kata pujangga

keberanian adalah sesuatu perkara yang si pengecut katakan bodoh


Jumaat, 7 Jun 2013

Maxis macam haram

Aku menutup lembaran kalimah-kalimah suci. Tanganku mencapai telefon selular. Aku menaip tiga patah perkatan dan butang send ditekan.

Aku:  Maxis macam haram.

Dia:  
Apesal?

Aku:  Line kejap ada kejap takda.

Dia:  Tahu takpe. Nak hantar mesej kat kau ibarat kecelakaan tiada tempoh.  

Aku:  Menyusahkan orang2 yang bermesej dengan awek tentang peristiwa isra mikraj.Seperti aku ni. haha.

Dia:  Mungkin ada hikmahnya. Harini Tuhan pisahkan sebentar kau dengan dia

Aku:  Argh. Beliau sudah menceraikan aku. Kerana aku sudah punya kekasih gelap. Begitu curangkah aku kepada beliau. Beliau adalah puteri idaman kalbu sanubari hamba laksana Hang tuah dan Tun Teja.

Dia:  Begitupun kau terlalu memuja hukum alam atas penceraian atas bibir ini, kau masih belum mengerti hakikat sebuah percintaan yang diibaratkan bagai seekor anak khinzir yang dahagakan tiga titis air hujan karena ditinggalkan di kota kelahirannya.

Aku:  Sungguh beliau terkesima dengan sikapku. Puih. Aku hanya pandang pada rupa. Persialan itu semua. Aissity apa perkhabaran, masih bendera hijau?

Dia : Aissity jua yang kau ingat kendatipun siputeri Bailarung tetap bermain dalam otak yang hitam. Dia masih kelu membisu, apakah ia mahu pergi  atau tidak. Yang pasti, aku dah berjaya tundukkan dia.

Aku:  Walaupun begitu adapun demikian. Sudah ku katakan. Aku sudah curang dengan beliau. Bukanlah Aissity dalam ingatan ku. Tapi peristiwa sedemikian. pesan padanya stam lebih baik. Aku harap kau berjaya tundukkan juga puteri kesayangan hamba. Seperti berjayanya aku.

Dia:  Jika itu satu amanah untuk aku sampaikan, bukanlah sukar gunung ledang untuk aku runtuhkan.

Aku:  Arakian, aku bangga dengan kegagahanmu. Persis kepahlawanan puteri.

Dia:  Aku hanya mahukan Aisitty bahagia dengan masa depan. Bukan hanya menangguk di tepi mimpi menunggu nasib. Aku tak larang dia pergi. Aku juga tak harap dia pindah. Yang penting, ke mana dia membawa agamanya.

Aku:  Cis.ayat kau buat aku sedikit cemburu. Jika dia dengar pasti dia akan cair. Seperti cairnya ais di antartika dan Somalia serta lahad datu, sultan kiram..

Dia:  Cairnya hati tak membawa kemantapan akidah mahupun kekuatan iman. Yang menjadi ironinya.ialah mengapa, perlu katakana terima kasih atas kata2 tak seberapa? Hanya Tuhan tempat segala pujian.

Aku:  Ceh.


Dia:  #Shit.

-tammat-

Rabu, 29 Mei 2013

Isnin, 29 April 2013

Syeikh ahmad mustafa

syeikh ahmad mustafa fadliyah


aku ada seorang syeikh yang pagi2 dengarkan bacaan quran aku secara hafazan. Dan syeikh ini sempat mendengar bacaan aku selama 3 semester. Selepas itu beliau telah kembali ke mesir kerana mengalami sakit yang aku tidak pasti. Yang menyedihkan aku Syeikh aku ini telah meninggalkan dunia pada 5 april 2013. sungguh aku sedih giler dengan pemergian beliau. aku pernah terfikir hendak melawat beliau di mesir jika aku berpeluang melanjutkan pelajaran di sana. Tapi Allah lebih mencintai beliau.

Aku bukanlah anak murid yang mesra sangat dengan beliau. Cuma ada detik2 dalam hidup aku yang membuatkan aku mengingati beliau untuk selama-lamanya. aku tidak pernah memperdengarkan bacaan quran aku dengan syeikh arab yang sememangnya berlahjah arab. Hari pertama aku memperdengarkan bacaan depan dia cuak jugak. Yelah. mana tahu dia tangankan aku baca salah ker. Aku baca dalam keadaan mata tertutup Aku mulakan dengan bismillah, lepas tuh aku baca dari awal surah al fatihah, dan awal surah al baqarah. Tengah sedap-sedap baca aku try buka mata.Terus aku terpadang tangan die. pergh. tangan dahlah besar. sekali hayun memang habislah jawabnya. Aku berhenti baca dan blur giler bila pandang tangan die. memang fikiran kena lempang le.... mana taknyer boleh terlupa pulak tengah2 jalan. Tapi syeikh bagi peluang untuk baca lagi sekali.

Rabu, 10 April 2013

Dalam kebangangan



Gambar hiasan yang tidak seperti hiasan

Dimulakan akan aku dengan nama Allah…

Kegagalan adalah suatu mimpi ngeri bagi sesiapa sahaja yang terjebak dalam golongan manusia. Semua manusia yang punya kepala hotak akan merasakan kegagalan ni macam bende alah yang patut takde dalam kamus dewan  hidup diorang.  Banyak bentuk kegagalan yang ada dalam dunia ni. Ada kegagalan dalam pelajaran, kerjaya dan percintaan. Ada 000000.1% apa yang syarifah dot dot dot cakap pasal masalah tuh ada betul jugak. Tapi aku tak kaitkan masalah dengan haiwan. Tuh bullshit namanyer.. Setiap manusia pernah merasa  masalah kegagalan. Tapi kita sebagai manusia yang seperti mana aku cakap tadi, manusia yang punya kepala hotak kurniaan Tuhan Yang Maha Berkuasa akan memikirkan tentang kegagalan ni merupakan suatu sampah yang tidak ada harganya. Kita berfikir mengapa usaha yang kita penat macam nak giler tapi hasilnya yang kedapatan adalah kegagalan, keadilankah di situ?

Tapi yang aku tahu kegagalan memang bende yang pahit untuk ditelani. Cuba cakap siapa yang dalam dunia ni suka dan menyintai akan kegagalan. Takde sorang pun manusia yang suka lalu menyintainya. Everybody wants to be perfect!!!!! Semua nak sempurna bagai. Umpama tiada kecacatan. Sedangkan yang sempurna hanya ALLAH Taala. Allah…(insaf )

Ketika kita menyedari kegagalan itu terpaut pada diri kita macam-macam perasaan dalam hati ni, jiwa kacau(kadang2 jiwa taiko), terkilan, sedih, marah, dan segala bagai. Mulalah cakap apa orang kata nanti.? Apa nak cakap dengan orang?  Orang sekeliling kita pulak, dia cakap sabar2 boleh cube lagi nanti…. Kita yang gagal nilah yang merasa akan nikmat kagagalan. Mereka apa tahu? Yang mereka tahu cakap sabar2 cuba lagi. Tu je le…. Ok lagi yang bagi nasihat daripada yang pandang kita macam takde mata. Mentang2 kita gagal dipandang diri ni macam tiada harga diri je. Macam kegagalan ni disamaertikan dengan menjual maruah. Mereka tidak tahu betapa usahanya kita ketika manusia lain sedang sedap2 empuk semuanyanya.

Kalau kita menyelidiki secara lebih terperinci( wah ayat!!!!). Kegagalan ni bukanlah perkara asing dalam hidup manusia yang(sila rujuk atas). Manusia pernah gagal dan selalu akan gagal. Namun manusia yang menjadikan gagal sebagai jalan hidup seterusnnya adalah manusia yang hanya menjadikan kegagalan pertama sebagai kegagalan sahaja bukannya satu kegagalan yang membina semangat untuk berjaya…. Yeah!!!!(kalo tak paham senyum jer pun tak per)

Sebenanya banyak lagi aku nak tulis pasal kegagalan, cume kepala hotak aku nie rasa pening2, loya2 Entahlah. Yang penting bila kita gagal dalam sesuatu perkara bersyukurlah kerana kita masih punya manusia yang kita sayangi dan yang  paling penting Allah senantiasa akan bersama kita sekiranya kita mengingatinya ketika kita berjaya mahupun gagal. Ingat Allah bukan hany suruh kita bersyukur jer… tapi dia juga suruh kita cuba,cuba,dan cuba lagi sampai berjaya. Sebab setiap usaha kita akan dikira walaupun kita gagal.

kalau kau gagal untuk yang ke sejuta, cubalah untuk yang ke sejuta satu

-pesanku padamu semua, jika dalam kebangangan beristighfarlah-

Sabtu, 8 Disember 2012

Alasan bukan mainan hidup






 Dengan nama Allah.

Salam malam di tempat malam dan juga salam siang di tempat siang,

Aku malas nak cerita panjang2 mukadimah nie. Tulis banyak2 pun bukannyer ada orang nak baca. Kalau ada yang baca pun aku la kan yang baca.

Ok. isi yang aku hendak tuliskan kali nie adalah berkenaan ALASAN atau dalam bahasa orang kebanyakan macam aku, SEBAB. Atau nak diupgrade untuk orang yang power2 sangat fikrahnya adalah sabab musabab atau wasilah. Tapi aku lebih cenderung guna perkataan AlASAN, Kerna ada seni komersial di situ.


Jika kita godak2 atau kita cuba memperkatakan pasal alasan nie Aku boleh jamin setiap manusia dalam dunia ada alasan atau sebab tersendiri berdiri atas hidup dalam dunia. Tidak kira yang hijau muda atau yang hijau tua.Yang minat chelsea atau real madrid. Yang layan lentok lagu jiwang rock kapak atau meneat genre heavymetal. Yang sokong UMNO dan PAS  atau yang menentang. Yang menyukai cerita korea atau membenci cerita melayu. Yang minat giler dengan usrah atau yang men-antikan usrah. Yang meluat dengan Gangnam style atau yang terhegeh2 minat padanya. Yang hisap rokok sekali sekala atau yang berkali-kali. Yang kena sound pasal mesej perempuan. 

Aku yakin dan pasti mereka yang minat, menyokong, meluat atau menentang pasti punya alasan yang mendirikan prinsip masing2. Namun demikian benda wajib buat macam solat tiada alasan untuk tinggalkan ataupun bende haram macam zina tiada alasan bodoh yang membenarkannya sampai bila2.

Setiap perbuatan kita yang kita lakukan ada alasannya. Allah tuhan yang menciptakan kita dari air mani juga tidak menciptakan kita dengan sia-sia. Allah ada alasan a.k.a sebab a.k.a tujuan. Dia ciptakan kita adalah untuk beribadat kepadaNYA

Tidak Aku ciptakan jin dan manusia kecuali beribadah (mengesakan ibadahnya) kepada-Ku, Aku tidak mengendaki rezeki sedikitpun dari mereka dan Aku tidak menghendaki supaya mereka memberi makan pada-Ku, Sesungguhnya Allah Dialah Yang Maha Pemberi rezeki Yang mempunyai kekuatan Lagi Maha Sangat Kuat” (Adz Dzariat:56-58)

Pada aku, kita mampu merekakan alasan-alasan atas apa yang kita lakukan. Mahupun perbuataan berkaitan kebaikan, keburukan dan kelaghaan(sia2). Ada ketika kita dalam kesempitan untuk melepaskan diri kita memberikan alasan-alasan yang bisa ditertawakan oleh unggas2 di belantara. Ada juga ketika kita benar-benar mempunyai alasan yang sahih atas tindakan yang telah kita lakukan. Namun belum sempat diluahkan, pihak yang bertentangan sudah membuat kesimpulan atas apa yang kita lakukan.

Sesungguhnya kita hidup dalam dunia penuh dengan alasan. Kenapa minum air, bagi alasan? sebab haus. Kenapa tidur malam, bagi alasan? Sebab ngantuk. Kenapa fly asrama? Sebab jumpa awek. Kenapa minat bola sepak? Sebab boleh lepas tension. Kenapa belajar luar negara? sebab pengalaman. kenapa suka minah nie? err sebab lesung pipit.  Dan kenapa baca entri blog Sang Rajuna Tempe, bagi alasan? sebabnya macam bagus2 je blog nie. 

Setiap persoalan KENAPA, jawapannya pasti bermula dengan SEBAB. Ada sebab  kenapa begini, kenapa begitu, kenapa bertemu orang itu dan ini.

Setiap persoalan hidup manusia selalu orang cakap ada hikmahkan atau alasan di sebalik perkara yang berlaku. Dan aku tahu Allah Maha Besar bukanya bermain dadu atas dunia. Setiap yang berlaku pasti ada alasan dan sebab dan tujuan. Wasalam.

-kita takkan pernah kalah jika hidup punya prinsip-
 +++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
-terimakasihatastegurankernaakubukanmalaikatdanakubanggadengankausebabadaprinsip-





Isnin, 15 Oktober 2012

Bob Marley: Three Little Birds






"Don't worry about a thing,
'Cause every little thing gonna be all right. 
Singin': "Don't worry about a thing, 
'Cause every little thing gonna be all right!" 

Rise up this mornin', 
Smiled with the risin' sun, 
Three little birds 
Pitch by my doorstep 
Singin' sweet songs 
Of melodies pure and true, 
Sayin', ("This is my message to you-ou-ou:") 

Singin': "Don't worry 'bout a thing, 
'Cause every little thing gonna be all right." 
Singin': "Don't worry (don't worry) 'bout a thing, 
'Cause every little thing gonna be all right!" 
 
Rise up this mornin', 
Smiled with the risin' sun, 
Three little birds 
Pitch by my doorstep 
Singin' sweet songs 
Of melodies pure and true, 
Sayin', "This is my message to you-ou-ou:" 

Singin': "Don't worry about a thing, worry about a thing, oh! 
Every little thing gonna be all right. Don't worry!" 
Singin': "Don't worry about a thing" - I won't worry! 
"'Cause every little thing gonna be all right." 

Singin': "Don't worry about a thing, 
'Cause every little thing gonna be all right" - I won't worry! 
Singin': "Don't worry about a thing, 
'Cause every little thing gonna be all right." 
Singin': "Don't worry about a thing, oh no! 
'Cause every little thing gonna be all right!



Lyrics | Bob Marley lyrics - Three Little Birds lyrics

konklusinya, jika kita ada masalah maka tenang-tenang aja. Semua nya akan okey.