kata pujangga

keberanian adalah sesuatu perkara yang si pengecut katakan bodoh


Sabtu, 26 Disember 2009

AKU HAMLATUL QURAN

Bisikan ketenangan menyelubungi nurani,

Kesyahduan kurasakan amat bererti,

Acapkali ku terdengar alunan suara insan-insan kerdil membasahi lidah dengan kalamMu ya Ilahi,

Tiada putus-putus mendampingi kitabMu,

Membaca, mentadabbur, meneliti ayat-ayat suci,

Segolongan insan yang dihormati,

Segolongan insan yang dipandang tinggi,

Inilah insan yg bergelar Hamlatul Quran, iaitu pendokong kitab suci,

Hamlatul Quran, itulah aku!

Terngiang-ngiang di telingaku ungkapan kata yang penuh makna,

Yang hanya dapat dihayati oleh hati-hati yang suci,

Wasiat Ibnu Mas’ud yang berbunyi:

"…seharusnya bagi seorang Hamlatul Quran itu mengetahui…

Malamnya ketika manusia dibuai mimpi, siangnya ketika manusia enak menikmati juadah, tangisannya ketika manusia bergelak ketawa, diamnya ketika manusia berkata yang sia-sia, dan khusyu’nya ketika manusia leka dgn kehidupan dunia…"

Aku merenung sejenak,

Hamlatul Quran…begitukah aku?

Kata-kata itu mengetuk fikiranku, menyentuh hatiku, menyedarkan aku dari lamunanku,

Betapa Hamlatul Quran yang hakiki,

Adalah insan yg sanggup bermujahadah dalam kepayahan,

Mampu berkorban dalam tangisan dan rela imannya diuji dgn keperitan

Baru kusedar…Hamlatul Quran

Kau luar biasa!

Tatkala kuimbas kembali kisah silamku yg penuh dgn kelalaian, kealpaan, keseronokan spt org-org kebanyakan,

Sememangnya tidak layak untuk diri ini dianugerahi dengan permata Ilahi

Yang nilainya terlalu tinggi jika dibanding dgn diri yang dhaif ini…

Namun…Kau anugerahkan jua aku kemuliaan ini,

Menjadi salah seorg insan pilihanMu

Di dalam dunia Hamlatul Quran yg penuh dgn janji-janji manis di akhirat nanti

Ibu bapaku bakal Kau pakaikan dgn mahkota sbg hadiah perngorbanan mereka mendidikku mengenali kehidupan insani.

Tidak mahukah engkau dibangkitkan dgn sinaran cahaya jernih yang terpancar pada wajah yang berseri-seri?

Hamlatul Quran, alangkah beruntungnya dikau…!

Sahabat-sahabat Al-Quran,

Sudahkah Al-Quran menakluki jiwamu?

Menjadi kekasihmu, buah hatimu yang tiada bertepi?

Ataukah manusia yang masih bertakhta di sanubari?

Ataukah kasih manusia yang masih kau damba?

Pernahkah kau rasakan Al-Quran itu teman sejati?

Adakah impianmu sekadar satu ilusi dalam fantasi…

Yang implikasinya tidak sama dengan reality kehidupan Hamlatul Quran?

Sahabatku…

Ingatlah, kita dipertemukan kerana Al-Quran

Ukhuwwah mahabbah yang terjalin ini atas nama AL-Quran

Dan semoga perpisahan kita adalah semata-mata untuk meneruskan perjuangan demi Al-Quran

Ya Allah

Jadikanlah kami Hamlatul Quran yang sejati dan hakiki

Sebagai penyejuk mata, penawar hati setiap insan di muka bumi

Agar kehadiranku di dunia ini bermakna

Berkatilah aku dengan anugerah kemuliaan yang Kau beri

Sesungguhnya kehidupan di dunia ini sungguh indah tidak terperi

Dengan alunan ayat-ayat suci yg sentiasa bermain di mulut, di telinga dan di hati

Lantas itu

Ku pinta padaMu ya Ilahi

Agar di saat-saat akhir hayatku

Alunan kalamMu jua yang mengakhiri pemergianku



Andai patah sayap, paruh menjadi tongkat:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan