kata pujangga

keberanian adalah sesuatu perkara yang si pengecut katakan bodoh


Rabu, 22 Januari 2014

Seni.



Bismillah. Dengan nama Allah, aku mulakan.

Kau tahu tak apa itu seni? Kalau kau nak jawapan yang perfect mengikut susunan tatabahasa Melayu dan struktur ayat yang menakjubkan tahap dewa 18 , kau pergi ngadap kitab kamus dewan bahasa dan pustaka edisi ke berapa aku tak ingat. Pandai-pandailah kau.

Ok. Aku teruskan mendimensi seni itu secara fikiran otak aku.  Kalau aku cakap fasal seni, korang dah terbayang lukisan-lukisan atau fotografi atau apa-apa yang berkaitan. Seni ini bukanlah hanya tertumpu pada makhluk-makhluk yang demikian sahaja. Bahkan seni ni meliputi pelbagai skop kehidupan yang dah kau lalui.  Korang jangan mengecilkan skop seni.  Skop seni yang aku maksudnya luas giler nak mampus. Seluas cinta ku pada mu.

Aku luaskan lagi. Nak kasi kau betul-betul memahami isi hati dan perasaan aku yang kian memuncak. Huh. Kau tahu tak? Bercakap gagap  itu seni. Menulis tapi tulisan cam gampang itu seni. Menggoreng ikan itu seni. Melawak tapi orang tak ketawa itu seni. Berak tak flush itu seni. Ponteng PREP itu seni. Mata pelajaran seni itu seni. Fly asrama tapi kantoi itu seni. Basuh baju dalam baldi pastu pijak-pijak itu seni. Tertinggal carger masa pergi kem itu seni. Kena jalan itik sebab ponteng prep tadi itu seni. Kau suka dia,dia tak suka kau itu seni. Kau tidur dalam kelas seni itu seni. kentut bau cam palat tapi kaver baik itu seni. Ah! Banyak giler benda seni dalam kehidupan ni.  Cis. Jika kau nak aku menglistkan segala bagai  jenis seni memang sampai kesudah tak habis. (sampai sini aku habis idea sebenarnya, Dan aku gi berak jap,tak semena-mena tengak berak dapat idea,berak itu senikan? Hahah)

Selanjutnya (ceh), nampaknya kau dah nampak dan sikit-sikit faham apa yang aku try nak sampaikan kat atas. Aku nak bagi tahu seni ni subjektif mengikut orang itu sendiri. Kau tahu buat apa? Apa yang kau tahu buat? Apa kelebihan kau? Apa sahaja yang kau ada ilmu tentangnya kau memang berseni orangnya.   Bagi aku, seni ni kalau kau tengok kau rasa happy dan kalau kau buat kau akan rasa macam something dalam diri kau. 

Kau ingat tak masa pra sekolah atau masa tadika, kau tulis abc dan tulisan kau MasyaAllah taala buruk giler. Sampaikan kalau sekarang kau tunjuk kat bini atau laki kau mesti kena kutuk kaw-kaw. Tulisan buruk itu seni aku ulang. Seni macam mana pulak dengan tulisan buruk. Aku pernah tengok kat google ke mana tah. Pelukis tu buat satu line je dalam lukisan dia tapi harga tulisan dia bapak mahal nak mampus.

Bagi aku, manusia yang tak berjiwa seni ni bila tengok lukisan dia memang maki  hamun macam gila sebab lukis satu line tapi harga berjuta. Macam siot.  Lukisan yang tak beberapa seni itu mahal sebab seni lukisan tu terletak pada cerita di sebalik lukisan itu, cerita macam mana pengalaman pelukis itu sebelum lahirnya lukisan line tuh. Macam cerita kau dengan tulisan buruk kau tadi. Bila kau dah besar-besar panjang  macam sekarang kau tengok balik tulisan buruk kau tuh. Kau akan menguntumkan senyum. Aku pasti kau memang berseni.

                ‘’Tulisan buruk kalau lama-lama berlatih pasti lebih buruk,maka beralihlah daripada tulis kepada 
taip kat komputer.’’ Habis cerita tulisan buruk.

Oleh hal yang demikian, berbanggalah kau dengan setiap kesenian yang tersemat dalam diri kau. Jangan takut orang kata apa. Pi jahanam sama dia. Kau berseni dengan cara kau. Dia berseni dengan cara dia. Macam aku pulak,sebagai seorang yang berseni, tulisan aku dari sekolah rendah sampai sekarang masih aku kekalkan identiti keaslian seninya. Cis.


Ahad, 5 Januari 2014

Lima Huruf untuk sepatah perkataan: CINTA



Dengan nama Allah,aku mulai.

Setelah selesai mereka cerita-cerita yang merapu. Ramai orang yang tak mampu lagi cuba fahami apa yang aku cuba sampaikan.  Kesemua cerita-cerita merepek itu telah aku tulis tanpa merancang terlebih dahulu. Dan aku berazam tahun ini  akan ada cerita-cerita yang lebih baik,lebih hidup dan lebih kemas serta tidak terlalu ringkas. Kesemua ini akan menjadi lebih baik,hidup dan kemas jika aku merancang plot, watak dan apa2 yang berkaitan dengannya. Kita akan menjadi lebih baik pada keesokan harinya, bila kita merancang apa yang kita nak buat pada hari ini.

2014. Alhamdulillah dah masuk tahun baru. Umur bertambah. Semakin lama semakin tua. Daripada hingusan sehingga kering hingusan tersebut. Aku masih lagi seperti kelmarin, bahkan mungkin lebih banyak berdosa lagi mungkin. Aku juga masih seperti semalam. Masih lagi setia kepada mendamba setia. Aku mohon kepada Tuhan semoga aku dapat bina pahala-pahala dengan banyak pada tahun ini. InsyaAllah. Allahumma Ameen.
Selautan pengharapan aku sandarkan pada yang maha penyayang dan maha pemberi cinta kepada makhluknya. Aku bukan yang selayaknya berbicara tentang ini. Cinta adalah sesuatu  makhluk yang subjektif diciptakan tuhan.  Mendefinisikan cinta adalah berlainan mengikut pandan manusia-manusia. Ia bergantung pada situasi,pengalaman dan karakter pemberi definisi itu sendiri. Sebenarnya perkataan lima huruf ini adalah naluri yang dikurniakan Allah sebagai asas kelangsungan hidup manusia di bumi ini.

Sementara itu ia juga adalah merupakan  asas pembangunan kepada kehidupan manusia yang lebih harmoni dan bahagia. Kerana cinta seseorang mampu berjuang membebaskan sesebuah negara. Kerana cinta ia menyembah Tuhan  Maha Pemberi cinta. Kerana cinta manusia sanggup berbunuhan demi seseorang yang dicintai. Kerana cinta juga sekelompok manusia yang sedar dengan kepenindasan ke atas rakyat bangkit meluahkan ketidakpuasan. Kerana cinta aku masih setia dan ku harap kau juga begitu. Jika tidak, aku minta maaf aku terlambat.

Muda-mudi mendefinisikan cinta itu sentiasa indah-indah belaka,sweet-sweet, saling memahami serta menyayangi. Semua kegampangan yang tumbuh  pada ketika ini boleh dimaafkan termasuk perbezaan pendapat atau tindakan. Ia diselesaikan dengan bertolak ansur dan bersikap terbuka. Remaja merasakan dunia ini milik mereka dan inilah saat paling bahagia. Oleh itu, tidak sepatutnya ada pihak yang menghalang cinta mereka.

Sekelompok ada yang berakhir dengan ikatan perkahwinan.ini bagus. Tapi , tidak kurang pula percintaan yang berakhir dengan tragedi Disember. Pelbagai tragedi cinta yang dapat kita baca di akhbar harian. Sebenarnya, cinta seperti ini merupakan cinta tragis yang berakhir dengan penderitaan kerana pembinaannya di atas ‘dasar yang rapuh’.

Dasar yang rapuh ini adalah berkaitan dengan ilmu yang tersemat di dada masing-masing. Keilmuan ini adalah tapak bagi sesebuah perhubungan menjadi lebih baik dan terjamin. Tanpa ilmu, manusia yang punya sifat cinta akan hidup hanya berfantasi cinta yang mereka fikirkan sahih tanpa melihat keindahan sifat-sifat cinta itu sendiri.  Kalau ilmu hidup pun baru sekangkang kera, baru pengalaman sekali dua, maka habislah.   Sebab itulah banyak terjadi perkara-perkara yang sangat mendukacitakan. Ilmu ini perlulah dimulakan dengan menjaga hati dahulu.  Hati memang mudah dipengaruhi kerana lebih sensitif. Jadi, remaja perlu berjuang untuk menjaga hati mereka daripada dipengaruhi. Usaha ini bukan mudah, tetapi ia bukan perkara mustahil untuk dilaksanakan. Justeru itu, untuk menjaga hati remaja perlu mencari suasana yang mendorong mereka kepada kebaikan. Apa yang remaja lihat, dengar dan rasai hendaklah didorong kepada kebaikan.

Cinta yang paling bagus dan terdekat adalah cinta dan sayang lah diri sendiri sebelum memandai nak luahkan cinta segala bagai kat orang lain. Kalau diri sendiri pun tak mampu dicintai apatah lagi orang lain. Apabila  mencintai diri sendiri, kita akan merasa bahawa kita berfikir dan bertindak atas dasar cinta kita itu. Kita tidak akan membuat sesuatu yang di luar jangkaan dan tindakan kurang bijak jika kita mencintai diri sendiri. Kita perlu ada sifat cinta dalam diri sebelum mencintai orang lain.  Selanjutnya cinta tidaklah memberatkan seseorang bahkan ia adalah sesuatu makhluk yang tuhan ciptakan dengan kenikmatan yang jika di salurkan ke saluran yang benar dan haq. Maka ia menjadi cinta yang tidak dapat di bayangkan kerahmatannya.


Akhirnya, marilah kita bersama-sama menjaga hati dan meningkatkan iman kepada Allah. Yes aku tahu macam poyos  giler. Kau mesti rasa macam, ekeleh mamat nie bajet bagus pulak.  Tapi tak pe. Semoga ini yang pertama untuk 2014. Untuk seterusnya aku ada buat satu surat yang bertajuk: SUDAKU BYAS(Surat Daripada Aku: Bumi Yusuf Alaihi Salam). Benda dah siap cuma dalam proses penyuntingan. Surat itu adalah kesinambungan daripada artikel hari ini. 

bapak ah tesis hari khamis dah nak kena hantar. Semoga aku dipermudahkan oleh tuhan. janganlah di reject untuk yang ke seribu ini. Amin.