kata pujangga

keberanian adalah sesuatu perkara yang si pengecut katakan bodoh


Isnin, 26 Mac 2012

Berjasadkan Gadis Cina

Firman Allah: “Sesungguhnya engkau (Muhammad) tidak akan dapat memberi petunjuk kepada orang kamu kasih tetapi hanya Allah akan memberi petunjuk kepada sesiapa yang Dia kehendaki.”
 (Surah Al-Qasas ayat 56).


-Gambar hiasan sahaja-

Assalammualaikum dan selamat berbahagia kepada anda yang sedang menatap blog Sang rajuna tempe ini. Di kesempatan ini beruntunglah anda kerana admin yang berjaya merajinkan jari-jari menaip suatu cerita bagi di kongsi bersama.. Kita teruskan lagi. Jika di baca pada tajuk artikel kali ini admin menulis BERJASADKAN GADIS CINA. Jika diselami Tajuk ni memang tak faham apa(yela bace tajuk je mane nak paham)he3.  Petang tadi Aku berkesempatan mendapat suatu pengalaman yang boleh dikatakan terindah jugalah. Dapat berkongsi secebis ilmu dihalusan jari jemari ini. Cerita itu bermula dengan kalam Bismillahirrahmanirrahim:

Suasana dalam Bas Putt Hup kali ini benar-benar lenggang. Menjadi kepelikan padanya. Aku dalam perjalanan ke satu destinasi untuk suatu urusan penting. Sedang aku  leka mendengar lagu A thousand years, nyanyian penyanyi Amerika, Cristina Perri.

Naik seorang Gadis Cina berpakaian sopan dan sedap mata memandang tidak seperti gadis-gadis cina yang lain gemar memakai seluar pendeknyer pun. Selepas membayar tiket bas dia mencari tempat duduk yang sesuai. Dia berjalan mencari tempat duduk dan berhenti di sebelah kerusi yang sedang aku duduk lalu bertanya ada orang ke tak sebelah aku. aku menjawab tidak. Gadis cina itu tersenyum. aku membalas senyumannya itu dengan hambar.(baru nak lepak2) Dia memilih untuk duduk di sebelah aku. aku bertambah pelik. -Ikhtilat Situation- Ada ke patut duduk sebelah aku kan banyak lagi seat kosong, kata aku dalam hati...Suasana tegang seketika sehinggalah gadis itu memecahkan kebuntuan.'' Hai, Kamu orang islam kan.? kata gadis itu. Aku menganguk tanda setuju namun dalam kebluran.

''Nama I Le Chan Juan, Boleh panggil Ju saja. I ada ramai kawan islam kat sekolah, dioarang baik2 sama I. Tapi I ada satu soalan untuk you. dah lama I cari jawapan tapi x ada kawan-kawan islam I yang  beri jawapan yang I yang best. I tak tanya ustaz, sebab I malu. Boleh I tanya you? tambah gadis Cina itu sambil betulkan cermin mata berbingkai tebal berwarna hitam.

Hadoyai.. Kau boleh main I you dengan aku.... kang aku main ana ante kang terkezut beruk pula... ha3 Takde-takde gurau jer tuh. Aku kata kat dia. Kalau aku boleh jawab aku jawab, kalau tak tahu aku cakap tak tahu. Dia pun kata ''Ok, kenapa orang islam tak makan babi yea? 

Aku terdiam sebentar. Bukan sebab tak de jawaban Tapi aku fikir dalam banyak-banyak jawaban yang mane yang paling bes. Nak jer aku bace Ayat quran pasal keharaman menatang tuh kat dia. Tapi nanti banyak pulak soalan die pastu.  Aku pun dengan tawakkal menjawab. ‘’Orang islam tak makan babi sebab Allah, Tuhan Saya dan kamu dah larang kami dari makan binatang  nie sebab tuh kami x makan. Dia melarang kami makan babi dan membenarkan kami makan haiwan lain’’. Dia kehairanan  “Allah?’’ sebutnya pelat.
Aku pun tanya dia ‘’ Ok. Senangnyer  cerita pun. You ada create satu robot dan lepas tu you kene pastikan robot you tu x boleh  guna battery lebih 3.0 voltan. Kalau lebih kemungkinan robot you akan rosak atau meletup kerana tidak dapat menampung voltan yang tinggikan?


Dia Menganguk faham. ‘’Tapi Apa kena mengena dengan soalan yang I tanya tadi?’’ Tanyanya kepelikan. Hah! Dah sampai dah ke kemuncak jawaban. ‘’OK. Sebab apa you tahu yang robot ypu tak boleh lebih daripada 3.0 voltan? Sebab you yang create robot tuh kan. Mesti tahu ape bende yang boleh dan tak boleh.  Rosak lah robot tuh kalau melanggar arahan yang di tetapkan.  Allah yang cipta kita dia tahu yang mana terbaik  dan mudarat untuk ciptaannya bernama Manusia. -Senyum-

Ju tersenyum. Oh . macamtu. Jawaban you I suke. Akhirnya I dapat jawaban yang I cari.he3.Aku tanya dia kenapa tanya soalan tuh. Dia kata dia ada terbaca buku  dan mula berminat tentang islam.  ‘’Alhamdulillah, semoga you kembali kepada fitrah.’’ Kataku sambil keluarkan satu penanda buku pasal  islam yang kebetulan ade dalam beg dan berikan padanya.

Thanks, Boleh I tanya you lagi?

Apa?

''KEnapa Ramai orang lelaki islam ramai Nama Muhammad macam name you Muhammad muaz kn?  RAmai kawan2 I pun same. Kenapa yer? Aaaa. Belum sempat aku bagi jawaban. Kami sudah pun tiba di Melaka Central.  Aku memberitahu bahawa aku ada urusan yang penting dan perlu beredar segera.  Selepas ucap selamat tinggal aku pun pergi biarkan dia dengan soalan terakhir tuh. Dalam hati akuh nie pun terpikir gak. Kenapa ea ramai laki islam name Muhammad kat awal nama ?-TAMMAT-

Ada sesuatu yang menarik tentang nama dia. -Le Chan Juan-. Le nama keluarga dia. Chan Juan  bermaksud bulan purnama atau keanggunan. Jadi perlukah dia menukar namanya jika dia sudah kembali kepada fitrah nanti sedangkan namanya memberi erti yang baik


Namun yang lebih penting. Semoga Le Chan Juan itu dapat diperjinakkan hatinya dengan  islam. 


Firman Allah: “Sesungguhnya engkau (Muhammad) tidak akan dapat memberi petunjuk kepada orang kamu kasih tetapi hanya Allah akan memberi petunjuk kepada sesiapa yang Dia kehendaki.”
 (Surah Al-Qasas ayat 56).





Jumaat, 9 Mac 2012

Dia memang lelaki..

“Tiga jenis doa yang diperkenankan tanpa ada keraguan, iaitu doa orang yang dianiaya, doa orang musafir dan doa bapa kepada anaknya.” (Hadis riwayat Ibnu Majah)
*HADIS MENGENAI KELEBIHAN SEORANG LELAKI aka BAPA*

   

   Aku pun pelik jugak apesal lak letak tajuk nie. Macam cicak betullh... Sebenarnya korang tahu tak ade hikmah aku letak tajuk macam cicak nie...-Dia memang lelaki-. Sebagai manusia yang otaknya Di ciptakan di dalam kepala dan di kurniakan akal fikiran. Kita mampu membayangkan susuk tubuh seorang lelaki, Daripada yang bermisai, berjambang, susuk tubuh besar, kecil, kacak , kurang kacak.hakikatnya mereka itu satu. bukan satu malaysia...(x minat).. tapi satu jenis. iaitu masih seorang lelaki.  Dalam bangsa melayu dan juga bangsa lain tidak dapat di nafikan lelaki seringkali dinisbahkan kepada perkataan azimat seperti. kegagahan, keberanian dan ketangkasan..dan romantis barangkali. tapi adakah lelaki pada zaman lebuhraya ni... ada lagi macam tuh... atau itu hanya khayalan bagi menunjukkan bahawa lelaki berbeza dengan wanita

    Benar, Hari ini masih ada lelaki yg gagah tapi gagah menunjukkan keegoisan... Ada juga yang berani tapi berani mempersoalkan arahan Allah serta berani melakukan kemaksiatan secara terang-terangan... Berani lelaki zaman sekarang.. Ada juga yang tangkas dalam selok-belok penipuan hanya untuk kepuasan nafsu yang bertuhankan not2 duit yang tidak di iktiraf di MIZAN di akhirat kelak. Romantis Zaman kini penuh dengan sandiwara permainan. Jarang-jarang kebaikan lelaki bergelar suami beromantisan dengan pasangannya kerana apa. KERANA malu.... 




Aku pun lelaki aku tahu ler....  Tapi... Di mana lelaki yang hidupnya, makan minum, berjalan, berdiskusi ber amanah seperti rasullullah, dan para Sahabat yang Menjunjung perintah Allah melebihi segala-galanya. Lelaki yang berani melakukan kebaikan walaupun DiLERETKAN pandangan yg najis. Seperti :

Situasi 1:

Di kota raya kuala lumpur itu nyaman.sekumpulan manusia sedang menunggu bas di BUSStop.  Anak2 muda berfesyen sakan.Lalu seorang lelaki mencampakkan botol airnya ke dalam tong sampah dari jarak 3 meter.namun dengan tergesa- balingannya yg kuat memuntahkan kembali botol air di tepi  tong sampah. semua mata memandangnya -5 minit-. Datang seorang pemuda menghampiri tong sampah. Mengutip botol air itu dan memasukkan ke dalam tong sampah serta merapatkan tong sampah yg senget itu. Kedengaran Suara2 Najis.  '' Lah... macam tu pun nak buat ker.... ape klas.... dah macam pengemis carik botol lah'' Beriringan suara najis itu dengan ketawa yg sngat2 busuk.


Jika kita fikirkan semula IBU BAPA yang memelihara kita pasti hendak kita Lelaki menjadi Anak Lelaki yang soleh dan mampu mendoakan mereka di kubur nanti. Menjadi Imam ketika mereka Meninggal, memandikan jenazah mereka. Ibu Bapa mengharapkan yang terbaik untuk anak dia.  Walaupun mereka bukan yang terbaik.Seperti;

Situasi 2

Siti Sarah Raisuddin dan Shuib daripada kumpulan lawak Sepah kini gembira dengan kehadiran anak lelaki yang dijangka akan dilahirkan sekitar bulan November 2011. Kehamilan yang kini berusia 6 bulan disambut dengan penuh kesyukuran, apatah lagi Shuib sememangnya menginginkan anak lelaki.
“Saya terlalu gembira apabila doktor mengesahkan anak lelaki yang dikandung oleh isteri dalam keadaan sihat. Saya amat teruja menjadi seorang bapa, tak tahu nak gambarkan macam mana,” kata Shuib kepada pihak media.
Ahmad Didad atau Uwais Alqarni dipilih sebagai nama-nama pilihan untuk anak sulung mereka. Menurut Shuib, Ahmad Didad merupakan nama seorang pendebat Islam yang bijak, manakala nama Uwais Alqarni merupakan nama seorang lelaki yang amat taat pada ibunya sehinggakan semua doa dimakbulkan tuhan.
Setelah berbincang, Shuib & Siti Sarah memutuskan untuk menggunakan nama Uwais Alqarni sebagai nama anak sulung mereka.
“Kami berdua memutuskan untuk menggunakan nama Uwais Alqarni kerana ketaatan lelaki tersebut terhadap ibunya sehingga setiap doa yang dipohon akan dimakbulkan,” kata Siti Sarah.
FUH!!!!! meletup... lihat situasi di atas ibubapa hendak yang terbaik untuk anak mereka sehingga soal nama pun mereka mancari yang mampu memberi kebaikan kepada mereka kelak. FIKIRKANLAH NAMA KITA YANG MEREKA BERIKAN , WAhai lelaki.

Aku stop kat sini dulu... nanti aku citer lagi pasal tajuk nier.... banyak lagi aku nak cerita.... Nantikan  Dia memang Lelaki siri 2.
ok. assalamualaikum..