Hari ini hari isnin. Hari bermula kerja untuk semua orang.
Tapi isnin ini tidak untuk saya bekerja. Saya tidak sihat. Saya rasa badan saya sangat tidak mampu untuk bekerja secara maksimum. Pagi tadi saya pergi ke klinik untuk membeli mc. Ini kerana klinik tidak pernah mahu percaya yang saya sedang sakit. Psss saya pun tak percaya bayar lima ringgit penyakit sudah sembuh.
Semasa pulang daripada membeli mc saya mengambil keputusan untuk ke pameran perkahwinan. Saya tidak tahu mengapa saya boleh membuat keputusan yang sangat tidak menguntungkan ini.
Sebelum tiba ke dewan utama, saya singgah sebentar ke tandas untuk membasahkan muka. Nasib saya baik, saya terjumpa seorang perempuan berbaju pengantin sedang menangis. Saya menyangka dia mesti seorang model pameran pengantin yang baru sahaja dimarahi bos kerana muka hodoh. Saya tegur dia.
Rupanya dia ditinggalkan oleh pasangannya. Saya serba salah untuk meninggalkannya seorang di situ. Tambahan pula melihat wajahnya yang sayu dan cantik rupa parasnya. Seperti baru dibeli dari kedai dan belum buka plastiknya lagi.
Jadi saya cuba tawarkan bahu untuknya. Saya beri bahu kanan. Kerana rasanya bahu kiri sudah penuh. Sudah berat. Saya sendiri tidak mampu menanggung beratnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan