja

andai aku sang rimau
pantang ajal sebelum mati


andai aku sang gajah 
kan ku pijak si lawan hujah

namun....

aku hanya sang pipit...
menunggu di sambar helang...
menuggu di baham singa...
menuggu di terkam rimau...
menunggu di pijak gajah...


Jumaat, 7 Januari 2011

safar itu bulan islam



kenangan aku ngan tole...
 
Aku nie....kalo tahun masihi lahir 16 ogos... 
tapi kalo ikut tarikh islam.... hijriyah..
kalo x silap aku....
11 safar....tahun bape tah ak  lupe lak...
heheheh...
kat bawah nie de cer.... sket pasal bulan safar.. 

Safar bulan kedua mengikut perkiraan kalendar Islam yang berdasarkan tahun Qamariah (perkiraan bulan mengelilingi bumi). Safar ertinya kosong. Dinamakan Safar kerana dalam bulan ini orang-orang Arab sering meninggalkan rumahtangga mereka menjadi kosong kerana melakukan serangan dan menuntut pembalasan keatas musuh-musuh mereka.
Menurut kepercayaan turun-temurun sesetengah orang Islam yang jahil, bulan Safar ini merupakan bulan turunnya bala bencana dan malapetaka khususnya pada hari Rabu minggu terakhir. Oleh sebab itu setiap tahun mereka melakukan amalan-amalan karut sebagai cara menolak bala yang dipercayainya itu. Selama berpuluh atau mungkin beratus tahun lamanya mereka telah mengamalkan madi-manda dan berpesta yang dikenali dengan mandi safar pada hari Rabu minggu yang terakhir dalam bulan Safar ini. Kebanyakan umat Islam?pada masa ini khususnya orang-orang tua di negara ini tidak mahu mengadakan majlis perkahwinan dalam bulan Safar kerana mereka berpendapat kedua pengantin nanti tidak akan mendapat zuriat.
Sebenarnya nahas atau bala bencana itu tidaklah berlaku hanya pada bulan Safar sahaja. Kepercayaan karut itu telah ditolak dan dibenteras dengan kerasnya oleh agama Islam, sebagaimana telah difirmankan oleh Allah subahanahu wa ta’ala dalam surah at-Taubah ayat 51:
Maksudnya:
“Katakanlah (wahai Muhammad): tidak sekali-kali akan menimpa kami sesuatupun melainkan apa yang telah ditetapkan allah bagi kami. Dialah pelindung yang menyelamatkan kami, dan (dengan kepercayaan itu), maka kepada Allah jualah hendaknya orang-orang yang beriman bertawakkal”.
Oleh yang demikian umat Islam hendaklah membuang sangkaan atau kepercayaan karut tersebut supaya kita terlepas daripada amalan syirik.

Khamis, 6 Januari 2011

Sejengkal Ke usim

nie la gambar mase aku pergi kat kem selangkah ke usim....
macam bagoz..... tapi memang bagoz pon....
dulu name usim nie KUIM...hehehe
Kolej Universiti Islam Malaysia...
sebab name x cukup gmpak....
diorang tukar...
skunk melaka amek lak name 2....

Usim....tunggu aku kat sane....!!!!