kata pujangga

keberanian adalah sesuatu perkara yang si pengecut katakan bodoh


Jumaat, 30 September 2016

Tangan yang pengkau

Saya cuba menyertai pertandingan menulis cerpen. Tapi saya tidak yakin dengan diri sendiri. Lebih-lebih lagi saya tidak pernah masuk mana-mana pertandingan menulis cerpen. Baiklah saya jujur sajalah disini. Jangan bagitahu orang lain. Lebih2 lagi makwe disebelah awak tu.  Saya sebenarnya bukan hendak sangat pun masuk pertandingan menulis ini. Saya didesak oleh seorang budak perempuan yang comel. Sangat memukau kecantikan. Sempurna. 10 per 10 pada skala ricter. Nasib baik dia comel. Kalau hodoh. Memang saya dah usir dia dah awal-awal lagi ketika berjumpa hari tu.

Beliau yang memaksa saya. Katanya dia pernah curi-curi membaca blog saya. Dan beliau kata beliau suka. Saya pelik. Entah apalah yg beliau suka dengan tulisan saya tu. Padahal blog saya banyak mengutuk dan bercerita sesuatu yang mengarut. Saya rasakan dia gila. Sama seperti saya. Sudahlah comel. Gila seperti saya juga. Jodohkah ini?

Saya mempunyai kelemahan dalam menulis. Saya tidak boleh bekerja dengan masa. Ada antara cerita pendek yg saya karang mengambil masa yang agak panjang. Walaupun ia hanya 5,10 baris, tapi masa yang saya gunakan kadang-kala hampir kepada 2,3 minggu juga. Bukan kerana saya malas. Penggunaan istilah yang tepat da sesuai amat membantu penulisan menjadi lebih kuat dan menarik. Dan kalang kala juga idea-idea baru akan tiba-tiba muncul dengan tidak semena-mena. Seperti peluru berpandu sesat. Menembak kepala ini. Hilang bersepai.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan