Dengan Nama Allah Yang maha pemurah Lagi pengasihani.
Dulu , tahun 2014 aku pernah tulis satu artikel yang tak
mengikut format artikel sebab aku mana tahu format-format ni. Bagi aku, format
ni untuk masuk pertandingan saja. Kalau untuk tulisan peribadi format adalah
suatu yang menyekat kepelbagaian kreativitas masing-masing penulis. Jadi dalam
tulisan ini aku buat remake untuk tulisan pada 2 mei tahun 2014 tentang anak
sulung. Yang aku lihat ada suatu kebaikan yang akan aku kau dan kita peroleh
darinya. Ada penambahbaikan dan pembetulan struktur ayat serta kalimah yang
sesuai berbanding tulisan terdahulu.
Mula:
Sebentar tadi aku pesan air laici dan dua keping roti telur.
Roti telur dia, Subhanallah Tabarakallah. Sangat sedap dan tidaklah menjadi
kerugian apa bila terpaksa menunggu lama dan ada budak kecil menangis tak
henti-henti. Aku pun cuba berselawat perlahan-lahan ke telinga sendiri. Dan akhirnya
aku berjaya menenangkan diri aku sendiri. Syukur. Budak yang nangis tadi belum
berhenti. Dan aku pula menangis makan roti telur.
Pendahuluan hambar di atas tiada kena mengena dengan apa yang
aku nak tulis kedepan. Aku sebenarnya bukan nak cerita pasal makanan tadi atau
perkara yang jadi tadi. Tapi benda yang aku nak cerita adalah pasal anak sulung
bukan anak pak sulung atau syahirah sulung. Ah lupakan. Aku mahu ceritakan
perihal anak sulung atau first born atau
eldest child. Nasiblah mana-mana pun. Asal kau faham. Tak faham sudahlah.
Kalau kau anak sulung, kau patut merasa kembang kuncup dan bajet bagus sebab kau adalah
zuriat pertama yang lahir ke dunia ini daripada rahim ibu kau. Tidak kiralah
kau lelaki ke perempuan. Sama sahaja. Tiada perbezaan. Masih lagi anak sulung. Kau memang hebat.
Anak pertama kot. Memang kena riak sikit.
Ok aku teruskan. Bila umi abah kita baru-baru kahwin. Mereka akan selalu berdoa
semoga mereka
mendapat zuriat. Dan doa mereka terjawab dengan lahirnya kita
sebagai anak pemula kata orang atau anak
sulung. Mereka tiada pengalaman menjaga
dan mendidik anak ketika dalam kandungan atau perut. Kita sebagai anak sulung
menjadi model ujian kepada mereka bagaimanakah hendak melakukan perkara-perkara
yang sama jika diberi rezeki anak kedua ketiga dan seterusnya.
Anak sulung ini bukan sahaja menjadi pengalaman berharga kepada umi abah kau malahan kau juga menjadi anak pertama yang didoakan oleh umi abah kita
sejak dari perut lagi. Bayangkan dari kita dekat rahim ibu kita lagi dia dah
doakan kita dan sampai sekarang umur kita belasan dan puluhan tahun. Berapa
banyak kali mereka doakan kita.
Selanjutnya. Anak
sulung jugalah yang pertama sekali mendengar suara abah atau ayah. Ketika lahir
ke dunia ini. Suara abah atau ayahlah yang sayup-sayup diazankan di telinga kanan bayi lelaki dan
perempuan yang masih baby sesudah kelahirannya. Dan juga disunatkan untuk
diiqamatkan di telinga kiri bayi lelaki dan perempuan yang masih bayi sesudah
kelahirannya. Salah satu hikmah(kelebihan)melakukannya adalah supaya kalimat
seruan tersebut tentang kebesaran Allah menjadi seruan pertama yang kau dengar.
Abah atau ayah kau lakukan demikian dengan kegembiraan melihat kau sebagai anak
sulung yang akan menerus legasi zuriat untuk mendoakan kesejahteraan mereka.
Ingin aku tegaskan disini bahawa kemunculan kau di dunia ini adalah sebagai kemuncak kebahagiaan mereka.
Serius, mereka menjaga anak sulung seperti menatang minyak yang penuh. Kesayangan
mereka kepada engkau tidak berbelah bagi. Engkau ibarat pelengkap kepada sebuah
keluarga yang harmonis dan bahagia. Kau patut berbangga dengan itu.
Aku teruskan lagi.
Masa kau tidur di waktu malam bulan mengambang. Belum sempat nyamuk nak
gigit hisap darah kau. Memang awal-awal dah kena flying kick dengan ayah.
Antara taktik ayah dan abah kita tak nak bagi kena gigit nyamuk adalah dengan
membawa selipar dan kasut-kasut ke dalam rumah. Taktik ini adalah bertujuan
untuk mengkompiuskan nyamuk. Bila para nyamuk melihat selipar tiada di depan
pintu. Pasti para nyamuk ingat tak ada orang kat dalam rumah kan. Nampak bijak
kan taktik berkenaan. Ia dinamakan taktik mengelirukan musuh yang sangat
efektif dan inovatif. Kadang-kadang abah kita sendiri tertipu dengan nyamuk
yang menyamar jadi lalat di waktu malam. Hmmmmm. Hambar.
Anak pertamalah yang mendengar si ayah dan ibu baca quran.
Dan mereka juga menjadi orang pertama yang dengar kau nangis malam-malam. Orang
pertama dapat dodoi. Orang pertama dapat
nenen. Orang pertama dapat kena cebuk. dan macam-macam lagi. Kalau aku tulis
pasal yang pertama untuk segala hal berkenaan anak sulung memang tidak akan
pernah habis. Anak pertama ada yang paling pemenang untuk segala hal. Nak nenen, dapat.Nak susu, dapat Nak tukar lampin, dapat. Dan mereka lakukan
dengan ikhlas dan gembira. So,kau bangga menjadi yang pertama tak.???
Kesimpulannya beriyaklah kamu semua menjadi orang pertama
dalam banyak keadaan. dan doakan ibu bapa kamu sekalian. Dan janganlah anak
yang pertama cemburu dengan sikap manja ibu-bapa kita pada adik-adik kita. Kerana
kita telah dimanjakan lebih dari mereka dapat. Dan kita harus berbangga menjadi
yang pertama untuk selamanya.
Salam perdamaian dari aceh yang sering menjadi pertama mati
lampu.