kata pujangga
Rabu, 6 April 2016
Hari Rabu
Cikgu Ayu
Cikgu ayu masuk kelas lambat lagi. Sepatutnya masuk jam 10 tetapi sehingga waktu sekarang beliau dan tudung fareeda beliau pun belum muncul lagi.
Sebagai ketua kelas darjah empat yang hensem, berdedikasi serta tidak makan rasuah dan makan pujian. Saya pergi ke bilik guru besar untuk melaporkan keterlambatan cikgu ayu. Sebelum pergi saya perlu memastikan keterampilan pakaian sekolah saya mengikuti peraturan dan etika yang telah sekolah tetakan. Hal ini kerana saya mahu ke bilik guru besar. Saya tidak mahu upaya saya melaporkan kesalahan cikgu ayu ini terbantut dek kerana kesalahan bodoh saya sendiri.
Saya ketuk pintu bilik guru besar dengan perlahan sambil memberi salam. Tiada jawapan. Saya cuba jenguk kedalam. Tetapi tiada orang. Saya hairan. Takkan guru besar pun lambat mengetahui yang dia adalah seorang guru besar.
Saya tidak berpuas hati. Saya capai telefon bimbit dan menaip nombor telefon guru besar. Saya tunggu, tunggu, tunggu. Selang beberapa minit ada seorang perempuan jawab.
Oh rupanya cikgu ayu di talian. Saya hairan. Apa hubungan cikgu ayu dan guru besar. Saya yang berumur sepuluh tahun tidak berfikir sesuatu yang negatif disini. Sperma pun saya tak tahu apa. Eh. Terlebih pula.
Jadi saya terus mematikan talian telefon sebentar tadi. Dan masih dalan kebingungan.
Tanpa berlengah lagi. Saya bangun dari katil sebelum mak saya membebel dan capai towel yang sangkut belakang pintu dan menuju ke bilik air. Ah. Malasnya pergi sekolah. Dahlah cikgu ayu masuk lambat.
Seekor gajah bercakap
Selama saya hidup ini pertama kali saya melihat gajah boleh berkata-kata. Saya rasa rugi kerana telah membayar duit tiket sebanyak 500 ringgit hanya untuk melihat seekor gajah bercakap atau secara tepatnya gajah ini sebenarnya mengutuk segala sifat buruk manusia.
Yang menjadi tanda tanya adalah apabila gajah itu menyatakan tentang salah satu sifat buruk manusia. Penonton ketawa sangat kuat sambil menepuk-nepuk tangan.
Saya cukup yakin gajah itu tidak bergurau. Lihat sajalah badan dia yang gemuk. Gajah yang gemuk mana pandai buat lawak.
Bahu kanan
Hari ini hari isnin. Hari bermula kerja untuk semua orang.
Tapi isnin ini tidak untuk saya bekerja. Saya tidak sihat. Saya rasa badan saya sangat tidak mampu untuk bekerja secara maksimum. Pagi tadi saya pergi ke klinik untuk membeli mc. Ini kerana klinik tidak pernah mahu percaya yang saya sedang sakit. Psss saya pun tak percaya bayar lima ringgit penyakit sudah sembuh.
Semasa pulang daripada membeli mc saya mengambil keputusan untuk ke pameran perkahwinan. Saya tidak tahu mengapa saya boleh membuat keputusan yang sangat tidak menguntungkan ini.
Sebelum tiba ke dewan utama, saya singgah sebentar ke tandas untuk membasahkan muka. Nasib saya baik, saya terjumpa seorang perempuan berbaju pengantin sedang menangis. Saya menyangka dia mesti seorang model pameran pengantin yang baru sahaja dimarahi bos kerana muka hodoh. Saya tegur dia.
Rupanya dia ditinggalkan oleh pasangannya. Saya serba salah untuk meninggalkannya seorang di situ. Tambahan pula melihat wajahnya yang sayu dan cantik rupa parasnya. Seperti baru dibeli dari kedai dan belum buka plastiknya lagi.
Jadi saya cuba tawarkan bahu untuknya. Saya beri bahu kanan. Kerana rasanya bahu kiri sudah penuh. Sudah berat. Saya sendiri tidak mampu menanggung beratnya.