kata pujangga

keberanian adalah sesuatu perkara yang si pengecut katakan bodoh


Ahad, 30 Oktober 2016

Semak yang tinggi

Selama ni saya ingat semak setinggi 2 meter di sebelah rumah saya adalah sebuah semak yang kesunyian atau forever alone orang putih kata. Rupanya tidak demikian, ada sepasang babi. Seekor suaminya. Dan seekor lagi isterinya. Saya mula-mula fikir kedua-duanya betina. Apabila saya selidiki dengan lebih, rupanya yang gemuk sedikit itu isterinya. Walaupun kedua-duanya sama gemuk sahaja. Dasar babi-babi yang gemuk.

Semalam, waktu saya pulang berjalan kaki ketika habis solat subuh dengan melalui semak tersebut. Saya dengar ada bunyi keruk-keruk dari dalam semak. Baik saya jujur. Saya takut. Dalam ngantuk-ngantuk begini saya memikirkan kes orang-orang yang mati disondol oleh babi. Tanpa berfikir panjang, saya terus berlari sekencang mungkin.

Huh. Akhirnya saya selamat juga. Saya membuka pintu dan lihat. Eh ada babi di depan pintu. Mereka tidur. Oh rupanya silap saya yang tidak mengejut mereka. Kini kawan-kawan saya telah disumpah menjadi babi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan